Friday, March 18, 2011

AKIDAH : TAJUK : RIDDAH

TAJUK : RIDDAH
Pengertian:

Berpaling atau keluar daripada agama Islam.

Bagaimana seseorang itu boleh menjadi murtad:

1. Iktiqad : berniat hendak meninggalkan agama Islam
2. Perkataan : mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
3. Perbuatan : menganut agama selain daripada agama Islam

Faktor atau sebab yang membawa kepada riddah:

1. Lemah pegangan agamanya
2. Jahil tentang aqidah Islamiyyah
3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan
4. Terpengaruh dengan agama bukan Islam
Kesan dariapada perbuatan riddah
1. Hubungan suami isteri terfasakh.
2. Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam.
3. Haram dikebumikan di perkuburan Islam.
4. Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.

Cara menangani orang murtad:

1. Memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
2. Memberi perlindungan dan bantuan sekiranya dia dari golongan muallaf
3. Pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukuman berdasarkan hadis (dibunuh)
Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad
1. Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan.
2. Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemarkan kesucian agama Islam.
3. Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-hara



No comments:

Post a Comment