Wednesday, March 30, 2011

JANGAN SOMBONG DENGAN TAKDIR



Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan..  Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hirarki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bunga ‘pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru, dengan akal semata-mata kita tidak akan   dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung  di dalam cubaan dan bala yang menimpa durinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi  demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah seseorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.

Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan balayang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!

Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati, tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.

Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah  itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).

Hati mereka berkata:
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!”


6 perkara ALLAH sembunyikan



SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:

"WAHAI TUHANKU"

* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?

* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,

* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD


"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA

"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"

* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."

* KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.

* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;

* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"

* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI

SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI.
WALLAHUALAM
KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MULIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.....



Wednesday, March 23, 2011

API NERAKA



Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as. Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ? Jibril : sebesar kurma... Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya. Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.. Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. 

Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. 

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi. 

PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA. MOGA ada manafaat dari riwayat ini.





Friday, March 18, 2011

(MAKANAN YANG BAIK) -AQIDAH TERAS KEHIDUPAN



Hikmah menjauhi makanan dan minuman yang haram:

1. Menjaga kesihatan badan
2. Memelihara kewarasan akal
3. Dimakbulkan doa
4. Mendapat pahala kerana mengikut sunnah
5. Menjauhkan diri daripada seksa neraka

Hubungan makanan, minuman dan pakaian dengan ibadah ialah sebagai penyebab dimakbulkan doa.

Syarat rukhsah memakan dan meminum makanan yang haram:

1. Hanya terdapat makanan atau minuman yang haram sahaja
2. Makan atau minum sekadar menyelamatkan nyawa
3. Makan atau minum bukan untuk kenyang

Hikmah rukhsah memakan dan meminum yang haram di dalam keadaan darurat:

1. Islam mewajibkan umatnya menjaga nyawa sebagai sesuatu yang berharga
2. Melambangkan ajaran Islam tidak membebankan bahkan memudahkan umatnya.

AQIDAH TERAS KEHIDUPAN

Matlamat hidup muslim ialah melakukan ibadah semata, untuk mendapatkan keredhaan Allah.


Tugas dan tanggungjawab manusia:


1. Diciptakan untuk mengabdikan diri kepada Allah.

2. Membina kekuasaan di bumi untuk menjalankan perintah Allah dan sistem hidup yang berteraskan pengabdian diri kepada Allah.

3. Membina prasarana dalam pelbagai bidang pembangunan spiritual dan material untuk membentuk negara maju, hidup dalam kemakmuran.


Pengajaran :


1. Agama Islam sahaja yang benar dan diredhai Allah.

2. Matlamat hidup orang Islam berteraskan syariat.

3. Manusia bertanggungjawab terhadap segala perbuatannya.

4. Perbezaan taraf manusia merupakan satu ujian Allah kepada hambanya.





PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN



Pengertian Iman
  • iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan
  • membentuk keperibadian Muslim sejati
  • berani tegakkan kebenaran
  • sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan
  • pencetus semangat jihad
Perkara Yang Membatalkan Iman

1.     syirik
2.     kufur
3.     riddah
4.     khurafat
5.     sihir
6.     nifak

Syirik

syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan-Nya
syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada sesuatu selain dari Allah

Bahagian syirik

1.     Syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala dan sebagainya
2.     Syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur

Kufur
  • kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. orang yang melakukannya adalah kafir
Bahagian Kufur

1.     Kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat membuang masa
2.     Kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya

Faktor Kufur
  • pegangan agama lemah
  • terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan
  • terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama
  • kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

Riddah
  • riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad
Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:

1.     iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam
2.     perkataan: mengisytihar keluar Islam
3.     perbuatan: menganut agama selain Islam

Faktor Riddah:
  • lemah pegangan agama
  • jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam
  • terpengaruh dengan tawaran kebendaan
  • tidak bimbingan memahami Islam
Kesan Riddah
  • perkahwinan terbatal
  • haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
  • hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
  • menjadi penghuni neraka selama-lamanya
Cara Menangani Orang Murtad
  • memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam
  • memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
  • melaksanakan hukum hudud (bunuh)
Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad
  • memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan
  • menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah
  • menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkara-perkara yang memburukkannya
Khurafat
  • khurafat ialah kepercayaan atau amalan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh Perbuatan Khurafat
  • mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya
  • membuang anjak bagi menghalau hantu
  • mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial
  • mempercayai kubur yang dianggap keramat
Faktor Khurafat Masih Berterusan
  • iman kurang matap terhadap Allah
  • terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat
  • ambil langkah mudah cepat kaya
  • wujud tempat pemujaan khurafat
Cara Mengatasi Khurafat
  • menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
  • mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat
  • memberi kesedaran tentang keburukan khurafat
  • mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat
Kesan Buruk Khurafat
  • menyebabkan syirik dan  terbatal iman
  • membazir masa, tenaga, harta
  • masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
  • menyekat akal berfikir logik dan sistematik

Sihir
  • sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus  melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan . sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia
Akibat Sihir
  • merosakkan akidah dan membatalkan iman
  • memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
  • pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
  • membazir wang, masa, tenaga
Nifak
  • nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah. orang yang melakukannya digelar munafik
Ciri-Ciri Munafik

1.     bercakap bohong
2.     khianat apabila diberi amanah
3.     mungkir janji
4.     melampaui batas apabila bertengkar

Akibat Buruk Munafik
  • menghilangkan sikap percaya-mempercayai
  • melemahkan perpaduan masyarakat
  • menghancurkan kekuatan umat Islam
  • menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam


Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah



Dosa-dosa besar

Pengertian Dosa
  • Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya.
  • Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.
Dua Jenis Dosa:

Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh

Dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia

Faktor Manusia Melakukan Dosa
  • terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
  • ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
  • angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
  • memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat

Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari

Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa

Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
  • melawan percakapan mereka
  • meniggikan suara ketika bercakap
  • tidak dengar nasihat dan teguran mereka
  • melayan mereka dengan kasar
Menipu Dan Berbohong
  • menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain
  • berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
  • menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen

Mencuri Dan Merompak
  • mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
  • merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin

Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
  • masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
  • dipandang hina oleh orang
  • dipulau dan disisihkan masyarakat
  • timbul pergaduhan dan permusuhan
  • negara tidak aman dan tenteram

Makan Riba
  • riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya
Jenis Riba

Riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran
Hikmah Pengharaman Riba
  • membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
  • mewujudkan kestabilan ekonomi
  • melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
  • mencegah sifat pentingkan diri sendiri


Makan Harta Anak Yatim
  • anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
  • menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
  • anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
  • mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
  • mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim
  • mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta





Zina
  • zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah
Faktor Zina
  • kurang pendidikan agama
  • pergaulan bebas lelaki dan perempuan
  • mengunjungi tempat maksiat
  • membaca dan menonton bahan lucah
Kesan Zina
  • menjatuhkan maruah diri dan keluarga
  • mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
  • penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
  • lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
Hukuman Penzina
  • penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
  • penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan


Menuduh Zina (Qazaf)
  • menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
  • hukumannya 80X sebatan
Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
  • berakal
  • baligh
  • atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
  • mengetahui haramnya qazaf
  • bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh

Liwat Dan Musahaqah
  • liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
  • musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah:
  • terpengaruh dengan budaya liar
  • membaca dan melihat bahan lucah
  • tiada undang-undang tegas
  • kurang didikan dan pengetahuan agama
Akibat Liwat Dan Musahaqah:
  • institusi perkahwinan runtuh
  • dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
  • dapat balsan azab di akhirat
  • maruah diri, masyarakat, agama tercemar