Sunday, February 13, 2011

NOVEL: AD+IZ (14)

“Farriel? You wat pe kat sini?”
Farriel rasa nak jadi halimunan aje tatkala Marina berada betul-betul di belakangnya. Nak tak nak, suka tak suka, dipalingkan juga tubuh badannya mengadap Marina. Ligat akal di kepala memikirkan alasan terbaik untuk diberikan kepada Marina.
“Aaa… I cari baju untuk function… You tau la, kan… Jadi orang korporat ni sana-sini ada function…” Tergagap-gagap Farriel mereka alasan. Matanya tak henti-henti dijelingkan ke arah fitting room. Berharap AD tak keluar saat itu.
AD, bertahan la kat dalam tu… Tunggu sampai aku bawa minah ni keluar dari sini dulu…
“You nak pergi function ape? Biar I pilihkan…” Ujar Marina. Dia mula bergerak ke deretan pakaian lelaki. Memilih pakaian yang sesuai untuk Farriel.
“Aaa… Tak payah la… I dah tengok semua dan tak ada yang sesuai. Why don’t we go kedai lain. Maybe kat situ ada yang sesuai…” Farriel berdoa bersungguh-sungguh agar Marina termakan dengan kata-katanya.
“Yeah, I baru ingat. Ada satu kedai a few blocks from here… Diorang ada banyak collection tau! You nak pergi tengok?”
“Of course! Jom kita pergi sekarang!”
Farriel mengucap syukur. Tangan Marina dikepit dan didorongnya agar segera keluar dari situ. Sempat dia mengerling ke belakang; melihat AD yang kepalanya dah terjulur keluar melihat dirinya dan Marina berlalu pergi. Wajah AD yang berpeluh-peluh itu meruntun hatinya. Mulut dikumat-kamitkan.
“Sorry, AD! I will make it up for you… Sorry!”
@~@~@~@~
Midah tak senang duduk. Mula-mula kerusi meja makan diletakkan punggungnya. Tak sampai lima minit, dia bangkit semula. Mundar-mandir di sekitar ruangan rumah yang sempit. Zalika yang tadinya khusyuk menonton, mengerling ke arah emaknya.
“Napa dengan mak ni? Macam cacing kepanasan aje!”
“Akak kamu, si Adry tu… Betul ke dia dah berhenti keje?”
“Betul la! Ika tanya sendiri pada kawan dia kat butik tu. Lagipun dah dua tiga kali Ika pergi butik tu, memang dah sah akak tak keje situ lagi!”
“Isk… Ada kamu tanya kat mana dia keje sekarang? Macam mana nak hubungi dia?”
“Ika dah tanya, tapi kawan dia yang kerek tu tak nak bagitau! Panas aje rasa hati!”
Midah mengepal penumbuk. Hilang jejak Adry bermaksud dia kehilangan ‘lubuk emas’nya. Selama bertahun-tahun Adry menanggung mereka sekeluarga. Dia sudah lama tak bekerja sejak berhenti dari menjadi GRO. Dia sudah berusia. Tempatnya sudah ada penggantinya. Yang lebih muda dan seksi. Nak harapkan suaminya? Bakar hanya memegang gelaran itu tanpa tahu melaksanakan tanggungjawabnya. Zalika baru aje mendapat pekerjaan. Namun anaknya itu tak pernah ingin menghulur walau sesen. Bakhtiar pula lebih suka melepak, tersidai di sana-sini bersama kawan-kawannya. Cuma Adry yang setia menurut kehendak hatinya.
“Ika kena usahakan cari Kak Adry!”
“Nak cari kat mana? KL? Gombak? Klang? Bumi ni luas la mak!”
“Cari aje la kat mana-mana! Hutang TV, sofa, duit sewa rumah, bil-bil semua sapa nak bayar? Kamu?”
“Apa pulak Ika yang kena bayar? Kan selama ni Kak Adry yang bayar!” Melengking suara Zalika mendengar kata Midah.
“Sebab tu la mak suruh kamu cari dia. Nak minta duit dari dia. Jangan dia ingat dia dah besar panjang, dah pandai cari duit, dia boleh lupakan kita macam tu aje. Penat-penat aku bela dia, dah besar jadi kacang lupakan kulit pulak! Ko pun kena la bagi mak duit. Jangan habiskan dengan berjoli aje!”
Zalika kumat-kamitkan mulut. Mengejek kata-kata emaknya. Matanya sedikit pun tak berganjak dari peti televisyen. Malas memikirkan tentang kakak tirinya itu. Baginya, Adrianna langsung tak bererti. Yang membuatkan dia terus bercakap dengan Adrianna adalah soal duit. Kerana dengan Adrianna, dia boleh mengugut, memperbodohkan gadis itu untuk mendapatkan wang. Dengan emaknya, alamat keluar la isi telinga dibebel tak henti-henti. Penghabisannya, duit tak dapat, telinga dapat sakit…
Bakhtiar yang datangnya entah dari mana, meluru masuk ke rumah. Daun pintu kayu yang hampir reput segera dirapatkan. Besi selak pintu dimasukkan ke tempatnya. Kemudian dia tersandar di situ. Melepaskan lelah. Peluh yang membasahi muka dan bajunya langsung tidak dihiraukan.
“Hah! Tiar, baru sekarang jumpa jalan balik? Dah dua minggu mak tak nampak kamu. Kamu ke mana?” Sinis Midah menyoal. Bakhtiar yang masih tercungap-cungap sekadar memandang ke arah emaknya.
“Mak! Mak kena tolong Tiar mak!” Tubuh sang ibu dihampiri dan digoncangnya.
