Thursday, January 27, 2011

Berfesyen biarlah mengikut syariah.


*GELOMBANG fesyen yang sentiasa bergerak pantas turut memberi 
impak kepada gaya berpakaian wanita bertudung hingga pada suatu 
peringkat ia dilihat bertentangan dengan hukum syariat. Peralihan 
daripada pakaian tradisi seperti baju kurung dan kebaya kepada pilihan 
yang lebih moden dan bergaya semakin menghakis ciri-ciri menutup 
aurat seperti mana yang digariskan dalam Islam.

*Perspektif Islam memandang bergaya mengikut trend semasa
 bukanlah satu perkara yang melanggar undang-undang syariat. 
Asalkan ia menepati garis panduan yang telah ditetapkan agama.

*Ini dijelaskan menerusi firman Allah s.w.t., Katakanlah kepada 
 wanita-wanita beriman,hendaklah mereka menahan pandangannya 
dan memelihara kemaluannya, dan janganlahmereka menampakkan 
perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. 
Dan hendaklah mereka menutup kain tudungnya hingga kedadanya
 dan janganlah menampakkan perhiasannya. (an-Nur: 31)

*Islam menggariskan wanita mesti menutup seluruh anggota badan
 kecuali muka dan tapak tangan.Pakaian pula hendaklah daripada
 jenis kain yang tebal, tidak nipis dan jarang supaya tidak menampakkan
 susuk tubuh. Selain itu, satu perkara yang kena dititikberatkan ialah 
mereka perlu berpakaian longgar dan tidak terlalu ketat.

*Daripada Muhammad bin Usamah bin Yazid daripada bapanya,
 katanya: “Rasulullah s.a.w. memberikan kepadaku qibti halus
 yang tebal yang dihadiahkan oleh Dihyah al-Kalbi, maka aku 
pakaikan kepada isteriku, lalu Rasulullah menegurku! Apakah kamu

tidak mahu memakai qibti? Jawabku: ‘Aku telah pakaikan kepada 
isteriku.’ Rasulullah s.a.w. bersabda: Suruh ia (isterimu) memakainya
 di bawahnya ada baju (lain) kerana aku takut ia akan 
menampakkan bentuk badannya (kerana ia jarang).
*, pakaian bukan untuk perhiasan diri. Maknanya jangan
 keterlaluan dan nampak mewah. Kalau bertudung biar nampak 
sederhana kerana dikhuatiri lari daripada konsep menutup aurat. 
Islam amat mementingkan penampilan yang bersih dan kemas.
“Jangan terlalu selekeh dan menyukarkan pergerakan, contohnya,
 baju dan tudung yang terlalu besar. Kita boleh pakai jean,kemeja T 
atau blaus tetapi memenuhi ketiga-tigasyarat di atas,
al-Quran tidak menetapkan pakaian tertentu asalkan tidak 
melanggar hukum agama.

*Pengaruh pakaian ketat di kalangan wanita dipercayai bermula
 daripada aliran fesyen di London yang mempunyai gedung-gedung 
fesyen terkemuka. Ia semakin berkembang ke negara-negara lain
 seluruh dunia. Berbanding di London, Paris yang dikenali sebagai 
kota fesyen mempunyai nada fesyen yang jauh berbeza. Anak-anak 
muda di kota itu menggayakan blaus longgar dan skirt labuh yang 
dipadankan dengan jaket yang membuatkan penampilan mereka 
tampak elegan.

*Namun, gaya berpakaian anak-anak muda di Malaysia amat 
menyakitkan mata dengan pengaruh fesyen yang dibawa dari Hong Kong.

*Apabila membicarakan tentang menutup aurat, ia bukan sahaja 
berkait dengan wanita.Lelaki juga harus mengambil berat mengenai
 perkara ini. Walaupun aurat lelaki dari pusat hingga ke lutut, ia 
tidak bermakna lelaki muslim boleh berpakaian sesuka hati seperti 
berseluar pendek dan tidak berbaju. Mereka harus berpakaian
 sopan agar menepati budaya orang Islam.

*Dalam hal menutup aurat, suami tidak boleh membuat permintaan 
agar isterinya bertudung litup sewaktu bersama-sama dengan 
bapa kandung dan adik-beradik lelaki kandung kerana ia melampaui
 batas agama. Ini menunjukkan bahawa suami tidak memahami 
hukum-hukum Islam dan melanggar prinsip kerana Islam bukanlah 
agama yang keterlaluan dan memaksa.

*“Memang ada sesetengah pasangan, isterinya berpakaian jubah, 
bertudung dan memakai sarung kaki tetapi pakaian suaminya jauh
berbeza daripada penampilan isteri. Sebab itu,menutup aurat 
bukan sahaja perlu pada wanita tetapi lelaki juga harus menjaga 
adab berpakaian,” .

Add caption

No comments:

Post a Comment