Pakaian adalah salah satu diantara tiga keperluan asas dan
terpenting yang perlu dimiliki dan dipenuhi oleh setiap \
manusia dalam menjalani kehidupan seharian. Selain
sebagai keperluan asasi, pakaian juga boleh menjadi
ekoran keperibadian seseorang, sebagai simbol atau
tanda dan lain-lain perlembagaan.
Kriteria berpakaian itu tidak memadai hanya berdasarkan ukuran
adat, kerana adat boleh berubah. Justeru itu,
pakaian juga boleh berubah. Oleh kerana itulah ukuran
agama adalah yang paling tepat bagi menentukan
etika atau kriteria berpakaian iaitu menutup aurat yang
menepati kehendak hukum syarak.Apabila berbicara
mengenai pakaian, kita tidak dapat lari dari memperkatakan
tentang auratkerana dalam islam pakaian dan aurat adalah
sangat berkait rapat antara satu sama lain.Dari segibahasa,
aurat itu berasal dari perkataan arab yang bererti aib atau
sesuatu yang memalukan.Menurut istilah syarak pula,
aurat adalah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup
dan dilindungi daripada pandangan orang lain
Menutup aurat adalah wajib keatas setiap muslim,
tidak kira lelaki atau perempuan. Kewajipan ini berdasarkan
kepada dalil-dalil daripada al-quran dan hadis.
Diantaranya firman allah s.w.t :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman
supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang
haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah
mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali
yang zahir daripadanya;dan hendaklah mereka menutup
belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.
No comments:
Post a Comment