Sunday, January 23, 2011

INSAN BERNAMA MA.....

Insan yg brnama KHADIJAH BINTI IBRAHIM..amat bererti bg ku....tanpanya aku tidak akan ada dalam dunia yg fana....aku amat menyayangi dan mencintai sehingga nafas yg terakhir..insan ini sgt istimewa kerana melahir dan mendidikku sehingga kini tanpa mengenal erti penat dan jemu...aku tau aku merupakan anak sulung dan anak yg paling nakal dalam senarai adik-adik ku...hehe....
 Dia seorang yg tegas dalam mendidik anak-anak dan bersikap openminded...jarang sekali dia memukul anak-anaknya kecuali kerana betul-betul melakukan kesalahan yg amat berat ..contohnya tidak solat..aku juga tidak ketinggalan dalam hal meninggalkan solat dan menerima hukuman yg sama dgn adik-adik ku kerana aku merupakan big bos...hehehehe.....
  Ma..seorang yg terlalu rajin..dia akan meluangkan masa dengan melakukan apa sahaja aktiviti yg dia rasa berfaedah...petang-petang dia akan kebelakang rumah untuk menanam sayur dan pokok bunga..walaupun dia  ada anak yg masih umur setahun 1bulan...dia tetap meluangkan masa dengan bercucuk tanam.....aku kagum....kadangkala aku temankan dia sambil-sambil mencabut rumput kecil .....aku tengok tanaman begitu subur dengan hasil tangannya...berbeza dengan aku....tangan aku tidak sesuai dengan bercucuk tanam sebab aku telah menanam satu anak benih tapi sampai sekarang tidak tumbuh-tumbuh...teruknya aku...huhuhuhu
  selain itu dia seorang yang amat tabah..aku dapat lihat dalam pelbagai situasi...dia tidak mudah melatah..tidak macam aku yg mudah melatah.....dia akan sabar sahaja apa yang dia hadapi tetapi kita tahukan bahawa kesabaran seseorang itu ada tahapnya.....jikalau terlalu menyakitkan hati, dia akan membalas hanya sepatah dua kata tetapi awas...sekali dia membalas perbuatan atau perkataan, rasanya akan sampai ke tulang hitam......dia bukan seorang yg suka menyumpah atau berkata-kata dengan perkataan yg buruk...dia akan bertindak tegas apabila terdengar anak-anaknya mengeluarkan perkataan yang tidak elok.....
 aku dengan insan ini seumpama kawan yang rapat...yang boleh aku bercakap tentang semua topik.......
aku amat menghormati beliau ...impian ku ingin beliau gembira hidup didunia dan akhirat dan aku akan cuba untuk membahagiakannya sehingga akhir hayatku.......

No comments:

Post a Comment