Friday, March 18, 2011

KEGEMILANGAN PEMERINTAHAN UMAR BIN ABDUL AZIZ



1. Umar bin Abdul Aziz Khalifah Umaiyah yang kelapan daripada 14 orang khalifah   Umaiyah.

2. Beliau daripada keturunan Umar bin al-Khattab daripada sebelah ibu Laila Hashim bin Umar al-khattab.

3. Beliau dianggap sebagai khalifah ar-Rasyiddin kelima bagi sesetengah ahli sejarawan kerana sifat, sikap, dan pemerintahan Khulafa ar-Rasyiddin.

Kegemilangannya:

1. Mempunyai sifat peribadi yang luhur, tawadduk dan menyayangi rakyat.

2. Beliau membina masjid-masjid serta memberi tumpuan kepada kebajikan rakyatnya.

3. Beliau memecat pegawai-pegawai yang kurang cekap bagi memastikan pentadbiran negara berjalan lancar.

4. Beliau telah menghapuskan cukai Jizyah golongan Mawali.

5. Beliau telah melaksanakan hukuman dengan adil.

6. Beliau telah memberhentikan penguasaan wilayah dan diganti dengan kerajaan Islam.

7. Ekonomi Negara berada ditahap yang paling tinggi dan kewangan melebihi keperluan.

8. Beliau merupakan Khalifah pertama meminta supaya hadis-hadis Rasulullah ditulis dan dibukukan.


No comments:

Post a Comment