Friday, March 18, 2011

MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH & MEMBUNUH DIRI

TAJUK : MINUM ARAK DAN MENAGIH DADAH
Pengertian arak:

Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam.

Pengertian dadah:

Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir

Akibat terhadap individu:

1. Membazir harta dan masa
2. Menjatuhkan maruah diri dan keluarga
3. Lalai daripada mengingati dan menunaikan perintah Allah
4. Terdedah kepada perbuatan jenayah seperti pergaduhan, mencuri dan membunuh.

Akibat terhadap masyarakat dan negara:

1. Menjadi mundur
2. Dipandang hina kerana ahlinya berakhlak buruk.
3. Tidak tenteram kerana berlaku permusuhan
4. Hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat dan negara.

Hikmah pengharaman minum arak dan dadah:

1. Menjaga kewarasan akal manusia
2. Mengelakkan perkelahian dan permusuhan
3. Mengekalkan kesihatan fizikal dan mental
4. Mengelakkan penyakit-penyakit merbahaya
5. Menjamin keharmonian keluarga dan masyarakat

Langkah-langkah pencegahan:

1. Mengadakan kempen dan penerangan secara meluas melalui media
2. Mengamalkan cara hidup sihat – mengadakan aktiviti kemasyarakatan
3. Mengambil berat terhadap ahli keluarga dan masyarakat 

TAJUK : MEMBUNUH DIRI
Pengertian:

Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri
Hukum membunuh diri ialah haram

Punca perbuatan membunuh diri:

1. Putus asa dengan rahmat Allah
2. Tidak meyakini hari kiamat
3. Menganggap dengan membunuh diri akan menamatkan penderitaan.
4. Tidak sanggup menghadapi kegagalan dan penderitaan.

Cara mengatasi:

1. Yakin dengan rahmat Allah
2. Berusaha memajukan diri mengikut lunas-lunas yang betul
3. Mengatur strategi hidup berpandukan al-Quran, sunnah dan akal yang waras.
4. Mengingati bahawa dunia adalah tempat sementara dan yang kekal adalah kehidupan akhirat.




No comments:

Post a Comment