Wednesday, August 24, 2011

istimewa buatmu wanita.......majalah AL-ISLAM jun 2011


Image Detail





Terlalu banyak keistimewaan yang ALLAH berikan kepada seorang "wanita". Sedar atau tidak penat lelah yang ditanggung, ada ganjarannya di sisi ALLAH. Berikut antara ganjarannya.......berbanggalah menjadi seorang wanita..

1. " Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik - baik perhiasan ialah wanita (isteri yang solehah) " (Riwayat Muslim)

2. Wanita apabila ia sembahyang 5 waktu, puasa di bulan ramadhan, memelihara kehormatan, serta taat kepada suami, maka masuklah mana- mana pintu syurga yang dikehendaki". (Riwayat Ibnu Hibban, Thaburi, Anas bin Malik)

3. " Wanita yang taat pada suami, semua burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahri dan bulan semuanya beritigfar baginya selama dia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya_

4. Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasulullah S.A.W, mana- mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tanganya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tanganya dari api neraka.

5. Tiap- tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka ALLAH masukkan mereka ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya dan menghadapnya"

6. "Ya Fatimah, jika seorang wanita menyapukan minyak ke rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya, mengerat kukunya, diberi minum ALLAH akan dia sungai syurga, diiringi ALLAH baginya sakaratulmaut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman- taman syurga serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian siratulmustaqim.

7. Apabila wanita mengandung jamin dalam rahimya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya, ALLAH mencatatkan baginya setiap hari seribu kebaikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.

8. " Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, ALLAH mencatatkan baginya pahal orang yang berjihad pada jalan ALLAH.

9. Apabila wanita melahirkan anak, keluarlah dosa- dosa daripadanya seperti keadaaan ibunya melahirkannya.


Image Detail
                                                           

Friday, August 5, 2011

JADIKAN SEORANG LELAKI YANG...




Jadilah seorang lelaki yang beriman,Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah,Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam,Yang sentiasa haus dengan ilmu,Yang sentiasa dahaga akan pahala,Yang solatnya adalah maruah dirinya,Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

Jadilah seorang lelaki,Yang menjaga tutur katanya,Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,Yang mempunyai kawan dan tidak mempunyai musuh.
Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,Yang menjaga matanya dari berbelanja,Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak pernah membazirkan masa,Matanya kepenatan kerana membaca al-Quran,Suaranya lesu kerana penat berzikir,Tidurnya lena dengan cahaya keimanan,Bangunnya Subuh penuh kecerdasan,Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan.
Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa mengingati mati,Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga,Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik,Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
Jadilah seorang lelaki,
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia,Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

DUHAI WANITA

‎(¯`*•.Ya Allah,bila Pagi ini ada hati yang tersimpan benci ubahlah menjadi kasih sayang.Bila hati kami kotor,sucikanlah.Bila hati terluka perih,sembuhkanlah..Ya Allah,lihat air mata kami ini.Kami mohon ubahlah kesedihan siapapun yang membaca doa ini menjadi kebahagiaan dan ubahlah setiap air mata yang mengalir dipipi menjadi kurniaMu dalam hidup kami.Aamiin ya robbal alamin•*´¯)






✿ Tayangkan 'MATAMU' dengan pandangan 'ISLAM'...

◕ Hiasi 'BIBIRMU' dengan kalimah 'TERPUJI'...

✿ Hiburkan 'TELINGAMU' dengan senandung 'AYAT SUCI'...

◕ Pagari 'HATIMU' dari 'IRI' & 'DENGKI'...

✿ Selimuti 'TUBUHMU' dengan 'IMAN'...

◕ Raihlah 'CITA-CITAMU' untuk masa depan......

•.♥• Senyumlah andai dirimu dilukai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dilupai •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dikhianati •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu ditindasi •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu dibebani •.♥•
•.♥• Senyumlah andai dirimu disakiti •.♥



Duhai wanita, Tabahkan DIRIMU bak srikandi KHADIJAH, Haluskan AKHLAKMU seperti FATIMAH AZ-ZAHRA, Sampaikan ILMUMU sebijak si AISYAH, Teguhkan IMANMU seteguh SUMAIYAH, Sucikan HATIMU seperti RABIATUL ADAWIYAH, Barulah dirimu menjadi AINUL MARDIYAH...




Puasa mentarbiyyah hati, mentarbiyyah sifat & mentarbiyyah nafsu.. Selamat menjalani ibadah puasa.




Jika SEPI jangan merasa sendiri,ada Allah yang selalu mengawasi,
Jika SEDIH jangan pendam di dalam hati,ada Allah tempat berbagi,Jika SUSAH jangan menjadi pilu,ada Allah tempat mengadu,Jika GAGAL jangan putus asa,ada Allah tempat meminta,Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa,ada Allah tempat bersujud....♥♥..^_^


Ramai orang puasa tapi bukan semua jaga mulut,
Ramai orang puasa tapi bukan semua dapat runtuhkan keegoan,
Ramai orang puasa tapi bukan semua yang jaga pandangan,
Ramai orang puasa tapi bukan semua yang jaga hati,
Ramai orang puasa tapi bukan semua yang dapat memanfaatkan waktunya..