“Tolong ape pulak ni, Tiar? Kamu bergaduh dengan kawan-kawan kamu lagi ke? Kamu kaco anak dara orang ye!” Melulu Midah mengeluarkan soalan. Bakhtiar mengeleng-ngelengkan kepala. Menidakkan tuduhan emaknya. Zalika yang menonton sekadar mendengar. Sesekali tawa sinis dilemparkan ke arah adiknya yang dah mula menarik-narik lengan baju emaknya, merayu rasa belas dari Midah.
“Bagi Tiar pinjam RM 20 ribu, mak… Tiar janji, besok-besok Tiar keje, Tiar akan bayar balik duit mak tu!”
“RM 20 ribu? Banyaknya! Ko ingat mak ni Zeti Aziz, gabenor Bank Negara tu ke? Mana mak nak cekau duit sebanyak tu?” Tinggi suara Midah menyoal.
“Ala… Tiar tau mak banyak duit! Ni, mak beli TV baru, sofa baru! Tak kan mak beli dengan air liur je kot?” Panjang telunjuk Bakhtiar menunding ke arah ruang tamu yang dahulunya cuma ada kerusi rotan buruk dan tv hitam putih.
“Ni semua hutang, Tiar… Kak Adry kamu yang bayar tiap-tiap bulan. Sekarang ni Kak Adry kamu dah hilang entah ke mana. Langsung tak kirim duit. Kalo dia bagi pun berapa sangat la. Tak sampai ribu-ribu pun!”
“Mak tipu! Tak kan la Kak Adry tak kirim duit. Kan ke dia takut sangat mak bakar barang-barang arwah mak dia tu. Mesti dia ada bagi duit tapi mak sorok, kan? Mak nak guna untuk diri mak, kan?” Tuduh Bakhtiar keras.
Midah mengeleng. Tak tahu bahasa apa yang patut digunakan untuk menerangkan letak duduk perkara sebenar kepada Bakhtiar. Bakhtiar tak mati akal. Dia menerpa ke sofa pula. Kaki Zalika digoncangnya.
“Kak, ko mesti tau mana mak sorok duit, kan?! Tunjuk kat aku, kak! Aku betul-betul terdesak ni!” Desak Bakhtiar.
“Eh, Tiar! Ko ni tak faham bahasa ke? Dah mak kata tak ada, tak ada la! Memang betul pun Kak Adry tak bagi duit lagi sekarang ni. Dia pun dah berhenti keje kat butik tu! Dia dah hilang! Aku dengan mak pun tak tau nak cari dia kat mana!”
Bakhtiar terkedu mendengar bicara kakaknya. Sangkanya Midah berbohong. Tapi bila Zalika turut mengiyakan pernyataan emak mereka tadi, dia mula termakan dengan cerita ‘kehilangan’ Adrianna.
“Arghh! Tiar tak kisah! Walau macam mana pun, akak dengan mak kena tolong Tiar. Kalo tak, mati Tiar!”
“Apa ko dah buat Tiar?” Soal Midah gelojoh. Bahu anaknya ditepukya kuat.
“Tiar… Tiar pinjam duit dari Ah Long…” Tergagap-gagap Bakhtiar menjawab.
“Ya Rabbi, Tiar… Ko tau tak ape ko dah buat?” Midah capai batang penyapu di sudut ruang lantas mendapatkan Bakhtiar. Bakhtiar memeluk kedua-dua belah kaki di atas sofa, ketakutan apabila dapat mengagak tindakan emaknya sebentar nanti.
“Ko sedar tak apa ko dah buat? Ko pun sama macam bapak ko! Tak sudah-sudah menyusahkan hidup aku! Cuba la ko keje baik-baik… Hari tu baru aje hutang bapak ko selesai. Ni ko pulak wat hal!” Jeir Midah lantang. Tubuh Bakhtiar dipukul berkali-kali oleh Midah. Menggelepar Bakhtiar menahan kesakitan.
“Tiar tak sengaja, mak… Tiar kalah judi, kalah race motor… Tolong la Tiar, mak… Ah Long tu ugut nak bunuh Tiar! Ah Long tu asyik ikut Tiar aje dua tiga hari ni!”
Tiba-tiba pintu rumah diketuk kasar dari luar. Midah, Zalika dan Bakhtiar duduk diam membatu seperti disumpah dek ibu Tanggang. Mulut berkunci rapat. Mata masing-masing melolot memandang papan pintu yang bergegar akibat ketukan ‘tetamu tak diundang’. Kecut perut apabila mengingatkan kata-kata Bakhtiar sebentar tadi.
“Sapa?” Soal Midah dengan suara menggeletar.
“Kami nak cari rumah keluarga Cik Adrianna Mayesa.” Suara parau lelaki kedengaran jelas dari luar rumah. Masing-masing berpandangan dan mengerutkan dahi. Midah berjalan ke pintu. Selak ditarik dan pintu dibuka. Dua orang lelaki berpakaian kemas dan bercermin mata gelap, tegak berdiri di muka pintu.
“Kami mencari ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang mengenali Cik Adrianna Mayesa.” Kata salah seorang lelaki tersebut dalam satu nafas.
“Ada apa hal tu, encik?” Soal Zalika yang sudah merapati Midah.
“Ada beberapa soalan yang perlu kami tanyakan.” Ujar lelaki kedua. Langsung tiada kemesraan di raut wajah masing-masing.
“Kalo kami dapat jawab soalan-soalan berkenaan Adrianna yang encik berdua kemukakan, apa ganjaran yang kami akan dapat?” Midah menyoal lagi.
Kedua-dua lelaki itu berpandangan sesama sendiri seraya menganggukkan kepala. Midah dan Zalika berbalas pandangan. Merasakan lelaki-lelaki tersebut akan menuruti kehendak mereka, senyuman penuh makna terukir di bibir masing-masing.
@~@~@~@~
Papp! Prranggg!
Farriel hampir terdorong ke depan. Mujur orang yang melanggar sempat memaut lengannya. Kalo tak, tak tentu dia dah tertunam ke lantai lobi.
