Wednesday, February 27, 2013

Menyikapi Peristiwa Karbala

Menyikapi peristiwa wafatnya Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma, umat manusia terbagi menjadi tiga golongan. Syaikhul Islam rahimahullah mengatakan, "Dalam menyikapi peristiwa pembunuhan Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma, manusia terbahagi menjadi tiga : dua golongan yang ekstrim dan satu berada di tengah-tengah.
 
Golongan Pertama : Mengatakan bahawa pembunuhan terhadap Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma itu merupakan tindakan benar. Kerana Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma ingin memecah belah kaum muslimin. Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
 
"Jika ada orang yang mendatangi kalian dalam keadaan urusan kalian berada dalam satu pemimpin lalu pendatang hendak memecah belah jama'ah kalian, maka bunuhlah dia" [8]
 
Kelompok pertama ini mengatakan bahwa Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma datang saat urusan kaum muslimin berada di bawah satu pemimpin (yaitu Yazid bin Muawiyah) dan Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma hendak memecah belah umat.
 
Sebahagian lagi mengatakan bahwa Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma merupakan orang pertama yang memberontak kepada penguasa.. Kelompok ini melampaui batas, sampai berani menghinakan Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma. Inilah kelompok 'Ubaidullah bin Ziyâd, Hajjâj bin Yusûf dan lain-lain. Sedangkan Yazid bin Muâwiyah rahimahullah tidak seperti itu. Meskipun tidak menghukum 'Ubaidullah, namun ia tidak menghendaki pembunuhan ini.
 
Golongan Kedua : Mereka mengatakan Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhu adalah imam yang wajib ditaati; tidak boleh menjalankan suatu perintah kecuali dengan perintahnya; tidak boleh melakukan shalat jama'ah kecuali di belakangnya atau orang yang ditunjuknya, baik shalat lima waktu ataupun shalat Jum'at dan tidak boleh berjihad melawan musuh kecuali dengan izinnya dan lain sebagainya. [9]
 
Kelompok pertama dan kedua ini berkumpul di Iraq. Hajjâj bin Yûsuf adalah pemimpin
golongan pertama. Ia sangat benci kepada Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma dan merupakan orang yang zalim. Sementara kelompok kedua dipimpin oleh Mukhtâr bin Abi 'Ubaid yang mengaku mendapat wahyu dan sangat fanatik dengan Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anuhma. Orang inilah yang memerintahkan pasukannya agar menyerang dan membunuh 'Ubaidullah bin Ziyad dan memenggal kepalanya.
 
Golongan Ketiga : Iaitu Ahlussunnah wal Jama'ah yang tidak sejalan dengan pendapat golongan pertama, juga tidak dengan pendapat golongan kedua. Mereka mengatakan bahawa Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma terbunuh dalam keadaan terzalimi dan mati syahid. Inilah keyakinan Ahlussunnah wal Jama'ah, yang selalu berada di tengah antara dua kelompok. Ahlussunnah mengatakan Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma bukanlah pemberontak. Sebab, kedatangannya ke Iraq bukan untuk memberontak. Seandainya mahu memberontak, beliau boleh mengerahkan penduduk Mekah dan sekitarnya yang sangat
menghormati dan menghargai beliau. Kerana, saat beliau di Mekah, kewibaannya mengalahkan wibawa para Sahabat lain yang masih hidup pada masa itu di Mekkah.Beliau seorang alim dan ahli ibadah. Para Sahabat sangat mencintai dan menghormatinya. Kerana beliaulah Ahli Bait yang paling besar.
 
Jadi Saiyyidina Husain Radhiyallahu 'anhuma sama sekali bukan pemberontak. Oleh karena itu, ketika dalam perjalanannya menuju Iraq dan mendengar sepupunya Muslim bin 'Aqîl dibunuh di Iraq, beliau berniat untuk kembali ke Mekkah. Akan tetapi, beliau ditahan dan dipaksa oleh penduduk Iraq untuk berhadapan dengan pasukan 'Ubaidullah bin Ziyâd. Akhirnya, beliau tewas terbunuh dalam keadaan terzalimi dan mati syahid

No comments:

Post a Comment