Wednesday, April 4, 2012

Zakat Fitrah

Zakat fitrah adalah zakat yang diwajibkan bersempena dengan bulan Ramadhan dan juga hari raya Fitrah (aidil-Fitr). Dinamakan juga dengan zakat al-Abdan dan ar-Ru-us (zakat badan dan kepala) kerana ia diwajibkan ke atas setiap batang tubuh orang Islam tanpa kecuali sama ada kecil atau besar, tua atau muda, lelaki atau wanita, miskin atau kaya, merdeka atau hamba. 

Kenapa dinamakan zakat ini dengan al-Fitrah?

Ada dua pengertian;

a) Ia diambil dari perkataan al-Fitr (الْفِطْر) yang bermakna berbuka kerana zakat tersebut diwajibkan bersempena hari raya (1 Syawal) iaitu hari di mana umat Islam diwajibkan berbuka setelah sebulan penuh mereka berpuasa di bulan Ramadhan.

b) Ia di ambil dari perkataan al-Fithrah (الفطرة) bermaksud al-Khilqah (yakni kejadian) kerana zakat ini menyuci dan membersihkan fitrah atau kejadian manusia. 

Apa hukum zakat fitrah? Apa dalilnya?

Zakat fitrah adalah wajib. Dalil kewajipan zakat fitrah antaranya ialah hadis dari Ibnu Umar r.a. yang menceritakan; “Rasulullah s.a.w. telah memfardhukan zakat fitrah iaitu segantang tamar atau segantang gandum ke atas hamba dan orang merdeka, lelaki dan perempuan, kecil dan besar dari kalangan umat Islam. Baginda memerintahkan supaya ia ditunai sebelum orang ramai keluar pergi menunaikan sembahyang (hari raya)” (Hadis riwayat Imam Bukhari).

Menurut Imam Ibnu al-Munzir; “Telah menjadi ijma’ para ulama’ bahawa zakat fitrah hukumnya adalah wajib”. Walaupun tidak dinafikan ada segelintir ulama’ berpandangan bahawa zakat Fitrah adalah sunnah, namun menurut Imam Nawawi dalam Raudhatu at-Thalibin, pandangan mereka ini adalah syaz dan munkar.

Bilakah mula diwajibkan zakat fitrah?

Mula diwajibkan pada tahun ke 2 Hijrah iaitu tahun yang sama diwajibkan puasa bulan Ramadhan.

Apa hikmah diwajibkan zakat fitrah?

1. Sebagai pembersihan bagi orang yang berpuasa dan menampung kekurangan puasa mereka. Hikmah ini berdasarkan hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan; 

“Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang berpuasa dari perkara sia-sia dan ucapan-ucapan kotor dan juga sebagai makanan kepada fakir miskin” (Hadis riwayat Imam Abu Daud , Ibnu Majah dan al-Hakim).

Seorang ulama’ bernama Waki’ bin al-Jirah berkata; “Zakat fitrah bagi puasa Ramadhan seumpama sujud sahwi bagi solat di mana ia membaiki kekurangan puasa sepertimana sujud sahwi membaiki kekurangan solat”. (al-Iqna’, jil. 1, hlm. 324)

2. Sebagai bantuan untuk orang miskin; iaitu untuk membantu mereka sekadar yang terdaya agar mereka dapat sama-sama bergembira dan menikmati makanan tatkala berhari-raya. Hikmah ini berdasarkan hadis dari Ibnu ‘Umar yang menceritakan; 

“Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah dan baginda berpesan; “Cukupkanlah mereka (yakni orang-orang fakir miskin) pada hari ini (yakni hari raya puasa)””. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Daruqutni/lihat hadis ini dalam Nailul-Authar, Imam asy-Syaukani, bab Zakat al-Fitri)

Ke atas siapa diwajibkan zakat fitrah?

Zakat fitrah diwajibkan ke atas semua individu sama ada lelaki atau wanita, kecil atau dewasa, merdeka atau hamba, miskin atau kaya, orang bandar atau pedalaman jika cukup syarat-syarat yang akan disebutkan nanti.

