Saturday, September 14, 2013

Perbezaan nafkah isteri dan anak

Perbezaan nafkah isteri, anak

Antara tanggungjawab utama suami adalah menyediakan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Namun, sebahagian besar masyarakat masih keliru dengan konsep nafkah dan ada yang tidak dapat membezakan apakah nafkah untuk isteri dan anak.
Kekeliruan ini menyebabkan suami mahupun isteri tidak sedar kepentingan serta kewajipan terhadap keduadua hak itu. Sebenarnya nafkah isteri dan anak berbeza tetapi perlu ditunaikan oleh suami.
Nafkah isteri adalah keperluan asas seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian, keperluan lain yang diperlukan. Jika perkara asas itu tidak dipenuhi, isteri boleh menuntutnya di mahkamah atau memohon perceraian secara fasakh seperti yang diperuntukkan oleh undangundang.
Tanggungjawab suami dinyatakan dalam peruntukan Seksyen 60 (1) Akta Undangundang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 yang menyebut, `tertakluk kepada Hukum Syarak, mahkamah boleh memerintahkan seseorang lelaki membayar nafkah kepada isteri atau bekas isterinya’.
Nafkah anak tanggungjawab bapa
Nafkah anak pula adalah tanggungjawab bapa menyediakan perbelanjaan berkaitan tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan, pelajaran dan perkara asas lain yang sepatutnya.
Ia jelas dinyatakan dalam peruntukan Seksyen 73 (1) akta sama yang menyebut, `kecuali jika sesuatu perjanjian atau sesuatu perintah Mahkamah memperuntukkan selainnya, maka adalah menjadi kewajipan seseorang lelaki menanggung nafkah anaknya, sama ada anak itu berada dalam jagaannya atau dalam jagaan seseorang lain, sama ada dengan mengadakan bagi mereka tempat tinggal, pakaian, makanan, perubatan dan pelajaran sebagai mana yang munasabah memandang kepada kemampuan dan taraf kehidupan atau dengan membayar kosnya’.
Jelas nafkah isteri dan anak adalah dua perkara berbeza. Jika masyarakat tidak memahami perbezaan ini sudah tentu kerukunan dan tanggung jawab terhadap rumah tangga tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya.
Kebanyakan suami menganggap peruntukan yang diberikan mencakupi kesemua nafkah sedangkan ukuran harus dibuat berdasarkan keperluan asas isteri setiap bulan dan keperluan asas setiap seorang anak sebulan. Jika ini dapat dipraktikkan, nescaya keharmonian rumah tangga dapat dipelihara dan terjaga.
Keperluan asas isteri, anak berbeza
Isteri juga perlu sedar perbezaan keduadua hak itu. Jika isteri memahami konsep perbezaan nafkah berkenaan, nescaya isteri dapat menguruskan perbelanjaan diri dan anak dengan lebih teratur. Ia sekali gus mengurangkan rungutan terhadap penyediaan nafkah secara keseluruhan oleh suami.
Pemahaman terhadap keduadua nafkah juga penting jika berlaku sebarang pertelingkahan dalam rumah tangga. Mereka boleh menentukan apakah perkara yang perlu dituntut di mahkamah tanpa perlu membabitkan perceraian antara suami isteri.
Dalam kes membabitkan perceraian, isteri perlu dapat membezakan apakah nafkah diri yang boleh dijadikan alasan dalam tuntutannya.
Ia sekali gus mengelakkan pengabaian nafkah anak untuk dijadikan alasan perceraian kerana ia tanggungjawab yang nyata berbeza.
Ia juga mengelakkan ketidakfahaman yang boleh menjejaskan apaapa tuntutan berkaitan di mahkamah. Suami juga harus akur tanggungjawab itu wajib dilaksanakan berdasarkan kemampuan tanpa gagal.


Sambung Baca: http://www.eserikasih.com/category/kaunseling-agama#ixzz2esET7FQQ

No comments:

Post a Comment