Friday, March 18, 2011

IMAM SHAFIEE RAHIMAHULLAH


Biodata/ Latar Belakang:

Nama : Muhammad bin Idris bin al-Abbas bin Othman bin Syafiee bin al Saib.
Gelaran : As-Syafie sempena nama datuknya Syafie bin al-Saib.
Tempat Lahir : Di Gazza, Palestin
Tarikh Lahir : 150H/769M
Asal Usul Keturunannya : Kedua ibubapanya berasal dari Mekah al-Mukarramah, Ibunya bernama Fatimah binti Abdullah bin Hassan bin Ali bin Abi Talib.
Meninggal : Pada 29 Rejab 204 H /820M di Mesir


Sifat Peribadinya :

1. Kuat ingatan dapat menghafal al-Quran ketika berusia 9 tahun.
2. Dapat menghafaz semua pelajaran yang diajar.
3. Rajin, mempunyai peribadi yang sangat tinggi.
4. Berkebolehan tinggi , apabila gurunya tidak dapat mengajar kerana sesuatu urusan.
5. Beliau telah diamanahkan untuk mengambil tempat gurunya mengajar.
6. Sangat gigih menuntut ilmu, sanggup mengembara berjalan kaki.
7. Sentiasa berada disamping gurunya mengajar dan memberi syarahan.


Pendidikan:

1. Mula belajar al-Quran pada usia 5 tahun.
2. Mendalami ilmu hadis dan selok belok bahasa Arab daripada pelbagai puak dan kabilah.
3. Menguasai semua lahjah baha dan kebudayaan Arab.
4. Mahir dalam bidang penulisan dan mampu menggubah syair, sajak yang amat indah.
5. Menghafaz ‘al-Muwatta’ semasa umurnya 10 tahun.
6. Mengajar Hadis yang terdapat dalam ‘al-Muwatta’”


Kata-kata Hikmah Imam as-Syafie:


1. Setiap kali bertambah ilmuku, bertambahlah kejahilanku.

2. Perut yang kenyang, akan menambahkan berat badan, membekukan hati, menumpulkan fikiran.


Nama-nama Guru Imam as-Syafie:

1. Ilmu Hadith : Suffian bin Umaiyah
Muslim bin Khalid

2. Ilmu Quran : Ismail bin Qustantin


No comments:

Post a Comment