Bagi orang yang belum mempunyai tanggungan, zakat fitrahnya disempurnakan oleh dirinya sendiri atau orang yang menanggung nafkahnya. Adapun orang yang telah mempunyai tanggungan, ia wajib menyempurnakan zakat fitrah untuk dirinya sendiri dan juga orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya merangkumi;

1. Isteri 
2. Asal-asulnya (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek hingga berikutnya ke atas)
3. Zuriatnya (iaitu anak-pinak dan cucu-cicit); sama ada lelaki atau perempuan, kecil atau besar/dewasa. 
4. Hamba yang dimiliki.

Bagaimana jika seseorang itu mempunyai tanggungan yang banyak dan harta yang ada tidak mencukupi untuk membayar zakat untuk semua tanggungannya?

Hendaklah membayar zakat untuk diri sendiri dan sebahagian tanggungannya mengikut urutan keutamaan di bawah; 
1. Isterinya
2. Anaknya yang kecil
3. Bapanya
4. Ibunya
5. Anaknya yang dewasa

Jika orang terdapat lebih dari seorang (seperti ia memiliki lebih dari seorang isteri atau lebih dari seorang anak kecil), maka ia boleh memilih dari kalangan mereka siapa yang hendak ia zakati. 

Jika isteri kaya, adakah suami tetap wajib menanggung zakat fitrahnya?

Ya, kerana isteri berada di bawah tanggungan nafkah suami, maka zakat fitrahnya menjadi kewajipan suami sekalipun isteri kaya.

Jika suami miskin, adakah isteri wajib mengeluarkan sendiri zakat fitrahnya?

Tidak wajib. Jika suami miskin dan tidak mampu mengeluarkan zakat fitrah, gugur zakat fitrah dari isterinya sebagaimana gugur dari dirinya. Tidak wajib isteri mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya kerana ia tertanggung atas bahu suaminya. Walaupun tidak wajib, namun disunatkan ia mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya jika ia mampu.

Bilakah anak wajib menanggung zakat fitrah untuk ibu-bapanya?

Anak tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi ibu-bapanya kecualilah jika ibu-bapanya fakir atau miskin di mana nafkah sara hidup mereka menjadi kewajipannya ketika itu. Adapun ibu-bapa yang kaya atau berkemampuan, maka zakat fitrah mereka tidak wajib ditanggung oleh anak-anak mereka, akan tetapi ditanggung oleh mereka sendiri. 

Bilakah bapa wajib menanggung zakat fitrah untuk anak-anaknya?

Anak-anak terbahagi kepada dua;
1. Anak-anak yang masih kecil
2. Anak-anak yang telah dewasa (baligh)

Anak-anak yang masih kecil sama ada lelaki atau perempuan, jika mereka memiliki harta, maka zakat fitrah hendaklah dikeluarkan dari harta mereka. Menjadi tanggungjawab walinya untuk mengeluarkannnya dari harta tersebut. Namun jika mereka tidak memiliki harta, maka zakat fitrah mereka ditanggung oleh bapa atau penjaga yang menanggung nafkah mereka.

Anak-anak yang telah baligh (dewasa), jika mereka mampu mencari pendapatan sendiri, maka zakat fitrah mereka tertanggung atas diri mereka sendiri, bukan atas bapa atau penjaga mereka. Malah tidak sah bapa atau penjaga mereka mengeluarkannya bagi pihak mereka kecuali dengan izin mereka atau dengan mereka mewakilkannya. 

Adapun yang tidak mampu mencari pendapatan sendiri –sama ada kerana ditimpa sakit yang berterusan, gila atau kerana menumpukan masa untuk menuntut ilmu- maka bapa atau penjaga yang menyara mereka lah yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk mereka. Kesimpulannya, bagi anak-anak yang telah dewasa, syarat untuk mewajibkan bapa atau penjaga menanggung zakat fitrah mereka ialah mereka tidak mampu mencari pendapatan sendiri.

Adakah wajib kita menanggung zakat fitrah untuk saudara-mara?