“Maaf! Saya tak sengaja!” Ujar lelaki itu dengan rasa bersalah.
“Tak ape! Saya pun tak tengok kiri kanan tadi. Main redah aje.” Balas Farriel tanpa memandang wajah lelaki tersebut. Sibuk dia mengutip isi fail yang dah berterabur. Lelaki itu mencangkung. Turut mengutip setiap helai A4 yang terlambak di lantai. Dan mereka bertentangan mata tatkala kertas diserahkan.
“Aril! Farriel, kan?”
“Adly! Headboy Sri Bistari, kan?” Farriel tersenyum girang melihat teman lama yang berdiri di hadapannya.
Jika sewaktu dulu, dia paling benci terserempak dengan Adly. Ada aje yang tak kena pada dirinya pada mata Adly. Namun kini, dia menganggap pertemuan ini suatu keajaiban alam. Mereka bersalaman sambil memeluk bahu. Lagak teman akrab yang terpisah lama; bertanya khabar dalam suasana mesra.
“Lama betul la tak dengar cite fasal ko. Last aku dengar fasal ko, ko pindah ke luar negara. Menetap kat sana. Macam mana ko boleh ada kat sini pulak ni? Tak tersangkut dengan mana-mana minah Mat Salleh? Ke ko dah angkut dia balik sini sekali?”
Adly tersengih.
“Mana ada. Aku lebih suka pompuan Malaysia yang sopan-santun dari minah Mat Salleh yang lepas-laku tu. Lagipun famili aku ke sana sebab nak berubat. Ko tau kan, ayah aku tu ada sakit jantung.”
Farriel mengangguk beberapa kali. Tahu akan penyakit yang dihidapi oleh ayah Adly sejak mereka bersekolah lagi.
“So, sekarang ayah ko macam mana?” Soal Farriel sekadar berbasa-basi.
“Orang tua, tau aje la… Nak kata sembuh seratus peratus tu memang tak boleh la. Ada masa-masanya, datang juga penyakit dia. Ko sekarang keje kat mana?”
“Hmm… Mana lagi. Company bapak aku la! Jadi manager cikai.”
Tawa Adly pecah.
“Manager cikai? Mustahil la!”
“Hehe… Ko pulak keje mana?” Giliran Farriel pula bertanya.
“Aku keje kat syarikat guaman kawan aku. Tolong-tolong dia sket. Dapat la dua tiga ratus…” Jawab Adly dengan penuh rasa rendah diri.
“Peguam! Not bad. Memang ada ciri-ciri la… Tapi napa tak keje kat company ayah ko aje?”
“Isu sensitif tu!”
“Sensitif?”
“Mak tiri aku dah hijack company ayah aku sejak dia jatuh sakit. Semua benda mak tiri aku uruskan. Ayah aku cuma bagi nasihat atas angin aje. Aku malas nak campur, apa lagi nak keje bawah dia. Kang fasal-fasal jadi perang saudara pulak. Ko tau aje la, berapa kerat sangat la mak tiri baik dengan anak tiri dalam dunia ni… Sebelum jadi benda tak baik, baik aku yang keje kat mana-mana. Lagipun aku bukan kemaruk sangat nak jadi ahli korporat. Belajar pun amik bahagian law.”
“Eh, okey la ek! Aku blah dulu. Ada meeting dengan client jap lagi. Minta contact number ko. Kot-kot boleh lepak kedai mamak ke mana-mana ke esok lusa…”
Adly dan Farriel mengeluarkan kad masing-masing. Kad nama bertukar tangan.
“Okey! Lain kali aje la kita borak panjang!” Farriel atur langkah ke car park. Tak sampai lima langkah dia menepuk dahi. Teringat akan sesuatu.
“Eh, lupa pulak! Terlanjur dah jumpa ni, aku nak ajak ko datang majlis kawin aku.”
“Ko dah kawin? Biar benar?” Adly tersengih. Tak percaya dengan status Farriel yang dah setapak di hadapannya.
“Betul la. Ingat tak ada orang suka kat aku ke?”
“Hehe… Aku tak kata, ko yang kata gitu. So bila and kat mana tu?”
Poket seluar diseluknya. Mencari sesuatu di situ. PDA dikeluarkan. Maklumat berkenaan majlis perkahwinan Farriel pantas direkodkan.
@~@~@~@~
Entah apa mimpi Farriel aku pun tak tau. Tiba-tiba aje ajak aku makan kat hotel. Aku syak, ni kes dia nak tebus kesalahannya gara-gara kami ‘terkurung’ kat fitting room kelmarin. Mula-mula aku tolak pelwaannya. Bagi alasan nak siapkan assignment dan letih. Tapi bila tengok muka kesian dia tu, aku rasa tak sampai hati pulak. Lagipun aku malas nak masak malam ni. Bersiap ala kadar, setakat pakai baju yang bersesuaian dengan tempat yang kami nak pergi, kami pun bertolak pergi dengan keretanya.
Tepat jam 8.30 malam, kami dah masuk dalam ruang restoren. Bila pelayan tunjukkan meja, baru la aku tahu yang Farriel awal-awal lagi dah tempah meja itu. Dan meja yang ditempah oleh Farriel agak tersorok dan terpisah dari meja-meja yang lain. Seakan mahu privasi tersendiri. Dua jam kami di restoren itu dan sepanjang dua jam itu juga la aku dilayan baik oleh Farriel. Aku dihidangkan dengan makanan yang enak dan cerita-cerita pelbagai genre dari Farriel. Langsung tak ada kata-kata berunsurkan perlian, sinis, double-meaning atau apa-apa. Semuanya telus dan ikhlas. Kami bercerita tentang apa sahaja dalam suasana riang dilatari gesekan biola yang bergema di segenap ruang restoren. Sesekali aku tertawa bila dia melawak. Orang sekeliling yang memandang mungkin akan menyangka kami adalah pasangan bahagia.
