Saturday, May 21, 2011

WAHAI DIRI ....

    • 1. Wajibkan QIAMULAIL untuk dirimu kerana ianya adalah bekalan untuk mu dari sumber mata air yang tidak pernah kering

      2. Bacalah AL-QUR'AN setiap hari kerana ia membuatkan hatimu sentiasa mekar, lunak dan hidup

      3. Cubalah BERPUASA setiap hari Isnin dan Khamis kerana ianya membina suatu daya ketahanan yang kuat dalam melawan nafsumu

      4. Bacalah BUKU ISLAM kerana ia akan membuatkan fikiranmu tajam, pandanganmu jauh dan fikrahmu mantap

      5. BERMUZAKARAHLAH dengan sahabat-sahabatmu dalam perkara yang meningkatkan mutu 'amal dan da'wah; dan BERMESYUAWARAHLAH dengan mereka dalam tindakan-tindakanmu semoga setiap perkara yang dilakukan adalah di dalam lingkungan Amam Jama'i yang lebih luas dan lebih dicintai Allah dari Amal Fardi (perseorangan

      6. REBUTLAH PELUANG untuk bertanya dan berbincang dengan saudara2 yang berfikiran luas, tajam dan kritikal; serta ustaz2 yang banyak pengalaman agar dirimu dapat menimba ilmu-ilmu dan pengalaman yang tidak dapat kamu perolehi dari pembacaanmu

      7. Jagalah AMALAN SUNATMU agar kamu dicintai Allah--sunat Rawatib, Dhuha,Witir dll

      8. PERBANYAKAN AMAL DARI BERCAKAP kerana bercakap tanpa amal adalah termasuk dalam hal-hal yang tidak bermanfaat lagi membuang masa

      9. UTAMAKAN ORANG LAIN DARI DIRIMU walaupun dirimu dalam keadaan susah;kerana itu adalah hal-hal yang utama di sisi Allah yang akan melepaskan kamu dari kesusahan di Akhirat

      10. Jagalah AKHLAKMU kerana manusia akan tertarik denganmu bukan kerana kepetahanmu bercakap atau ketinggian pangkatmu, tetapi kerana akhlak,kesungguhan dan pengorbananmu.

      11. Jagalah MASAMU dengan baik, kerana MASA ITU ADALAH KEHIDUPAN; ia ibarat PEDANG yang akan "memotongmu jika kamu tidak menjaganya" Janganlah kamu membuang masa dalam hal-hal yang tidak berfaedah Buatlah jadual harianmu semoga setiap urusanmu teratur dan terancang

      12. Akhir kata, WAHAI DIRI, BACALAH TAZKIRAH ini setiap hari dan AMALKANLAH ianya di dalam kehidupanmu...Dengan itu agar kamu akan menjadi INSAN RABBANI

No comments:

Post a Comment