Tidak wajib sekalipun mereka susah dan miskin. Saudara mara (sama ada abang, adik, kakak, anak-anak saudara, bapa-bapa saudara, sepupu-sepupu serta sekelian kaum kerabat yang lain yang tidak tergolong dalam asal-usul kita (iaitu bapa, ibu, datuk, nenek) dan juga zuriat kita (iaitu anak, cucu dan cicit)), tidak wajib kita menanggung nafkah mereka (sekalipun mereka miskin), maka dengan itu tidak wajib pula kita membayar zakat fitrah untuk mereka. Malah tidak sah seseorang mengeluarkan zakat fitrah untuk saudara atau ahli kerabat yang tidak berada di bawah tanggungan nafkahnya kecuali dengan izin mereka atau dengan mereka mewakilkan kepadanya (untuk mengeluarkan zakat bagi pihak mereka).

Apakah syarat-syarat wajib zakat fitrah?

1. Islam; tidak wajib zakat fitrah ke atas orang kafir. 

2. Hidup ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan iaitu ia sempat bertemu dengan juzuk terakhir Ramadhan dan juzuk terawal Syawal.

Anak yang lahir sesudah terbenam matahari pada hari terakhir tersebut tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah baginya kerana ia tidak bertemu dengan Ramadhan sekalipun bertemu dengan Syawal. Begitu juga, seorang lelaki yang mengahwini seorang perempuan selepas terbenam matahari hari terakhir tersebut juga tidak wajib membayar zakat fitrah untuk isteri yang baru dikahwininya itu kerana isterinya itu masuk di bawah tanggungannya setelah selesai Ramadhan secara sepenuhnya. Sebaliknya, orang yang mati selepas terbenam matahari pada hari terakhir itu, wajib dikeluarkan zakat fitrah untuknya kerana kematiannya itu berlaku setelah ia sempat bertemu Ramadhan dan awal Syawal. Adapun orang yang mati sebelumnya (yakni sebelum terbenam matahari), tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah untuknya kerana kematiannya sebelum ia sempat bertemu Syawal. 

3. Mampu; iaitu mempunyai lebihan harta pada malam hari-raya dan juga siangnya setelah ditolak belanja keperluan diri dan orang-orang yang berada di bawah tanggungannya (termasuklah binatang peliharaannya) merangkumi makanan, pakaian, sewa rumah dan juga hutang. Jika tidak mempunyai lebihan harta, tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah.

Orang yang memiliki syarat-syarat di atas wajib mengeluarkan zakat fitrah atau wajib dikeluarkan untuknya zakat fitrah. Jika tidak memenuhi syarat-syarat di atas, tidaklah wajib.

Apakah jenis harta yang sah untuk dikeluarkan zakat fitrah?

Zakat fitrah wajib dikeluarkan dari makanan asas penduduk setempat dalam suatu negeri atau Negara. Pada zaman Nabi s.a.w. makanan asas ialah kurma, anggur kering (kismis), gandum, keju dan barli. Kerana itu zakat fitrah dikeluarkan berasaskan makanan-makanan tersebut sebagaimana diceritakan oleh Abi Sa’id al-Khudri r.a.; “Kami mengeluarkan zakat fitrah (pada zaman Rasulullah s.a.w.) dengan kadar segantang dari gandum atau segantang dari barli atau segantang dari tamar atau segantang dari ‘aqt (keju) atau segantang dari kismis (anggur kering)” (Riwayat Imam Muslim).

Bagi penduduk di Negara kita Malaysia, makanan asas ialah beras. Oleh itu, zakat fitrah wajib dikeluarkan dengan beras atau dengan wang yang seharga dengan beras mengikut nilaian semasa.

Berapakah kadar zakat fitrah yang wajib dikeluarkan?

Kadar yang wajib dikeluarkan ialah satu Sha’ (الصاع) iaitu satu gantang Baghdad menyamai ukuran hari ini kira-kira 2750 gram (atau 2.75KG). Itu mengikut timbangan gandum. Adapun mengikut timbangan beras, satu gantang Baghdad menyamai 2600 gram atau 2.6 KG (mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan). 

Seelok-eloknya tatkala mengeluarkan zakat fitrah itu hendaklah dilebihkan sedikit dari kadar segantang yang diwajibkan itu kerana ada kemungkinan makanan yang kita keluarkan itu terdapat tanah, jerami atau seumpamanya di dalamnya yang boleh mengurangkannya dari kadar yang sepatutnya dikeluarkan.

Adakah harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang?

