Hubungan lelaki dan perempuan adalah fitrah kejadian yang
ditetapkan oleh Allah taala, hubungan yang dijalinkan
hendaklah atas dasar syariat. Firman Allah taala ;
ditetapkan oleh Allah taala, hubungan yang dijalinkan
hendaklah atas dasar syariat. Firman Allah taala ;
Maksudnya; “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami
telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan
Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan
(dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain).
Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya
Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam
pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu)”.
Al-hujurat-13

Dalam Islam hubungan tersebut adalah ikatan
perkahwinan yang sah. Timbul persoalan apabila
pasangan yang berkahwin selalu menghadapi
masalah dalam rumah tangga, apabila
membincangkan perkara ini, ada pihak
yang mendakwa perkahwinan yang
berdasarkan hawa nafsu akan sering
dilanda masalah, adapun perkahwinan yang
didasari dengan kasih sayang kurang
mempunyai masalah.

Pada pandangan saya ikatan kekeluargaan itu
terdiri daripada ikatan antara dua insan yang
berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan
yang mempunyai hormon yang berbeza.
Sudah tentu dua insan ini berbeza dari segi
emosi, pemikiran, jasmani dan rohaninya.
Maka apabila berlaku masalah dan pertengkaran,
masing-masing akan mempertahankan diri
dengan emosi dan pemikiran tersendiri.
Sekiranya keluarga itu tidak bijak mengawal
emosi maka akan bertambah parah
masalah tersebut dan sebaliknya.

Perkahwinan atas dasar kasih sayang
memang tidak dapat disangkal lagi
sebagaimana firman Allah taala;
memang tidak dapat disangkal lagi
sebagaimana firman Allah taala;
Maksudnya; “Dan di antara tanda-tanda Yang
membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya,
Bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya
kamu bersenang hati dan hidup mesra
dengannya, dan dijadikannya di antara
kamu (suami isteri) perasaan kasih
sayang dan belas kasihan.

Sesungguhnya Yang demikian itu
mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang Yang berfikir”.
ar-Ruum-21
mengandungi keterangan-keterangan
(yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang Yang berfikir”.
ar-Ruum-21
Dalam ayat ini dapat difahami bahawa
nikmat kasih sayang itu wujud dalam
suasana hubungan antara lelaki dan
perempuan yakni selepas bergelar
suami dan isteri. Imam al-Alusi dalam
menafsirkan ayat ini menyebutkan bahawa :
“diciptakan bagi kamu isteri dari jenis kamu sendiri
( yakni asal penciptaan hawa dari rusuk adam),
supaya kamu cenderung kepadanya,
sesungguhnya faktor sejenis ini akan
menguatkan lagi hubungan kasih sayang”.

Berkahwin kerana nafsu, bukan kerana kasih
sayang selalu menjadi hujah sesetengah
golongan isteri yang kononnya kecewa
dengan suami mereka yang tidak mengendahkan
perasan,dan hati isteri dalam kehidupan
berumah tangga. Isteri dikatakan menjadi
mangsa suami, yang mengabaikan tanggungjawab
dan sebagainya. Namun dalam menyelesaikan
hubungan rumah tangga suami dan isteri
harus bermuhasabah diri masing-masing,
dan perlu bertolak ansur. Hujah ataupun
tohmahan ini dilihat seolah-olah nafsu
itu sesuatu yang buruk dan amat keji,
sedangkan perasaan kasih sayang sendiri
memerlukan kepada nafsu, makan perlu

kepada nafsu, tidur dan kehidupan
keseluruhannya perlu kepada nafsu.
Apakah yang dikatakan nafsu itu. Nafsu itu
satu perkataan daripada bahasa arab dan
dalam Bahasa Melayu membawa erti
keinginan yang kuat. Jadi semua perkara
tidak akan berlaku dan terjadi melainkan
dengan adanya keinginan dalam diri kita.
Adapun keinginan dan perbuatan
kita didorong oleh nafsu, sama ada
nafsu yang mengajak kepada kebaikan
ataupun yang mengajak kepada kejahatan.

Nafsu terbahagi kepada nafsu muthmainnah,
nafsu lawwamah, nafsu mulhimah, dan nafsu amarah.
Tingkatan nafsu yang paling buruk ialah
nafsu amarah, iaitu nafsu yang menyeru kepada
kejahatan. Dan nafsu inilah yang perlu kita
bendung dengan berkahwin, supaya diri
kita tidak dikawal olehnya lalu
menjerumuskan diri dalam lembah kehinaan.

