Thursday, January 27, 2011

Ciri-Ciri Pakaian Wanita Mengikut Sunnah

Ciri-Ciri Pakaian Wanita Mengikut Sunnah 

1. Pakaian itu mestilah menutup aurat Rasulullah saw bersabda ; Telah berkata Aisyah r.a "
Sesungguhnya, Asma Binti Abu Bakar menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ,
Maka Nabi berpaling dan bersabda " Wahai Asma, sesungguhnya apabila wanita ini telah baligh
(sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini, sambil" sambil mengisyaratkan
kepada muka dan tapak tangannya ".

2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan tubuh badan dari luar " Dua orang
ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah : kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk
 memukul orang (tanpa alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu 
melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk
unta yang mereng. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium bau syurga,
sedangkan bau syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh". (Riwayat Muslim)

3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. ia menutup bahagian- bahagian
 bentuk tubuh yang menggiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.Dalam 
sebuah riwayat dari Abdullah Bin Abi Salamah bahawa Umar Bin Khattab r.a
menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan Mesir Lama, kemudian berkata, "
Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!" lalu seseorang berkata " Ya Amirul Mukminin aku
telah memakainya untuk isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan
auratnya. " selanjutnya Umar berkata, " Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk
tubuhnya nampak"

4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang
sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya ( terutamaya pakaian seperti jilbab atau abaya).
Menurut Ibnu Kathir didalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi saw ketika
mereka keluar rumah berwarna hitam)

5. Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga
tubuh badan wanita itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki ajnabi.
Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya
disifatkan oleh RAsulullah saw sebagai zaniyah yakni pelacur atau penzina. " Wanita apabila
memakai wangi-wangian, kemudian melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu
pelacur". (Riwayat Abu DAwud dan Tarmizi)

6. Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni tiada meniru-niru atau menyerupai
pakaian lelaki. Telah berkata Ibnu Abbas : " Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang
menyerupai wanita dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki". (Riwayat Bukhari)

7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan kafir dan musyrik.

8. Pakaian itu bukanlah libasush-shuhrah, yakni pakaian untuk bermegah-megah, untuk
menunjuk-nunjuk atau bergaya.

Cara-cara Menutup Aurat Bagi Wanita Dengan Betul 
Mengikut Perspektif islam..

FIRMAN ALLAH TAALA:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, 
dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya 
Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”.(ayat 30 surah Annur)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan
memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang
(biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan
janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau
ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-
saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara
perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau
pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak
yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar
diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,
hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(ayat 31 surah Annur)

ّ Berdasarkan Ayat di atas jelas bahawa disana ada beberapa larangan, suruhan dan sebab larangan
dan suruhan tersebut antaranya :-

1-Allah menyuruh kita menahan pandangan dari melihat perkara-perkara yg boleh menimbulkan
syahwat (dari mata jatuh ke hati, dari hati menggerakkan kemahuan)

2-Allah menyuruh hambanya yang wanita dan lelaki menjaga kemaluan. Dalam Islam kemaluan
ini ialah semua aurat ,bagi lelaki dari lutut hingga ke pusat manakala bagi wanita seluruh
badannya kecuali muka dan tapak tangan, menjaga bermakna melindungi kemaluan dari
melakukan perkara yang haram atau membawa kepada perkara yang haram. Diantara perkara
yang haram ialah mendedahkan aurat,menggoda, berzina,merogol,berdua-duaan tanpa muhrim
yang soleh dan sebagainya.

3- Allah melarang wanita dari menunjukkan perhiasannya kecuali muka dan tapak tangan.Disini
Allah mengatakan bahawa wanita itu adalah perhiasan.Maksud perhiasan disini ialah seluruh
tubuh wanita itu
.
4-Allah menyuruh wanita memakai tudung menutup kepalanya hinggalah ke dada, ini bermakna
tudung itu mestilah dilabuhkan ke bahagian dada.Jadi, jika mereka hanya memakai tudung tapi
tidak melabuhkan tudung itu ke dada, maka ia telah mengingkari separuh dari arahan
tersebut..mengingkari arahan Allah adalah haram.

5-Allah membenarkan semua wanita untuk menunjukkan sebahagian perhiasan atau aurat
mereka kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera
mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lelaki mereka, atau putra-putra
saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam.
Dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w mengatakan bahawa pakaian wanita mestilah tebal, tidak
jarang, berwarna gelap (tidak kisah berwarna apa) dan tidak kelihatan bentuk tubuh.
Masalah berhias dalam memakai tudung atau mengenakan perhiasan atau manik ini boleh tapi
jangan berlebihan dan perlu dengan niat yang baik bukan untuk riak. Perlu difahamkan, bahawa
Allah dan rasul-Nya dan Islam itu sendiri menetap dan menyuruh berbuat demikian adalah bukan
untuk mengongkongg, menyusahkan, mendera dan lain-lain. Malahan Allah dan rasul-Nya dan
Islam lah yang bersungguh-sungguh menjaga kehormatan wanita, menjaga kemulian wanita,
menjaga dan melindungi wanita dari perkara-perkara yang tidak diingini oleh diri wanita itu
sendiri.
Selain itu, bahawa pemakaian mengikut Islam dapat mengurangkan jenayah seperti
rogol,zina,dan pelacuran.



No comments:

Post a Comment