Terdapat khilaf ulamak;

a) Mengikut mazhab Syafi’ie, Malik dan Ahmad; zakat fitrah wajib dikeluarkan dalam bentuk makanan asas setempat tadi. Tidak harus dikeluarkan dalam bentuk wang sekalipun yang seharga dengan makanan yang wajib dikeluarkan zakat mengikut nilaian semasa.

b) Menurut mazhab Hanafi; harus mengeluarkan zakat fitrah dengan wang yang senilai dengan harga satu gantang makanan asas tadi jika itu lebih memberi manfaat kepada fakir miskin. Pandangan mazhab Hanafi ini ditarjih oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fiqh Zakatnya. 

Bilakah masa mengeluarkan zakat fitrah?

a) Menurut mazhab Syafi’ie; zakat fitrah boleh dibayar seawal bermula bulan Ramadhan lagi, iaitu dari hari pertama Ramadhan. Menurut mazhab Malik; pembayaran sah dilakukan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari raya. Sebahagian ulama’ mazhab Ahmad berpandangan; harus pembayaran dibuat setengah bulan (15 hari) sebelum hari-raya.

b) Waktu paling afdhal mengeluarkan zakat fitrah ialah pada pagi hari raya sebelum ditunaikan solat hari raya. Dalam sebuah hadis, Ibnu Umar r.a. menceritakan; “Rasulullah s.a.w. menyuruh supaya dikeluarkan zakat fitrah sebelum orang ramai keluar untuk menunaikan solat (hari raya)” (Riwayat Imam Bukhari).

c) Makruh melewatkan pembayaran zakat fitrah hingga selepas solat hari raya. Hukum makruh ini berterusan hingga terbenamnya matahari. Jika dilewatkan lagi hingga selepas terbenam matahari, maka hukumnya adalah haram dan berdosa. Dalam satu hadis yang disampaikan oleh Ibnu ‘Abbas r.a. ada dinyatakan; “Sesiapa menunaikan zakat firtah sebelum solat hari raya, ia adalah zakat yang diterima. Dan sesiapa yang menunaikannya selepas solat, ia adalah sedekah biasa” (Riwayat Imam Ibnu Majah).

Orang yang melewatkan pembayaran zakat fitrah, adakah ia wajib menggantinya?

Para ulama’ juga sepakat bahawa kewajipan mengeluarkan zakat fitrah tidak akan gugur dengan menta’khir atau melewatkannya setelah ia menjadi wajib ke atas seseorang, bahkan ia menjadi hutang yang berada di bawah tanggungannya hinggalah ia membayarnya walaupun di akhir umur. Jika ditakdirkan berlaku kematian ke atasnya sebelum ia sempat menunaikan zakat fitrah tersebut, hendaklah dikeluarkan dari harta peninggalannya, kerana zakat adalah kewajipan harta yang mesti ditunaikan ketika hidup, maka ia tidak akan gugur dengan sebab berlakunya kematian sama seperti hutang dengan manusia.

Kepada siapa hendak diberikan zakat fitrah?

1. Telah disepakati oleh para ulama’ bahawa pengagihan zakat fitrah adalah sebagaimana zakat-zakat yang lain iaitu kepada lapan golongan yang disebut oleh Allah dalam surah at-Taubah, ayat 60, iaitu;
a)Untuk golongan fakir
b)Untuk golongan miskin
c)Untuk golongan muallaf yang hendak dijinakkan hatinya dengan agama
d)Untuk ‘amil-amil yang dilantik menguruskan zakat
e)Untuk hamba-hamba yang ingin memerdekakan dirinya
f)Untuk orang-orang yang dibelenggu oleh hutang
g)Untuk dibelanjakan bagi kemaslahan agama Allah (Fi Sabilillah)
h)Untuk orang-orang musafir yang terputus bekalan

2. Namun hendaklah diutamakan golongan fakir dan miskin kerana terdapat arahan Rasulullah s.a.w. supaya kita membantu mencukupkan keperluan mereka pada hari raya sebagaimana yang terdapat dalam satu hadis; “Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah dan baginda berpesan; “Cukupkanlah mereka (yakni orang-orang fakir miskin) pada hari ini (yakni hari raya puasa)”. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Daruqutni/lihat hadis ini dalam Nailul-Authar, Imam asy-Syaukani, bab Zakat al-Fitri).

