Friday, March 18, 2011

IMAM MALIK RAHIMAHULLAH



Riwayat Hidup:

Nama : Malik bin Anas
Tempat lahir : Madinah
Tarikh Lahir : 93H /713M
Tarikh Meninggal : 179H/798M (berusia 86 tahun)
Tempat pengkebumian : Baqie’ Madinah

Sifat peribadinya :

1. Menghormati ibubapa, berpandangan luas, Teguh pendirian, cerdas dan kuat ingatan.
2. Berbudi bahasa, lemah lembut, suka menziarahi orang yang sakit dan mengiringi jenazah.
3. Tawaduk

Pendidikan:

1. Mendampingi ulama’ sejak kecil. Menghafa al-quran/al-hadith sejak kecil
2. Tekun mencari ilmu
3. Berguru dengan lebihkurang 900 orang guru terdiri daripada tabie’ dan tabi’at tabie’in.
4. Guru pertamanya Imam Abdul Rahman bin Hamzah

Imam Malik Sebagai Guru:

1. Mula mengajar sejak berusia 17 tahun.
2. Ketinggian ilmunya telah menarik perhatian guru untuk menghadiri majlis ilmunya.
3. Majlis ilmunya dihadiri oleh penduduk Madinah dan negeri-negeri yang jauh.
4. Muncul Mazhab Maliki dan berkembang luas keseluruh dunia terutamanya Hijaz,                Maghribi, Andalus.
5. Majlis pengajarannya dibuat di Masjid anNabawi.
Di Madinah.

Penghormatan Imam Malik kepada Hadith:

1. Sangat menghormati hadis Rasulullah bila ditanya tentang hadis, beliau akan mandi,
2. Memakai pakaian yang bersih, memakai bau-bauan dan memakai serban.
3. Tetap berpegang teguh dengan hadis, menyatakan bahawa hadis adalah petunjuk dan penyuluh kepada seluruh umat Islam.

Sumbangan:

1. Kitabnya yang masyhur “al-Muwatta’” yang melahirkan aliran pemikiran Mazhab Maliki
2. Al-Muwatta’” menjadi sumber rujukan utama selepas al-Quran dan alHadis.

Ketegasan Imam Malik:

1. Menentang pendapat gabenor Madinah yang bertentangan dengan pendapatnya.
2. Sanggup dipukul kerana mempertahankan Islam.
3. Berani menegur Khalifah Abu Ja’afar al-Mansur yang meninggikan suara ketika bermuzakarah di dalam majlis ilmu.
4. Berpegang dengan prinsip ‘murid mencari guru’.


No comments:

Post a Comment