Jam 10.30 malam, kami bertolak pulang. Kira-kira sejam kemudian kami tiba di rumah. Ketika melangkah masuk ke rumah itulah Farriel dengan tanpa diduga menghulurkan beg kertas bersaiz sederhana kepadaku.
“Apa ni?” Soalku pelik. Namun ada senyuman terukir di bibir. Mood dari restoren tadi masih bersisa. Farriel membalas senyumanku. Entah mengapa, aku dapat merasakan kelainan pada diri Farriel malam ni. Pandangan lunak dilemparkan ke arahku.
“Aku nak ko pakai. Dan datang ke bilik aku.” Katanya.
Ha? Pakai? Masalahnya apa yang ada dalam beg kertas ni? Kostum Superman? Ultraman? Entah-entah kostum badut tak! Tak tergamak aku nak pakai…
“AD, dalam masa 30 saat aku nak ko ada dalam bilik aku!” Ujar Farriel yang dah berdiri kat tengah-tengah anak tangga.
Lawak apakah ini? Langkah kuhayun juga ke bilik. Isi beg aku lambakkan. Menganga mulutku. Biar betul?! Gaun biru laut bercorak abstrak separas lutut, siap dengan satu set accessories lagi; subang, rantai dan rantai tangan. Ei, mesti mahal ni! Tak kan macam ni sekali gaya dia nak pujuk aku. Aku bukan merajuk pun, padahal. Cuma marah sket aje sebab kepanasan duduk dalam fitting room yang sempit tu. Rasa-rasanya, masa aku membebel minta ‘ganti rugi’, paling teruk pun aku minta dibelanja makan aje. Taka de la sampai tahap beli-beli benda-benda macam ni… Ei, sah demam dah si Farriel! Ke entah-entah ni barang dia nak bagi Marina tapi terbagi kat aku… Haru betul angau mamat seekor ni!
“AD!! Dah siap ke belum?!” Jerit Farriel dari luar.
“Aa… Kejap-kejap!”
Tombol pintu aku tekan. Mengunci dari dalam. Karang dibuatnya Farriel meroyan buka pintu, tak fasal-fasal aje dia tengok ‘wayang’ free. Malas nak fikir panjang-panjang, gaun tu aku ambil dan pakai. Begitu juga dengan accessories yang ada. Imej di cermin aku pandang. Okey, tapi macam ada yang kureng… Hah, mata! Eyeshadow warna sedondon dengan baju dan mascara aku kenakan. Sedikit blusher dan lipstick. Setelah memastikan penampilanku tak keterlaluan, aku menapak ke bilik Farriel. Dalam pada tu, aku cuba meneka-neka apa ‘tugasan’ yang ingin diberikan padaku.
Lagu I’ll Be nyanyian Goo Goo Dolls menampar ruang dengar sebaik sahaja pintu biliknya dibuka. Tubuh Farriel kucari. Kiri, kanan, tak ada… Memandang pula ke luar, di balkoni rupanya… Pantas kujejaki Farriel di situ. Berdiri di sisinya yang lengkap ber’tuxedo’. Macam nak pergi majlis formal pulak. Bezanya, majlis diadakan di rumah dan aku pakai baju paling sempoi tanpa tudung di kepala. Hmm… Sesuatu yang tak pernah aku lakuka sebelum ini… Dan seperti dirinya, aku juga menengadah ke langit. Memandang ke arah bulan yang mengambang penuh; dikelilingi beratus juta bintang-bintang.
“Ko ingat tak, ko pernah kata kat aku… Orang yang memandang ke arah bulan dan bintang tanpa orang tersayang di sisi atau dalam hati adalah orang yang paling sunyi di dunia…” Ujar Farriel tenang tanpa sedikit pun menoleh ke arahku. Tapi kata-kata tu menyusup terus ke dalam hatiku.
Dia ingat? Kata-kata tu aku lafazkan lapan tahun lalu… Tak sangka dia masih ingat! Falsafah zaman budak-budakku itu masih utuh dalam ingatannya.
“Ko ingat lagi?” Soalku penuh takjub.
‘Mustahil aku lupa, AD! Segalanya tentang diri ko aku ingat. Semacam ada satu ruang khas bagi diri ko dalam kotak memori aku ni…’
“Hmm… Bila dengar ko cakap macam tu, memang aku rasa nak tergelak. Tapi bila fikir-fikir balik, ada juga kebenarannya.” Jawab Farriel.
‘Tapi aku tak rasa falsafah masa aku umur 15 tahun tu tak boleh digunapakai saat ini. Ko ada di sebelah aku sekarang, malah ko juga merajai hati aku. Tapi, aku tetap merasakan bahawa aku lah orang yang paling sunyi dan sedih di dunia ini. Sebab aku bertepuk sebelah tangan… Sebab aku tak membawa sebarang makna pada diri ko…’
Farriel mengalih pandang. Dari dada langit ke arahku. Kami bertentangan mata. Mulut terkunci rapat. Hanya mata kami ‘berkata-kata’.
Farriel teruja melihat sepasang mata AD yang bersinar-sinar di bawah cahaya rembulan. Sungguh, dia tidak dapat memikirkan mana-mana wanita yang dapat menandingi kecantikan AD pada mala mini. Tidak sesiapa walaupun Marina Irriani atau mana-mana Miss Universe.
‘AD… Kenapa ‘rasa’ ini semakin kuat tatkala bersama ko? Kenapa mudah benar ko masuk dan curi hatiku, cintaku?’
Entah mengapa, aku terasa seperti ada ruang ‘reserved’ dalam diri Farriel untuk aku malam ini. Ruang yang membolehkan aku ‘masuk’ ke dalam hatinya. Ruang untuk aku lebih mengenalinya.