Sekiranya dikatakan, ada sesetengah
pasangan yang berkahwin bukan kerana
keinginan dan nafsu kasih sayang,
yang ada hanya nafsu keinginan seks
semata, ya saya katakan ada, ini kerana
berkahwin atas dasar keinginan seks
adalah bagi menghalang diri daripada
melakukan kemaksiatan yang merosakkan,
selagi mana perkahwinan itu tidak melanggar
etika dan peraturan perkahwinan yang
telah ditetapkan oleh syariat. itu juga
yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. ,
sabdanya yang bermaksud;

Daripada A’lqamah ra berkata: ketika aku
berjalan bersama Abdullah r.a, Abdullah berkata:
satu ketika kami bersama Rasulullah S.A.W,
lalu beliau bersabda: “sesiapa di antara kamu yang
ada keinginan seks ( Jimak ) hendaklah dia
berkahwin, kerana dengan berkahwin dapat
memelihara pandangan dan juga kemaluan
daripada terjebak dalam melakukan kemaksiatan.
Bagi sesiapa yang tak mampu untuk
berkahwin hendaklah dia berpuasa,
kerana puasa dapat menghalang nafsu”. (muttafaq alaih)
Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan
hadis ini menyatakan bahawa; pendapat
ulama terbahagi kepada dua dalam makna “al-baah”.
hadis ini menyatakan bahawa; pendapat
ulama terbahagi kepada dua dalam makna “al-baah”.
Pertama dan yang paling sahih: maknanya
pada bahasa iaitu jimak. Maksudnya sesiapa
di antara kamu yang mampu berjimak dan
mampu menyediakan nafkah perkahwinan
hendaklah ia berkahwin.
pada bahasa iaitu jimak. Maksudnya sesiapa
di antara kamu yang mampu berjimak dan
mampu menyediakan nafkah perkahwinan
hendaklah ia berkahwin.
Kedua: maknanya nafkah perkahwinan.
Maksudnya sesiapa yang mampu menyediakan
nafkah perkahwinan hendaklah berkahwin,
dan sesiapa yang tidak mampu hendaklah ia
berpuasa bagi mengekang syahwatnya.
Mereka yang berpegang dengan pendapat
ini menyatakan: maksud sabda nabi
“ sesiapa yang tak mampu hendaklah ia berpuasa”
mereka berkata; bagi mereka yang tidak
mempunyai keinginan seks (jimak) tidak
perlu berpuasa untuk mengekang nafsu
syahwatnya. Maka wajib mentakwilkan “al-baah”
itu kepada kemampuan nafkah

Jelas dalam hadis ini, saranan daripada
Rasulullah agar pemuda-pemuda berkahwin
bagi mengekang nafsu daripada dilepaskan
tidak pada tempatnya. Maka berkahwin
di sini atas dasar menghalang nafsu
ammarah daripada menguasai
diri adalah wajib hukumnya.

Tidak semestinya berkahwin dengan sebab
nafsu tidak mempunyai kasih sayang.
Ketika proses memilih calon isteri dan
bertunang kita digalakkan untuk memilih
calon yang sekufu yakni yang sesuai
dengan diri kita. Tempoh bertunang
merupakan satu tempoh untuk melahirkan
perasaan kasih dan sayang agar permulaan
di alam rumah tangga bermula dengan baik.

Islam amat memandang berat kepada
kesalahan zina kerana ia mengakibatkan
keruntuhan sistem kekeluargaan, begitu
juga perkara-perkara yang menjebakkan diri
dalam kancah zina, seperti berpakaian
menjolok mata, melihat aurat bukan muhrim,
bersentuhan lelaki dan perempuan tanpa sebab,
berdua-duaan lelaki dan perempuan dan sebagainya.
Firman Allah taala;

Maksudnya : “dan janganlah kamu menghampiri zina,
Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
Yang keji dan satu jalan Yang jahat
(yang membawa kerosakan)”. Al-Israa’ 32
Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan
Yang keji dan satu jalan Yang jahat
(yang membawa kerosakan)”. Al-Israa’ 32
Kesimpulannya berkahwin kerana nafsu bagi
mengelakkan diri dari terjebak dalam kancah
perzinaan bukanlah satu kesalahan bahkan
satu kewajipan. Ia juga tidak boleh dijadikan
sebagai hujah bagi menyatakan perkahwinan
disebabkan nafsu tidak membawa kebahagian
dan memporak-perandakan rumah tangga.

No comments:
Post a Comment