Friday, March 18, 2011

TAUBAT & KHALIFAH

TAJUK : TUNTUTAN TAUBAT
Pengertian:

Kembali semula taat kepada Allah setelah melanggar perintah Allah atau laranganNya.

Syarat-syarat taubat:

1. Menyesal terhadap maksiat yang telah dilakukan
2. Berhenti melakukan maksiat dengan segera.
3. Berazam tidak akan mengulangi maksiat itu lagi.
4. Berterus terang memohon maaf jika berkaitan dengan hak orang lain.


Hikmah Taubat: 

1. Memberi peluang kepada orang berdosa kembali ke jalan Allah.
2. Memberi ketenangan hati kepada muslim yang bertaubat.
3. Mendapat keampunan serta petunjuk Allah.


TAJUK : SAIDINA ALI BIN ABI TALIB

Perlantikan Khalifah Ali bin Abi Talib:

1. Selepas pembunuhan Saidina Usman bin Affan, negara berada dalam keadaan kurang stabil.
2. Puak pemberontak telah meminta Ali mengambil alih kepimpinan negara menggantikan Saidina Usman.
3. Pada awalnya Saidina Ali enggan menerima perlantikannya.
4. Apabila melihat keadaan semakin genting akhirnya beliau bersetuju untuk memegang jawatan tersebut.

Sumbangan Dan Jasa :

1. Menerima jawatan khalifah ketika negara berada dalam keadaan yang tidak tenteram


TAJUK : SAIDINA USMAN BIN AFFAN

Polisi Khalifah Usman bin Affan

Khalifah Usman telah mengubah polisi yang telah diamalkan oleh Saidina Umar bin al-Khattab. Diantaranya :

1. Memberi peluang terbuka kepada sesiapa jua yang ingin berjihad demi penyebaran agama agama dan memperluaskan pengaruh Islam.
2. Para sahabat tidak lagi dilarang meninggalkan Kota Madinah.
3. Beliau melonggarkan syarat penggunaan harta baitulmal.
4. Menetapkan bahawa al-quraan dibaca hanya menggunakan lahjah (dialek) Quraisy.
5. Ramai gabenor dilantik terdiri daripada kalangan Bani Ummaiyah tetapi masih mengambil kira kepada kelayakan dan kepimpinan mereka.

Sumbangan Dan Jasa Khalifah Usman Bin Affan:

1. Menyumbang harta kekayaan untuk pertahanan Negara
2. Mengumpul dan membukukan al-Quran dalam satu naskhah.
3. Membesarkan angkatan tentera darat dan laut yang memberi kesan kepada perluasan kuasa dan wilayah.

TAJUK : AKIBAT MEMBELAKANGKAN KEPIMPINAN KHULAFA AR-RASYIDDIN

1. Negara Islam selepas khulafa ar-Rasyiddin dipimpin oleh khalifah secara warisan.
2. Keadaan kacau bilau dengan pembunuhan Khulafa ar-Rasyidin Saidina Usman bin Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Negara Islam terdedah dengan fitnah dan peperangan sesama sendiri.
3. Orang munafik mendapat peluang memecahbelahkan umat Islam.
4. Timbulnya perpecahan aliran pemikiran seperti Ahli Sunnah dan Syiah yang memberi kesan sehingga ke hari ini.




No comments:

Post a Comment