‘Kalo masa boleh dihentikan, biarlah ia berhenti ketika ini… Ketika aku dan Farriel bertentangan mata… Ketika aku merasakan yang Farriel juga mempunyai rasa cinta yang sama sepertiku…’
“Kau nampak cantik malam ni…” Pujinya antara dengar tak dengar. Ghau! Naik darah merah ke pipiku. Walaupun aku tak pasti ikhlas ke tidak pujiannya itu. Tapi aku benar-benar dapat merasakan keikhlasannya pada malam ini. Dan pujian Farriel aku terima dengan hati yang girang. Senyuman paling manis aku ukirkan buatnya.
“Benda ni bunyi macam bodoh sket tapi… Ko sudi tak nak menari dengan aku? Kalo tak nak aku tak paksa. Mesti ko kutuk aku dalam hati, kan? Ye la, mesti ko fikir permintaan bawah tanah apa la yang aku buat ni… Tak pun ko ingat aku ni terlebih minum fat burner ke apa-apa…”
Aku tersenyum mendengar Farriel menceceh. Sebelum dia bertukar jadi mak nenek, jari telunjuk aku letakkan di bibirnya. Menghentikan bebelannya. Farriel tersentak. Serta-merta kata-katanya terhenti di situ. Mukanya merah. Mungkin menahan malu.
“Aku tak kutuk ko… malah aku sudi nak menari dengan ko…”
Menganga mulut Farriel mendengar jawapanku. Namun dia cepat-cepat katup mulut dan menghulurkan tangan kanannya. Aku letakkan jari-jemariku dalam genggamannya.
“Tapi aku nak bagitau sesuatu…”
Farriel pandang mataku. Bertanya dengan hanya sepasang anak matanya.
“Aku tak pandai menari! Langsung tak pandai. Tapi aku pernah tengok filem Sayang… You Can Dance! Mungkin boleh membantu? Boleh ke?”
Farriel ketawa kecil. Berirama indah kedengaran di cuping telingaku. Ahh…! Apa jua yang berkenaan Farriel malam ini memang elok dan indah sahaja pada pandanganku.
AD… AD… Dalam pada nak wujudkan suasana romantik ni, ko sempat lagi buat lawak tahap anak cipan! So cute!
“Tak ape. Aku pun bukan pandai sangat. Ko just ikut aje step aku… Slow dance tarian yang paling mudah. Mesti ko cepat pick-up punya!” Ujar Farriel penuh yakin. Tapi keyakinan aku sifar. Aku memang la tak berseni orangnya. Badan kayu, urat dawai, kepala batu, hati besi… Hehe!
Aku cuba menghayun badan seiring dengan Farriel dan muzik yang bergema. Tapi perkara yang mudah bagi Farriel memang sesuatu yang payah bagi aku.
“Ouch! AD!”
“Adoi! AD kaki aku…!”
“AD, jangan la buka langkah besar sangat!”
Aku berhenti menari. Tangan kualih dari tubuhnya. Berpeluk tubuh dengan muncung angsa di hadapannya. Lagu I’ll Be versi Goo Goo Dolls berputar entah untuk kali ke berapa di speaker yang disambung ke laptop. Masa tu la aku terasa ada dejavu dalam perbuatan yang kami sedang lakukan ni.
“Malas la nak join idea tiga suku ko ni! Dah la memang obviously tiru scene dalam cite Aa+bB si Hlovate tu… Dengan lagu-lagu sekali ko copy cat! Langsung tak ada originality!” Rungutku.
“Okey, memang aku tiru scene dalam buku tu. Tu pun sebab ko kemaruk sangat dengan Benz Alif and Addin dalam cite tu. So, aku cuba la wat dalam versi AD and Izumi pulak!” Terangnya bersungguh.
“Lagipun, aku tak tau nak minta maaf macam mana dari ko… fasal kejadian kat butik tu…” Sambungnya perlahan.
Ooo… Ni kes nak minta maaf la ek? Aku garu dagu yang tak gatal. Play along aje la… don’t ruin the moment, bisik hati kecil.
“Fasal kejadian kat butik tu, aku dah maafkan. Tapi fasal menari ni, memang aku tak boleh handle. Sebab aku memang kayu… aku…”
Giliran Farriel pula ‘mendiamkan’ aku dengan jari telunjuknya yang runcing. Serta-merta pandangan kami bertaut. Tanganku diraihnya semula dan diletakkan di pangkal lehernya.
“Just let the eyes contact and flow with the music… Learn and dance by your heart… Don’t think…” Bisiknya di tepi telingaku.
Lagu I’ll Be berlalu pergi. Diganti pula dengan You And Me dari Lifehouse. Dan kali ini, dengan mudahnya aku dapat menari. Dengan hanya memandang ke arah anak mata Farriel, aku dapat membaca gerak kaki kami di bahagian bawah.
What day is it?
And in what month?
This clock never seemed so alive
I can’t keep up and I can’t back down
I’ve been losing so much time…

Suara serak-serak basah sang penyanyi menyelinap masuk ke telinga. Dengan hanya memandang ke anak matanya, aku lupa tentang segala-galanya. Yang ada cuma aku dan dia… Dan ada rasa aneh menghangatkan tubuhku dari kedinginan malam. Apa yang aku rasakan kini sungguh aneh dan tidak dapat digambarkan dalam apa jua bentuk kata-kata…
Dengan jarak wajah lebih kurang 4 inci, walaupun kepalaku sedikit terdongak memandang ke arah wajahnya, jelas di pandanganku sinar cinta di matanya. Aku jadi terkeliru. Cinta di matanya untuk siapa? Aku atau Marina? Sapa yang terkeliru sekarang ni? Aku yang terkeliru menafsir cinta Farriel atau Farriel yang terkeliru dengan siapa dia menari sekarang?
