Tuesday, December 25, 2012

Tanda – Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna

Tanda – Tanda Kiamat Kecil Telah Lengkap Sempurna kemudian akan berlaku perang besar(tanda kiamat kecil terakhir,detail di bab lain)...............antara tentera persekutuan orang kristian dan orang islam menentang musuh yang tidak diketahui.......dan menuju ke pintu gerbang tanda kiamat besar.......iaitu kemunculan imam mahadi....selepas itu berlaku pula perang besar antara kaum kristian dan tentera imam mahadi(akan dicerita dibab lain)dan menunggu waktu keluarnya tanda kiamat besar pula........dari hadith sahih yang akan dibincangkan nanti.....dan kata2 ulama.....imam mahadi itu telah lahir....cuma tinggal hanya untuk dibaiat sebagai pemimpin ummah....sebelum menyerahkan kuasa kepada nabi Isa nanti Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal yang akan keluar. Manakala Yakjuj & Ma’juj pula akan pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Allahu A’lam. Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir. 1) Penaklukan Baitulmuqaddis Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari 2) Zina bermaharajalela “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim 3) Bermaharajalela alat muzik “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah 4) Menghias masjid & membanggakannya “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai. 5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim. 6) Ramai orang soleh meninggal dunia “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani 8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

No comments:

Post a Comment