Saturday, March 22, 2014

Bicara Agama : Tawakal Jalan Terbaik Hadapi Dugaan Hidup


Setiap kejadian menimpa manusia pasti ada sebab serta mempunyai hikmah
KITA selalu mendengar keluh kesah sesetengah orang yang bertanyakan kenapa agaknya suratan kehidupan mereka begitu susah untuk memperoleh kesenangan dan begitu senang pula mendakap kesusahan.
Mereka iri hati dengan keadaan orang lain yang ditakdirkan senang memperoleh kesenangan secara berterusan. Ada manusia yang hidup senang dan kaya raya, ada hidup susah dan melarat, ada dulunya senang tetapi kemudian hidup melarat.
Hakikatnya, inilah asam garam dan pancaroba kehidupan yang harus diterima dengan hati terbuka. Sebagai khalifah di muka bumi, perlulah kita membuat analisis dan muhasabah. Berfikir secara waras bahawa ketentuan Allah SWT mempunyai seribu satu sebab yang terkandung hikmah dan pengajaran.

Cuba nilai mengapa sesetengah manusia diberikan ujian terlalu hebat oleh Allah SWT? Mengapa sesetengah yang lain diberi rahmat dan rezeki yang tidak putus-putus?


Setiap sesuatu dijadikan atau ditakdirkan-Nya itu pasti ada sebab dan mempunyai hikmah. Manusia hanya perlu bersyukur jika diberikan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah.


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)

Begitu juga sebaliknya, manusia perlu terus-menerus bersabar andai diuji dengan dugaan demi dugaan. Setiap sesuatu ketentuan perlu dihadapi dengan waras, bijak, tenang, serta berserah tanpa kompromi atau bersyarat kepada Allah SWT.

Tidak perlulah melihat dalam perspektif yang luas, lihat saja diri kita sendiri. Dalam banyak waktu, kita iri hati melihat sahabat yang nampak bahagia sepanjang masa dibanding kita tidak senang atau bahagia seperti mereka.


Ini memang amalan manusia, suka membanding-bandingkan diri dengan orang lain. Cuba lihat rakan lain yang selalu dirundung kesukaran, kesakitan, kepayahan dan duka? Bandingkan nasib mereka dengan kita.


Hanya dengan cara ini kita akan mengucap syukur Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya kita menyedari ketentuan nasib yang lebih baik dan senang berbanding mereka. Hakikatnya, manusia sukar untuk merasa puas.


Oleh itu, sehebat mana ujian yang dihadapi hendaklah reda, bersyukur dan bertawakal kepada-Nya. Giatkan usaha dan berdoa supaya Allah memberikan petunjuk dan mengurniakan keadaan lebih baik daripada sebelum ini.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-157)


Akan tiba masanya, kalau tidak di dunia, Insyaallah di akhirat kelak, terbit sinar kebahagiaan dan rahmat-Nya menerangi kehidupan, berkat kesabaran serta keimanan menempuhi ujian demi ujian.


Perlu diingat, sebanyak mana harta kemewahan dan kesenangan dianugerah Allah hendaklah disyukuri. Perlu juga diyakini segala nikmat diperoleh dengan izin Allah SWT, dan dengan kehendak Allah juga, boleh hilang dalam sekelip mata.


Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan ‘kami telah beriman’ sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah SWT mengetahui orang yang benar dan dan orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)


Ingatlah, setiap apa yang kita lakukan, baik mahupun tidak, akan tetap dihitung dan diberi balasan sewajarnya oleh Allah SWT.


Firman Allah yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya), dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasannya) pula.” (Surah al-Zalzalah, ayat 7-8)


Untuk itu, janganlah kita mudah mengeluh apabila berdepan dugaan hingga mudah syaitan menusuk jarum kebencian terhadap takdir Allah SWT. Kita menjadi lupa kepada Allah serta lupa kekuasaan dan pembalasan-Nya.


Janganlah kita menjadi seperti kaduk naik junjung atau luncai yang terjun dengan labu-labunya sehingga dikatakan sebagai orang yang ‘kufur nikmat’.

5 TIPS AGAR JIWA TABAH MENGHADAPI UJIAN YANG MENDATANG

1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA

Sentiasa menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.Ikhtiar yang disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi Bijaksana. 

2. REDHA

Realiti hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani. Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.Maka adalah lebih baik kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit manis itu seadanya. 

3. INGAT JANJI ALLAH

Meyakini bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus. Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa, semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang, tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah permasalahan.Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik. Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana itu, apalah guna kita menekan diri. 

4. PASTI ADA HIKMAH

Semua apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat sesuatu dengan sia-sia.Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.Mungkin agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan. Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan kekuatan daripadaNya.


5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA

Kita wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang mengatur segala-galanya.Maka, kita harus bermunajat dan berusaha menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)

Akhir kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala. Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu

Cerita tentang tidur...