‘Cause it’s you and me
And all of the peole with nothing to do
Nothing to lose
And it’s you and me and all other people
And I don’t know why
I can’t keep my eyes off of you

Farriel enggan membenarkan kelopaknya berkelip sama sekali; walaupun perbuatan itu cuma memakan masa kurang sesaat. Dia mahu matanya terus dijamu dengan wajah AD yang disinari cahaya bulan. Dan pemandangan yang terindah di dunia Cuma kelihatan di dalam anak mata AD. Sungguh… aku dah jatuh cinta pada Adrianna Mayesa… Dan perasaan itu lebih dalam dari apa yang pernah aku rasakan ketika bersama Ann dan Marina…
One of the things that I want to say just aren’t coming out right
I’m tripping on words
You’ve got my head spinning
I don’t know where to go from here

Dan segala perkataan dan bahasa yang wujud di dunia seolah-olah tenggelam bersama-sama tarian mereka yang semakin lancar dan mengasyikkan. Sungguh, tiada satu apapun yang melintas di fikirannya kini. AD membuatkan dia lupa akan segala-galanya. Hanya AD yang bisa berbuat begini kepadanya… Hanya AD…
There’s something about you now
I can’t quite figure out
Everthing she does is beautiful
Everything she does is beautiful

Dan tatkala AD tersenyum dengan sepasang anak matanya yang bundar, hampir-hampir sahaja Farriel mengucup kedua-dua belah kelopak mata AD dek keterujaannya dengan ciptaan Allah itu. Mujur irama lagu yang berhenti turut menghentikan tarian mereka.
Lagu You and Me dendangan Lifehouse berakhir. Tarian kami turut berakhir. Kedua-dua tangan kualihkan dari tubuh Farriel. Begitu juga dengan Farriel. Kami tegak berdiri mengadap sesama sendiri. Cuma memandang, merenung dan menatap wajah masing-masing tanpa sebarang kata.
Jika tadi kami seumpama sepasang penari yang begitu rapat sehingga boleh membaca langkah pasangan kami, tapi kini kami tak ubah seperti orang asing yang sekadar berpampasan di kaki lima. Langsung tidak mengenali patah lagi berkongsi apa jua perkara. Dia Tengku Farriel Izumi. Ditubuhnya mengalir darah kerabat diraja. Anak salah seorang ahli perniagaan terkenal di Malaysia. Bakal menerajui syarikat warisan keluarganya. Aku cuma Adrianna Mayesa. Anak yatim piatu yang tak tahu asal-usul. Cuma punya ibu agar tak disalah-sangka sebagai anak buluh betong. Berbintikan Ismail al-Hussein yang entah siapa orangnya atau entah macam mana rupanya. Namun seribu kesyukuran aku panjatkan kepada Ilahi. Sekurang-kurangnya aku berbapa. Bukan anak luar nikah. Walaupun tidak pernah sekali aku melihat wajahnya.
Latar muzik berganti dengan lagu-lagu dari kelompok seberang. Vocalist Republik mendendangkan lagu Hanya Ingin Kau Tahu dalam nada yang mendayu menjadikan suasana semakin sayu. Cahaya cinta di mata Farriel semakin pudar. Entah mengapa, aku dapat merasakan ini merupakan kali terakhir aku dan Farriel dapat berduaan begini. Entah mengapa, aku merasakan yang selepas ini hubungan kami akan bertambah renggang walaupun kami bakal digandingkan dalam majlis resepsi lusa. Entah mengapa…
Ku telah miliki
Rasa indahnya perihku
Rasa hancurnya harapku
Kau lepas cintaku

Kami sekadar berpandangan… Ada rasa sayu menerpa masuk di kamar hatiku. Wajah ini… Wajah Farriel ini serasanya telah lama bersemadi dalam jiwaku. Jika benar dia bukan ditakdirkan untukku, bisakah aku melupakannya kelak?
Rasakan abadi
Sekalipun kau mengerti
Sekalipun kau fahami
Ku fikir ku salah mengertimu…

AD… Sengaja aku ciptakan kenangan manis bersama ko malam ini. Kerana malam ini akan kukenang untuk seumur hidupku. Malam yang cuma dikongsi oleh ko dan aku… Malam yang mana aku, lelaki yang gagah perkasa tertunduk lemah dek kerana panahan matamu… Malam yang menyaksikan betapa terlewatnya aku mentafsirkan rasa hatiku sehingga ko ‘terlepas’ ke tangan Ihsan… Dan dengan kenangan yang ada ini, aku akan mengumpul kekuatan untuk berhadapan dengan kaum kerabatku. Aku akan bebaskan ko dari ‘penjara’ perkahwinan kontrak ini agar ko boleh hidup dengan lelaki yang ko cintai…
“Aku balik bilik dulu…” Ujarku perlahan bila Farriel langsung tak berketik dari tempatnya berdiri.
Dengan berat hati, ku alihkan jua anak mata dari terus mengamatinya. Berharap ingatanku akan cukup kuat untuk terus mengingati wajahnya seandainya kami berpisah kelak. Ya Allah, berat sungguh dugaan ini…
Ooo… Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu…

“Okey…” Balasnya. Aku palingkan tubuh darinya. Titisan jernih itu, entah bila bertakungnya, tau-tau aje dah jatuh ke pipi. Belakang tangan kuangkat. Pura-pura menggosok mata disertai gaya menguap; tanda mengantuk. Aku tak mahu dia tahu aku menangis. Biarlah aku ‘dibuang’ dengan cara terhormat. Biarlah dia anggap aku langsung tiada perasaan padanya. Itu lebih mudah.