3. Harus bagi orang yang mengeluarkan zakat fitrah mengagihkan sendiri zakat fitrahnya kepada orang-orang yang berhak dari kalangan fakir dan miskin. Memberi zakat kepada kaum kerabat adalah lebih utama (dari memberi kepada orang lain) dengan syarat mereka miskin dan memerlukan. Maksud kaum kerabat di sini ialah saudara-mara yang tidak wajib kita menanggung nafkah mereka iaitu saudara-saudara (adik, abang atau kakak), anak-anak saudara, bapa-bapa saudara, ibu-ibu saudara, sepupu dan sebagainya. Adapun kaum kerabat (atau ahli keluarga) yang wajib kita menanggung nafkah mereka (iaitu isteri, anak, cucu, bapa, ibu dan datuk) tidak harus kita memberi zakat kita kepada mereka.

4. Dalam mengagihkan zakat, harus kita memberi zakat kita kepada seorang fakir sahaja dan harus juga kepada ramai fakir jika zakat kita itu banyak dan boleh menampung lebih dari seorang fakir. Lebih jelas; satu zakat hanya harus diberikan kepada seorang fakir sahaja. Adapun banyak zakat, ia harus sama ada hendak diberikan kepada seorang sahaja atau diberikan kepada ramai orang (dengan syarat setiap orang tidak mendapat kurang dari kadar satu zakat yang ditetapkan pada tahun tersebut).

Adakah wajib berniat ketika mengeluarkan zakat fitrah?

Ya, wajib berniat kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Segala amalan bergantung kepada niat. Sesungguhnya bagi setiap orang apa yang diniatkannya” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim dari ‘Umar r.a.). Niat yang wajib ialah di dalam hati iaitu menghadirkan di dalam hati (ketika memberi zakat fitrah kepada orang yang berhak menerimanya) bahawa yang dihulur/diberikan itu adalah zakat fitrah yang wajib ke atas diri atau orang-orang yang berada di bawah tanggungan. Adapun melafaz niat dengan lidah, hukumnya sunat sahaja mengikut mazhab Syafi’ie. Sebahagian ulamak tidak mensunatkannya kerana tiada dalil yang menyuruhnya.

Hukum Melambatkan Solat

Apakah hukum bagi seorang muslimah yang melambatkan solat fardhu dan apabila hendak mengerjakannya didapati haidhnya tiba? Bagaimanakah keadaan tersebut?


Jawapan: 

الحمد الله رب العالمين والصلاه والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين، وبعد 


Pengertian Melambatkan 

Persoalan ini ada kaitan dengan al-amr (perintah) dari sudut: al-wujub (wajib), al-faur (segera), al-waqt (tempoh) dan lain-lain. Dalam pembahasan ilmu fiqh disebutkan bahawa jika perintah itu secara mutlak tidak disertai tanda-tanda tertentu, seperti perintah sembahyang fardhu yang lima, ia bermakna wajib dipatuhi sebaik sahaja bermula tempoh kewajipan itu berkuat kuasa, dan wajib ini ada yang disebut wajib muwassa ‘. Tempoh mula kewajipan ini ialah sebaik saja masuk waktunya.

Imam asy-Syairazi Rahimatullah memperjelas perkara ini dengan berkata bahawa apabila Allah Ta’ala memerintah supaya melakukan satu-satu ibadat dalam satu jangka (tempoh) supaya melakukan satu-satu ibadat dalam satu jangka (tempoh) tertentu, maka hal ini perlu ditinjau dan dianalisis. Jika ibadat berkenaan meliputi kepada keseluruhan waktu atau tempoh yang diperuntukkan untuknya, dan waktu lain tidak termasuk kepadanya, seperti puasa bulan ramadhan, maka kewajipan melakukannya berkait dengan keseluruhan waktunya itu. Oleh sebab itu wajiblah terus melakukan ibadah berkenaan sebaik saja waktunya tiba sehingga berakhir tempoh waktu kewajipan itu.

