Friday, September 16, 2011

AMBIL SEMULA SEDEKAH??

Umar bin Khattab r.a pernah menyumbangkan seekor kuda yang bagus kepada seorang perajurit yang berjuang kerana Allah. Bagaimanapun, pemberian itu disia-siakan oleh perajurit itu. Umar menyangka mungkin perajurit itu akan menjualkan kepadanya kembali dengan harga yang murah. Dia pun bertanya kepada Rasulullah. “ Adakah aku boleh membelinya kem bali?” tanyanya. Mendengar pertanyaan itu, baginda terus menegah.” Jangan engkau beli dan jangan engkau ambil kembali sedekah yang telah engkau berikan. Sesiapa yang mengambil sedekahnya kembali, dia tidak ubah seperti anjing yang menjilat muntahnya.

No comments:

Post a Comment