Walaupun semua
Hanya ada dalam mimpiku
Hanya ada dalam anganku
Melewati hidup…

Rasanya mahu sahaja aku melaungkan kalimah cinta saat ini kepadanya. Agar dia tahu bahawa aku menyintainya. Agar dia tahu aku tak mahu dia mengahwini Marina yang tak stabil cintanya, yang berubah-ubah cintanya. Serasanya ingin sahaja aku merayu agar dia menyintaiku dan melupakan Marina. Kenapa? Kenapa dia tak boleh mencintai aku?
Panggillah aku Farriel… Panggillah… Katakan ko mencintai aku. Katakan ko perlukan aku. Katakan ko tak mahu berkahwin dengan Marina. Katakan la Farriel….
“AD…”
Aku tersentak. Langkahku mati. Air mata yang tadinya bertali arus, pegun di tubir mata. Aku cuma memandang pintu kayu dengan pandangan kosong. Langsung tak menoleh. Atau lebih tepat aku takut untuk menoleh. Takut diejek kerana menangis. Menangis kerana aku sudah kalah dalam permainan kahwin kontrak ini.
“AD… Selamat malam…”
Laju semula air mataku menuruni pipi. Jangan bermimpi, Adry… Mana mungkin enggan bergandingan dengan pipit! Ini bukan zaman fairytale lagi! Tak semua kisah cinta berakhir dengan happy ending…
Langkah kuatur kembali ke pintu bilik. Melekat tapak tangan di tombol pintu. Entah kenapa payah benar aku nak memulas tombol itu malam ini. Iz…
“Iz…”
“Huh?”
“Bila ko dah bersedia nak bagitau keluarga ko tentang Marina dan perkahwinan kontrak kita, tolong bagitau aku… Aku nak pergi, tinggalkan tempat ni sebelum semua benda tu jadi…” …sebab aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan semua orang bila perkara sebenar dah terbongkar. Sebab aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan wajah kecewa nenda, Hana, Akiha dan yang lain-lain… Dan yang paling penting, bagaimana nak berhadapan dengan ko bila kita dah bercerai nanti…
“Kalo itu permintaan ko… aku… aku akan turutkan…” Jawab Farriel. Serak suara ketika menjawab. Namun aku dah tak mampu berfikir mengapa suaranya jadi sebegitu. Aku lebih kepada memujuk hatiku yang lara.
Tombol pintu aku pulas dengan segenap kudrat yang tersisa. Longlai langkah kuayun keluar dari situ.
Ooo… Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu…

Daun pintu aku tutup rapat. Seperti tertutup rapatnya hati Farriel terhadapku.
‘Iz… aku cintakan ko… terlalu cintakan ko…’
Di balik pintu, Farriel masih pegun berdiri di tempatnya. Memandang kosong ke arah daun pintu yang tertutup rapat.
Ooo… Aku hanya ingin kau tahu
Besarnya cintaku
Tingginya khayalku bersamamu…

‘AD… aku cintakan ko… kalo la ko tau…’
@~@~@~@~
Setelah sekian lama tak menjejakkan kaki ke situ, malam itu digagahi juga kaki ke kelab malam yang menjadi pilihan golongan VVIP itu. Niatnya cuma satu. Nak melepaskan tekanan yang menyesakkan kepalanya sejak balik dari bertemu Adry siang tadi. Dengan pakaian formal seperti ingin ke pejabat, dia duduk berteleku di salah sebuah meja di situ. Coke dalam gelas disedut perlahan-lahan. Kepala didongakkan. Memandang ke segenap ruang yang dipenuhi manusia-manusia dahagakan hiburan duniawi. Anak-anak muda terkinja-kinja sana-sini di bawah lampu berwarna yang malap sinarnya, seiring dengan irama lagu yang dimainkan. Beberapa orang gadis cuba menghampiri dan berbual dengannya.
“Dah lama I tak nampak you kat sini. Ke you dah ada port baru? Boleh I join you minum?” Soal gadis berbangsa Tionghua yang hanya memakai tube dan skirt singkat itu. Ihsan senyum segaris. Tubuh dijarakkan dari gadis seksi itu. Rimas dengan perlakuan gadis yang terliang-liuk di tubuhnya itu. Dia langsung tak ingat namanya. Dia cuma tahu yang dia pernah bertemu gadis Tionghua itu beberapa kali di sini.
“I banyak keje. If you don’t mind, I nak sendirian malam ni. Please…” Pantas dia menolak dengan lembut ajakan gadis itu.
“Okey! But if you need my companion, I’ll be there…” Jari runcingnya menunjuk ke satu arah. Ihsan sekadar mengangguk. Gadis itu berlalu. Ihsan tarik nafas kelegaan. Kad jemputan yang dihulurkan oleh Adrianna siang tadi, dikeluarkan dari kocek baju.
“Kalo tak sibuk, jemput la datang…”
Hatinya sakit dan berdarah. Seumpama belati menusuk terus ke hatinya tatkala kata-kata itu diluahkan oleh Adry. Kad bertulisan keemasan itu ditatap buat ke sekian kalinya. Berharap bukan nama Tengku Farriel Izumi yang tertera di atas nama Adry tetapi namanya, Tengku Ihsan Nur Qayyum.
“Adry, kenapa bukan aku? Kenapa Farriel yang berhati batu tu yang jadi suami ko?” Keluhnya.
Pandangan dibuangkan secara rawak ke sekitar ruang kelab semula. Dan pandangannya jatuh pada seorang gadis kacukan yang bersendirian di mejanya. Sekadar memandang sekeliling dengan wajah masam. Pandangannya jauh tanpa arah. Seolah-olah memikirkan sesuatu perkara yang maha berat. Ihsan bangun dari tempatnya. Menghampiri si gadis.
“Hai, Marina! Sorang aje ke?” Tegur Ihsan.
Marina yang ketika itu berada dalam alamnya sendiri terkejut sebelum mengukir senyuman bila menyedari gerangan yang menegur.
