Friday, March 18, 2011

IBADAT: TAJUK : HAJI


Sunat Haji:

1. Mandi ketika hendak ihram di miqat
2. Sembahyang dua rakaat sebelum niat ihram
3. Memakai pakaian ihram berwarna putih
4. Memotong kuku
5. Membanyakkan talbiah ketika ihram sehingga melontar di jamratul aqobah
6. Mandi ketika hendak mausk kota makkah dan keika hendak wuquf
7. Membanyakkan tahmid, zikir dan doa
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf
9. Berturut, 7 pusingan tawaf
10. Bermalam di mina pada 9 zulhijjah
11. Melewatkan tempoh berada di arafah hingga terbenam matahari
12. Berada di muzdalifah hingga subuh
13. Keluar dari tempat saie melalui pintu sofa

Hikmah Kepada Masyarakat:

1. Saling berkenalan sesama umat islam
2. Membantu mempertingkatkan ekonomi umat islam
3. Menyatupadukan umat islam tanpa mengikut bangsa dari seluruh dunia
4. Meneguhkan hubungan persaudaraan umat islam

Wukuf:

1. Maksud wukuf : berada di padang arafah di antara gelincir matahari 9 zulhijjah hingga terbit fajar 10 zulhijjah walaupun seketika

Hikmah Wukuf:

1. Mengingatkan semula tempat pertemuan nabi adam dengan hawa setelah berpisah
2. Menimbulkan keinsafan kepada jemaah haji bahawa manusia adalah sama disisi Allah
3. Mengingatkan kita kepada perhimpunan di padang mahsyar


GADAIAN




Pengertian:

Bahasa : menahan sesuatu
Syarak : sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya
             untuk mendpatkan pinjaman

Rukun Gadaian:

1. Penggadai
2. Pemegang gadai
3. Barang yang digadai
4. Ijab dan qabul
5. Barang yang diberikan kepada penggadai (bayaran)

Syarat Sah Gadaian:

1. Harta yang digadai sah untuk dijual beli
2. Orang yang menggadai dan yang menerima akil baligh
3. Dengan kerelaan sendiri
4. Kepunyaan sendiri
5. Tidak boleh merugikan orang yang menggadai
6. Tidak boleh merugikan orang yang menerima gadai
Perkara Yang Membatalkan Gadaian
1. Barang yang digadai diserah semula kepada penggadai
2. Penggadai telah membayar semua hutangnya
3. Barang yang digadai terpaksa dijual atas perintah mahkamah
4. Pemegang gadai membatalkan gadaiannya
5. Penggadai meninggal dunia
6. Barang digadai rosak
7. Barang digadai telah disewa, dihibah atau disedekahkan kepada orang lain

Hikmah Gadaian:

1. Memberi kemudahan kepada orang yang memerlukan bantuan
2. Memberi jaminan kepada orang yang memberi hutang
3. Memberi peluang kepada umat Islam mengembangkan ekonomi
4. Melahirkan sifat kerjasama dan kasih sayang antara satu sama lain



AKIDAH : TAJUK : RIDDAH

TAJUK : RIDDAH
Pengertian:

Berpaling atau keluar daripada agama Islam.

Bagaimana seseorang itu boleh menjadi murtad:

1. Iktiqad : berniat hendak meninggalkan agama Islam
2. Perkataan : mengisytiharkan dirinya keluar daripada agama Islam
3. Perbuatan : menganut agama selain daripada agama Islam

Faktor atau sebab yang membawa kepada riddah:

1. Lemah pegangan agamanya
2. Jahil tentang aqidah Islamiyyah
3. Terpengaruh dengan tawaran kebendaan
4. Terpengaruh dengan agama bukan Islam
Kesan dariapada perbuatan riddah
1. Hubungan suami isteri terfasakh.
2. Haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam.
3. Haram dikebumikan di perkuburan Islam.
4. Menjadi penghuni neraka selama-lamanya.

Cara menangani orang murtad:

1. Memberi nasihat supaya dia bertaubat dan kembali kepada agama Islam
2. Memberi perlindungan dan bantuan sekiranya dia dari golongan muallaf
3. Pemerintah hendaklah menguatkuasakan hukuman berdasarkan hadis (dibunuh)
Hikmah hukuman bunuh terhadap orang murtad
1. Memberi amaran bahawa agama Islam tidak boleh dipermain-mainkan.
2. Mengelakkan perbuatan riddah yang mencemarkan kesucian agama Islam.
3. Menghindarkan masyarakat Islam daripada berpecah belah dan huru-hara