10 NASIHAT IMAM HASAN AL-BANNA
- 1. Apabila mendengar azan, maka bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
- 2. Bacalah al-quran ,tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada member faedah.
- 3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana Arab yang betul itu adalah syiar islam.
- 4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
- 5. Jangan banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
- 6. Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
- 7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
- 8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang member kebaikan.
- 9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih sayang.
- 10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita. Oleh itu, gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah pelaksanaannya.
No comments:
Post a Comment