“Ihsan! What a pleasure to see you here!”
Marina bangun. Mengucup kedua-dua belah pipi Ihsan; cara menyapa gaya masyarakat di Barat. Ihsan tersenyum manis. Mengenali Marina beberapa tahun dahulu membuatkan dia langsung tidak terkejut dengan tingkah-lakunya. Apatah lagi dia sudah biasa melihat perlakuan sebegitu ketika menuntut dahulu. Cuma sesuatu yang baru diketahui beberapa bulan dahulu adalah kedudukan Marina dalam hati sepupunya, Farriel.
Ihsan duduk sebaik sahaja dipelawa dengan mesra oleh Marina.
“I tak tau you pun lepak sini… I selalu juga datang tapi tak pernah pulak nampak you!” Kata Marina dalam nada terkejut.
“Dulu I used to hang around here. Sekarang busy!”
“Hehe… Ye la tu. You memang busy memanjang! Awek sana-sini. Mana lekat kat satu tempat.” Gurau Marina. Ihsan tersenyum. Tunduk, mengakui bad habitnya yang lalu.
“So, you ni sorang aje ke? Boyfriend mana?” Soal Ihsan. Entah mengapa dia langsung tak ingin bercerita bahawa Farriel itu sepupunya. Pada Marina, dia cuma sekadar rakan sekerja Farriel. Bukan bersaudara.
“Boyfriend I, si Farriel tu mana nak lepak tempat-tempat macam ni. Dia tu ‘ustaz’ sket. But, I love him. You know what, kami nak kawin tau tak lama lagi… I can’t wait to be his wife! The one and only wife of Tengku Farriel Izumi!” Ujar Marina dalam ke\’teruja\’an. Ihsan mengetap gigi. Nampak sangat yang Marina tak tahu status terkini Farriel.
Farriel, apa ko dah wat? Hidup-hidup ko tipu minah separa omputih nih!
“But lately I pelik la… Farriel tu asyik berangan aje. His mind seems wandering around. Tak tau la fikir fasal ape. You guys keje satu office, kan? Ada problem ke kat office?” Soal Marina ingin tahu. Ihsan cuma diam. Dalam dirinya berperang; sama ada perlu atau tidak bercerita tentang perkara sebenar kepada Marina.
“Marina, I think you need to know something…” Ihsan bersandar di kerusi. Dia kelihatan rileks namun cukup bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku sebentar nanti; ketika pekung Farriel telah dibuka.
“I need to know what, Ihsan?” Marina mula cuak melihat wajah dan nada suara Ihsan yang berubah menjadi serius tiba-tiba. Ihsan mengunjukkan kad itu kepada Marina. Marina kerut dahi.
“Apa ni?”
“Kad jemputan kawin.”
“Huh? You nak ajak I temankan you ke? You tau kan, I bukan minat sangat nak pergi majlis kawin macam ni. Kalo party, clubbing tu, I minat la!”
“Cuba tengok dulu. I pasti you akan ber\’minat\’ untuk menghadiri majlis ni sebaik sahaja you tengok nama pengantinnya!” Desak Ihsan.
Nak tak nak, kad warna merah pink itu disambutnya. Dalam cahaya samar-samar, dibacanya satu persatu perkataan yang tertera di situ.
“…majlis perkahwinan… Tengku… Farriel Izumi??” Ada jeritan kecil terlahir di hujung ayatnya. Buntang matanya sebaik sahaja menyedari nama Farriel tertera di situ. Berkali-kali dia membaca, cuba memastikan apa yang dibacanya sebentar tadi itu betul. Bukan khayalan.
“What kind of joke is this, Ihsan?” Tinggi suara Maria menyoal.
Ihsan tarik dan hembus nafas perlahan-lahan.
“Farriel tipu you selama ni. Dia dah kawin on the day you left him lagi, which means six to seven months ago. Ni cuma majlis resepsi aje, majlis nak kenalkan isterinya kepada saudara-mara dan kawan-kawan. His cheated on you selama ni!” Terang Ihsan.
Marina mengeleng-ngelengkan kepalanya. Seakan-akan enggan menerima hakikat itu dari mulut Ihsan. Badannya menggeletar akibat menanggung kemarahan yang memuncak. Kini dia mulai tahu sebab-musabab Farriel berubah laku sejak kebelakangan ini.
Patut la bukan main payah lagi nak bertemu… Patut la Farriel selalu berangan entah ingat-apa-benda bila bersama dengannya… How could you do this to me, Farriel? Tapi, kenapa dia ajak aku kawin? Pelik…
“Ihsan, you ni saje nak mainkan I, kan? Come on la, stop the joke! Tak baik ‘kenakan’ majikan you sampai macam ni sekali!” Desak Marina.
“I tak main-main, Marina. I tak dapat ape pun kalo I mainkan you. For your information, I dengan Farriel sepupu. And Adrianna Mayesa yang kawin dengan Farriel tu cinta hati I… I want her so badly to be my wife! But Farriel yang double-triple-player tu dah sambar dia dulu!” Kata Ihsan geram.
Marina pegang kepala. Tertekan dengan kenyataan yang dihidangkan padanya malam ni.
“Kalo Farriel dah kawin, then why dia pujuk I balik ke Malaysia? Keluar dengan I, ajak I kawin… Tak masuk akal la!”
“Diorang kawin atas permintaan nenek I, I mean nenek Farriel juga la… Kira macam kawin paksa. There’s no spark of love at all!” Tegas Ihsan. Marina picit kepala lagi. Masih cuba mencerna informasi yang didengar.
“Then apa suggestion you? Apa I patut buat? I want my Farriel back!”
“Kita wat plan. Kita ‘pisah’kan mereka!”
Mata Ihsan dan Marina bersinar-sinar dalam kesamaran cahaya.

No comments:

Post a Comment