Anak: Ayah, nak tidur ni kena baca apa?
Ayah: Ish, ayah kan dah ajar.
Anak: Yelah, tapi saya kan kecik lagi. Dah lupa.
Ayah: Penatlah ayah macam ni. Berapa kali ayah nak kena ajar ni baru boleh ingat?
Anak: Ayah kan ayah. Memang tugas ayah mengajar saya sampai saya jadi macam ayah pula. Peace no war ayah.
Ayah: Kamu ni memang pandai. Mai ayah ajar semula.


==============================
=======
Doa sebelum tidur;

بسمك اللهم أحيا وأموت
Bismikallahumma ahyaa wa amuutu.
Dengan nama-Mu ya Allah ya Tuhanku, aku hidup & aku mati.
Doa bangkit tidur;
الحمدلله الذي أحيانا بعدما أماتنا وإليه النشور
Alhamdulillahillazi ahyaana ba'dama amaatana wa ilaihin nusyuur.
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas mematikan kami. Kepada-Nya jualah tempat kembali.
======================================
Anak: TQ ayah. Saaaayang ayah. Sebenarnya ayah, saya sudah hafaz dan amalkan. Saya cuma mahu ingatkan ayah agar tidak lupa untuk amalkan sama. Sekali lagi peace no war ayah ;).
* Benar, doa di atas kebanyakannya tahu namun kadang terlupa untuk istiqamah mengamalkannya..peace no war ^_^


--------------------

Salam sahabat2. Apa yg sahabat2 baca kat atas tu bukan nukilan abah, itu cuma abah ambil dari FB iluvislam. 

Apa yg boleh kita ambil iktibar dari kisah itu:-

1. Jadi ayah bukan mudah. Kerja mendidik anak2 dan isteri itu berat. Tapi Allah Maha Adil, diberi lelaki ini kekuatan mental dan fizikal, untuk digunakan dalam mendidik ahli2 rumahtangganya. 

2. Tidak ada istilah anak sempurna atau ayah sempurna. Masing2 manusia biasa yg punya kelemahan. Cuma untuk seorang anak, ayahlah hero dan idolanya. Apa saja kelakuan ayah, diambil sbg satu ilmu. Kalau mungkin tidak hari ini diamalkan ilmu itu, esok2 hari mungkin ada. Jadinya, ayah kena berusaha untuk jadi hero. Dan jangan malu untuk sesekali menjadi kecil. Kerana dengan anak2 kecil, banyak kalinya kita kena kecilkan diri.

3. Ilmu tanpa amalan akan pudar. Apatah lagi jika tidak diajarkan. Teringat pada kata2, ilmu itu ibarat air. Jika ia sentiasa mengalir, insyaAllah ia akan sentiasa membersihkan, dan ia sendiri bersih. Tapi jika ia bertakung, air yg bersih sekalipun, pasti satu ketika nanti akan tercemar juga kebersihannya.

4. Istiqamah la dalam melakukan kebaikan. Walaupun sesekali terlanjur melakukan kejahatan, teruskan mengulang kebaikan2 itu. Jangan putus harap andai keadaan tidak berubah spt yg kita harapkan. Bukan Allah tidak mendengar kita, dan bukan juga Dia tidak melihat usaha kita melakukan kebaikan, tapi Allah lebih tahu apa yg baik utk kita, daripada yg kita tahu. Dan Allah juga tahu apa kesan buruk pada kita, lebih dari kita tahu keburukannya. Allah akan beri apa yg kita perlu, bukan apa yg kita hendak. Apa sekalipun, istiqamah dijalan kebaikan, jangan berhenti berdoa, insyaAllah, ada nilainya kita disisi Allah. Bersangka baiklah.

Selamat merehatkan diri dimalam ini, dan malam2 yg akan datang. Maafkan setiap orang. 

Semoga dipagi hari esoknya, Allah masih menghidupkan kita - untuk memberi sebanyak-banyaknya.

Munajat Kasih - Azwan Ibrahim FarEast

 

Munajat Kasih - Azwan Ibrahim FarEast

Dikala pawana mencium senja
Merangkaklah insan ke laman takwa
Menziarahi khilaf di pusara doa
Menulis dosa memadam noda

Belantara malam seindah anugerah
Kelopak tafakur bercambah di pagar pasrah
Mengurai simpul resah diratah sejadah
Munajat kasih menadah tak bertingka

[Korus]
Bukan mudah melelas rindu
Laskar nafsu selalu memburu
Dinding mujahadah retak seribu
Lorong istiqamah beronak berliku

Mata bersagah menahan lena
Semakin asyik dibuai asmara
Lentera hati bernyala cahaya
Rahmat melimpah ditangan terbuka

[Ulang Korus]


Ketika mata menatap pagi
Berbunga cinta mekar berseri
Harum mewangi ditaman syurgawi
Mahligai abadi bahgia hakiki

Munajat kasih...