Friday, December 9, 2011

Ibu Mertua Tak Suka Boleh Cerai Isteri

SALAM SEJAHTERA SEMUA JEMAAH A.A

Kemusykilan, apakah benar sunat ceraikan isteri jika ibu mentua tak suka atas alasan2 yang boleh diterima syarak?

nak kepastian sebab yg mengeluarkan hukum ni seorang peguam qanun islam. bagi yang mempelajari bidang ni atau boleh jawab spt sheikh pendekar, zain atau thtl atau siapa sahaja di alu-alukan.

shukran.
*****************
Panel Feqh

Hukum Menceraikan Isteri Atas Suruhan Ibubapa.

Pandangan tersebut diambil dar sepotong hadis yang diriwayatkan Oleh Ashab al-Sunan melainkan al-Nasaie dari Ibnu Omar r.anhuma..

Berkata Ibnu Omar:` Saya ada seorang isteri yang saya cintai dan bapa saya membencinya,beliau menyuruh saya menceraikanya tetapi saya enggan,lalu diberitahu hal itu kepada Rasulullah s.a.w,maka Nabi bersabda:

يا عبدالله بن عمر طلق امرأتك

Wahai Ibnu Omar,ceraikan isterimu.

(Lihat : Jami` al-Usul Juz 1/304./Nail al-Autar 7/4
menurut al-Muhaqiq Isnad hadis ini Hasan.Ibnu Hibban mensahihkanya.al-Tirmizi menganggap hadis ini hasan sahih.

Al-Syaukani memberi komentar:

Hadis ini merupakan dalil yang soreh menunjukan wajib ketas seseorang lelaki menceraikan isterinya jika disuruh oleh ibu bapanya,Sekalipun dia mencintai isterinya itu.

Ibnu Taimiyyah ketika ditanya,apakah boleh menceraikan isteri yang dibenci oleh ibubapanya,sedangkan pasangan itu ada mempunyai anak?

Jawab beliau: Tidak boleh menceraikan isterinya semata-semata menutut kemahuan ibunya,bahkan memang membuat kebaikan kepada ibu itu pasti,dan perceraian itu bukanlah termasuk dalam perkara berbuat kebaikan kepada ibunya.(Majmuk al-Fatawa 33/112).

Ibnu Qayyim dalam Ta`liqnya kepada Kita Maalim al-Sunnan oleh al-Khattabi:Kisah Ibu bapa menyuruh anak menceraikan isterinya bermula dalam Kisah Nabi Ibrahim A.S.Perkara berbuat baik kepada ibu bapa ialah suka kepada yang ibu bapa suka dan benci kepada apa yang ibubapa benci.Sekalipun berlawanan dengan kehendak sendiri.Perkara ini jika sekiranya ibubapanya dari Ahli al-Din,suka kerana Allah marah juga kerana Allah,Jika sebaliknya tidak wajib ketasnya mematuhi perintah tersebut.Taat kepada ibubapa dalam perkara haq adalah tanda ketaatan kepada Allah.

Kemudianya Ibnu Qayyim menukilkan cerita Imam Ahmad ditanya tentang masalah ini,Jawab Imam Ahmad jangan kamu ceraikanya,kata lelaki yang bertanya: Bukankah Omar menyuruh anaknya menceraikan menantunya?Jawab Imam Ahmad: BIla masanya ayah kamu jadi (setaraf)seperti Saidina Omar?

(lihat Tahzib Maalim al-Sunan 8/35)

Dr Omar Sulaiman al-Asyqar membuat komentar:

Jika sekiranya ayah seperti Saidina Omar tentunya penilaan mengenai hal itu bersandarkan nilaian syarak bukanya nilaian hawa nafsu.Maka jika arahan cerai itu selaras dengan nilaian syarak maka wajib taat keatas perintah ibu bapa.

(lihat Masail Min Fiqh al-Kitab wal al-Sunnah. 88 )Kitab

Dr Wahbah menukilkan Pandangan Ulamak Hanbali:
Tidak wajib keatas lelaki menceraikan isterinya atau juga dalam hal larangan berkahwin,meskipun kedua ibubapanya orang adil.lebih-lebih lagi telah mempunyai anak.Apabila dua kemudaratan bertembung,maka biarkan kemudaratan yang lebih kecil berlaku bagi mengelakan kemudaratan yang lebih besar.

(Fiqh al-Islami juk 7 ms 474 (edisi terjemahan)

No comments:

Post a Comment