Wednesday, April 4, 2012

BAGAIMANA IJTIHAD BERLAKU?

Ijtihad ialah suatu proses penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh sarjana untuk menerbitkan hukum-hukum yang bersifat amali. Ijtihad proses ijtihad hanya berlaku terhadap hukum-hukum yang tidak jelas yang wujud di dalam al-Quran atau al-Sunnah, sama ada ketidakjelasan itu berpunca daripada lafaz yang terlalu umum, ataupun berpunca daripada kredibiliti dalil yang digunakan itu sendiri.

Sekiranya sesuatu dalil teks telah jelas dan putus, jelas maknanya tanpa boleh ditakwilkan lagi, dan dalil itu pula disahkan berautoriti, maka ijtihad tidak lagi perlu. Ijtihad biasanya berlaku dengan mengambil pengajaran2 di dalam sumber hukum seperti quran dan sunnah untuk direalisasikan dalam realiti semasa yang memerlukan hukum untuk diamalkan.

Hanya para sarjana yang cukup syarat ijtihad sahaja yang layak melakukan pengujian terhadap hukum ini. Jika sarjana itu kurang layak dalam satu -satu aspek, tetapi amat pakar dalam aspek2 yang lain, maka dia boleh mendapatkan kepakaran2 daripada para sarjana lain. Konsep ini dipanggil ijtihad kolektif, yang berasaskan kepada specialist (tajazzu' al-ijtihad). Contoh mudah ialah penentuan hukum dalam euthanasia atau mercy killing. Ketika ini, mungkin para sarjana fiqh dan sarjana perubatan boleh bergabung fikiran untuk melakukan ijtihad secara kolektif. Begitu juga dalam kes-kes seperti GM Food atau Genetically Modified Food, para sarjana fiqh perlu mendapatkan pandangan2 pakar dalam bidang bio-tech and vice verca.

Kajian mendapati terlalu banyak kes kes hukum fiqh terutama dalam bab-bab kepenggunaan yang wujud di dalam fiqh terdahulu memerlukan perubahan dalam konteks semasa. Fiqh yang terbina dalam konteks umat dahulu tersusun di atas asas penyelidikan yang terhad dalam ruang lingkup teknologi dan situasi semasa mereka


No comments:

Post a Comment