Dosa-dosa besar
Pengertian Dosa
- Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan meninggalkan suruhan-Nya.
- Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.
Dua Jenis Dosa:
Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
Dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia
Faktor Manusia Melakukan Dosa
- terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
- ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
- angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
- memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat
Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
- melawan percakapan mereka
- meniggikan suara ketika bercakap
- tidak dengar nasihat dan teguran mereka
- melayan mereka dengan kasar
Menipu Dan Berbohong
- menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan memudaratkan orang lain
- berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
- menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti memalsukan dokumen
Mencuri Dan Merompak
- mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
- merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
- masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
- dipandang hina oleh orang
- dipulau dan disisihkan masyarakat
- timbul pergaduhan dan permusuhan
- negara tidak aman dan tenteram
Makan Riba
- riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya
Jenis Riba
Riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran
Riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan tempoh bayaran
Hikmah Pengharaman Riba
- membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
- mewujudkan kestabilan ekonomi
- melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
- mencegah sifat pentingkan diri sendiri
Makan Harta Anak Yatim
- anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
- menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
- anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
- mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
- mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan silaturahim
- mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta
Zina
- zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan tanpa ikatan yang sah
Faktor Zina
- kurang pendidikan agama
- pergaulan bebas lelaki dan perempuan
- mengunjungi tempat maksiat
- membaca dan menonton bahan lucah
Kesan Zina
- menjatuhkan maruah diri dan keluarga
- mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
- penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
- lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
Hukuman Penzina
- penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
- penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan
Menuduh Zina (Qazaf)
- menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
- hukumannya 80X sebatan
Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
- berakal
- baligh
- atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
- mengetahui haramnya qazaf
- bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh
Liwat Dan Musahaqah
- liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
- musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah:
- terpengaruh dengan budaya liar
- membaca dan melihat bahan lucah
- tiada undang-undang tegas
- kurang didikan dan pengetahuan agama
Akibat Liwat Dan Musahaqah:
- institusi perkahwinan runtuh
- dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
- dapat balsan azab di akhirat
- maruah diri, masyarakat, agama tercemar
No comments:
Post a Comment