1. DUNIA INI SEMENTARA, ALLAH PENENTU SEGALANYA
Sentiasa
menyedari bahawa hidup di dunia ini hanya lah sementara dan permainan
sahaja. Kita hidup atas dunia ini hanya sekali, jadi kita tidak boleh
mensia-siakannya dengan sesuatu yang tidak bermakna.Ikhtiar yang
disertai dengan niat yang sempurna itulah yang perlu ada. Perkara apapun
yang terjadi, kita patut serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha
Tahu agar menentukan yang terbaik buat kita. Kita harus sedar betul
bahawa, yang terbaik bagi kita menurut pandangan kita, belum tentu
terbaik bagi kita menurut Allah Ta’ ala. Pengetahuan kita tentang diri
kita atau tentang apapun amat terbatas. Sedangkan pengetahuan Allah
menyeliputi segala-galanya. Sehingga betapa pun kita sangat menginginkan
sesuatu, tetapi hati kita harus kita persiapkan untuk menghadapi
kenyataan yang tak sesuai dengan harapan kita. Kerana mungkin itulah
yang terbaik bagi kita. Ingatlah bahawa, ALLAH itu Maha Adil lagi
Bijaksana.
2. REDHA
Realiti
hidup yang terjadi pada kita, kita kena terima dengan redha dan
seadanya. Itulah kenyataan dan episod hidup yang harus kita jalani.
Emosional, sakit hati, tertekan, atau apa jua perkara yang membuat hati
kita menjadi kecewa dan sengsara, harus kita tinggalkan. Ingatlah
bahawa, samaada kita tertekan dan tidak gembira, atau kita tidak
tertekan dan gembira, ia tetap begitu jadinya.Maka adalah lebih baik
kita redha dan terima apa yang berlaku dengan berlapang dada dan hati
yang terbuka. Perit kita telan, manis pun kita telan. Nikmatilah pahit
manis itu seadanya.
3. INGAT JANJI ALLAH
Meyakini
bahawa hidup ini bagai siang dan malam yang pasti silih berganti. Tak
mungkin siang terus menerus dan tak mungkin juga malam terus menerus.
Pasti setiap kesenangan ada hujungnya begitulah masalah yang menimpa
kita, pasti ada akhirnya. Kita harus sangat sabar menghadapinya. Ujian
yang diturunkan Allah kepada kita, pasti sudah ditetapkan dengan penuh
keadilan. Tak mungkin ujian yang menimpa itu, melampaui batas kemampuan
kita. Kerana Allah tak pernah menzalimi hamba-hambaNya. Ingatlah bahawa,
semua fikiran negatif dan emosi buruk kita hanya akan mempersulitkan
dan menyengsarakan diri kita saja. Pujuklah h ati, agar kita tidak
menekan diri sendiri. Hati dan fikiran kita dipujuk agar tetap tenang,
tabah dan sabar. Kita harus berani menghadapi mehnah masalah ujian demi
ujian. Kita tak boleh lari dari kenyataan. Kerana lari nya kita itu tak
akan menyelesaikan masalah. Bahkan ia sebaliknya hanya akan menambah
permasalahan.Jadi, semua yang berlaku harus kita hadapi dengan baik.
Kita tak boleh menyerah mudah, kita tak boleh kalah menyerah. Pastinya
segala sesuatu itu ada akhirnya. Begitu jualah permasalahan yang kita
hadapi. Seberat manapun ujian Allah pada kita, yakinlah dengan janji
Allah Ta’ ala : “Fa innama’al usri yusran, inna ma’al usri yusran”. Maka
sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan, dan bersama
kesulitan itu pasti ada kemudahan. Janji Allah itu pasti benar. Kerana
itu, apalah guna kita menekan diri.
4. PASTI ADA HIKMAH
Semua
apa yang terjadi, samaada baik atau buruk, terjadi adalah dengan izin
dan kehendak Allah Ta’ ala. Dan pastinya Allah tak mungkin berbuat
sesuatu dengan sia-sia.Setiap sesuatu perkara itu, pasti ada hikmah
disebaliknya. Sepahit mana pun derita yang kita tanggung, pasti ada
kebaikan yang terkandung di dalamnya jika kita terima dan hadapi dengan
sabar dan redha. Cuba kita renung dan fikirkan, kenapa Allah
mentakdirkan semua ini menimpa kita. Setidak-tidaknya ia adalah sebagai
peringatan atas dosa-dosa dan kelalaian yang kita telah lakukan. Atau
mungkin Allah mahu naikkan darjat dan kedudukan kita di sisi Nya.Mungkin
agak sukar untuk kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah kita
lakukan. Namun, iktibar dari setiap ujian yang menimpa sebenarnya
mencerminkan amalan dan tingkah laku yang kita lakukan. Tak usah takut
atau bimbang menerima kekurangan dan kesilapan yang kita telah lakukan.
Yang penting, kita mesti berazam sungguh-sungguh untuk memperbaiki
kelemahan yang ada. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima
Taubat. Muhasabahlah diri, bertaubat atas dosa dan mohonlah hidayah dan
kekuatan daripadaNya.
5. ALLAH SAJA PENOLONG KITA
Kita
wajib meyakini bahawa, walau seluruh manusia, jin dan semua makhluk
atas dunia ini bergabung untuk menolong kita sekalipun, ketetapan Allah
tetap akan berlaku. Semua usaha pasti tidak akan membuahkan hasil tanpa
izin Allah Ta’ala. Hati kita mesti bulat yakin sepenuhnya bahwa hanya
Allah lah satu-satunya yang dapat menolong dan memberi jalan keluar
terbaik daripada sebarang perkara yang terjadi. Allah Maha Berkuasa atas
segala-galanya. Dialah pemilik dan penguasa segala sesuatu. Dialah yang
mengatur segala-galanya.Maka, kita harus bermunajat dan berusaha
menagih simpati daripadaNya agar menolong kita. Mengadu dan dekatilah
Allah dengan membuat amalan yang disukaiNya. Pohonlah hidayah, kekuatan
dan pertolongan daripadaNya. Bebaskan hati dan diri kita daripada
mengharap pada makhluk dan selain daripada Allah. Tagih dan pintalah
pertolongan dengan sabar dan solat. Ingatlah firman Allah Ta’ ala yang
bermaksud “ Barang siapa bertakwal kepada Allah, nescaya akan diberi
jalan keluar dari setiap urusannya dan diberi rezeki dari arah yang tak
disangka-sangka, dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya
akan dicukupi segala keperluannya.”(QS [65] : 2-3)
Akhir
kata, aku doakan semoga dikau tabah menghadapi dugaan dan ujian hidup
yang sementara ini. Jaga lah hubungan dengan Allah. Buatlah segala apa
yang diperintahkanNya. Dan tinggalkanlah semua laranganNya. Semoga dikau
beroleh petunjuk dan diberi kekuatan oleh Allah dalam mengharungi
hari-hari mendatang. All the best! Kepada semua pembaca , saya juga
mendoakan agar anda semua diberkati dan dirahmati oleh Allah Ta’ala.
Semoga hidup kita aman bahagia dan ceria selalu
No comments:
Post a Comment