Sunday, June 5, 2011

Fiqh Wanita::.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ahlan Wasahlan wa Marhabanbikum..
Selamat Datang Ke Taman-Taman Ilmu & Ukhwah..
Sama- sama berkongsi ilmu,memberi pendapat,dan pandangan tentang sesuatu perkara...

Soalan-soalan tentang fiqh wanita dialu-alukan...
Dan insyaAllah,ana serta sahabat-sahabat lain akan cuba mejawab mengikut kemampuan serta ilmu yang ada,dan bertanya pada yang lebih pakar tentang sesuatu yang tidak diketahui dan tidak pasti..

Group ini,menerima pendapat serta pandangan mengikut Mazhab Imam Shafie (Muhammad bin Idris)

Aslih Nafsak,Wad'u Ghairak..
Perbaiki Diri & Dalam Masa Yang Sama,Ajak Orang Lain..

Jom Amalkan Cara Hidup Islam Sepenuhnya..!!
Jangan Cepat Tergoda Dengan Rayuaan Dunia,Ayuh Jadi Bidadari Besi..! :)

Firman Allah S.W.T.: “Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya daripada melakukan zina) Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:ayat 35).

"Dunia ini adalah perhiasan,dan seindah-indah hiasan ialah wanita solehah" [Hadis Riwayat Muslim]

"Mana-mana perempuan yang melakukan solat 5 waktu,berpuasa di bulan Ramadhan,menjaga kehormatannya dari yang haram,dan mentaati suami,maka masuklah ia ke syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki." [Hadis Riwayat Ahmad]

"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dlm kalangan kamu. Bukan juga yg paling soleh dlm kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas utk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah org yg memberi peringatan.."
-Imam Hasan Al-Basri-

Wallahu'alam..
Moga Allah berkati setiap taipan dan redha setiap apa yang kita lakukan..
Barakallahulakum...

No comments:

Post a Comment