Tetapi sekiranya ibadat itu mempunyai tempoh waktu yang panjang dan tempoh melaksanakan perintah ibadat itu tidak meliputi seluruh waktu yang ditetapkan (muwassa’) , seperti perintah ibadat sembahyang, mak kewajipan melakukannya ialah di awal waktu secara wajib muwassa’. (Asy-Syirazi, Syarh al-Luma’: 245-246)

Jenis perintah wajib pertama diatas tidak ada ruang melambat atau menagguhkannya kerana apabila dilambatkan daripada waktunya bermakna telah mengeluarkannya daripada waktunya dan ini tidak boleh berlaku. Jika hal ini berlaku, bukan dinamakan melambatkan, tetapi meninggalkan perintah wajib. Jadi perintah dalam jenis ini tidak ada istilah melambatkan, dan yang ada ialah sama ada menunaikan atau meninggalkan kewajipan.

Manakala jenis perintah wajib kedua di atas, jika tidak ditunaikan pada awal, sedangkan kewajipan sudah bermula di awal, tetapi dilakukan masih dalam tempoh waktunya yang luas itu, maka inilah pengertian melambat-lambatkan.

CONTOH: Sembahyang Zuhur wajib dilakukan apabila waktunya masuk. Waktu yang ditetapkan melakukan kewajipan sembahyang fardhu Zuhur ini misalnya 3 jam bermula jam 12.12 sehingga 3.23( pada 1/10/2002 )
.
Apabila tepat jam 12.12, orang yang berkewajipan terus istinja’, berwudhu, menutup aurat (berpakaian), azan, sembahyang sunat rawatib dua atau empat rakaat, iqamah, kemudian barulah menunaikan perintah wajib, iaitu sembahyang fardhu Zuhur. Tindakan seperti ini dinamakan telah menunaikan perintah wajib.

Walaupun tidak terus melakukan fardhunya yang asas (iaitu sembahyang Zuhur) sebaik saja masuk waktu, perbuatan itu telah dinamakan menyahut atau menunaikan kewajipan kerana perbuatan istinja’, berwudhu, menutup aurat, azan, sembahyang sunat qabliyah,dan iqamah,merupakan satu tuntutan sunat dan kesempurnaan fardhu. Kesemua perbuatan ini berakhir jam 12.42 dan mengambil msaa selama lebih kurang 30 minit.

Daripada keterangan dan contoh di atas dapatlah diketahui pengertian melambatkan, iaitu tidak melakukan kewajipan sebaik saja tiba waktu kewajipan, tetapi melakukannya terlewat sebelum habis tempoh waktunya.

Bolehkah ini dilakukan?

Boleh tidaknya perkara seperti ini ada kaitan al-amr(perintah) dengan al-‘azm (azam)

Persoalan Perintah, Azam Am dan Azam Khas

Allah Ta’ala telah memerintah supaya melakukan yang wajib-wajib,seperti taat kepadaNya dengan melakukan apa saja perintah seperti sembahyang fardhu bila tiba waktunya,mengeluarkan zakat bila tiba waktunya,puasa Ramadhan bila tiba waktunya, menghormati al-Qur’an pada bila-bila masa,patuh kepada Nabi setiap saat,patuh kepada ibu bapa dan banyak lagi. Allah juga memerintahkan supaya meninggalkan semua laranganNya, seperti tidak berdusta,tidak mencuri,tidak khianat,tidak melihat aurat perempuan ajnabi,tidak makan riba,tidak minum arak,tidak menerima rasuah sepanjang masa dan banyak lagi.

Semua perintah dan larangan Allah Ta’ala wajib dipatuhi oleh setiap orang mukallaf,tidak boleh dilanggar,tidak boleh dicuaikan dan semuanya wajib dilakukan apabila kewajipannya muncul jika ia berkaitan dengan waktu seperti sembahyang fardhu, puasa Ramadhan dan setiap saat atau terus menerus tidak melihat aurat ajnabi pada bila-bila masa.




Dalam kaitan ini ulama usul fiqh berkata bahawa sebaik saja seorang itu mukallaf (baligh), maka dia wajib berazam(iaitu berniat atau memutuskan dalam hati) akan mematuhi semua perintah dan larangan Allah Ta’ala. Azam jenis ini disebut “azam am” kerana ia berkait dengan apa saja jenis kewajipan yang akan wajib dilakukannya apabila tiba waktu melakukan atau meninggalkannya sepanjang hidupnya.

Mereka juga berkata,bahawa selain azam am ada lagi azam khas. Azam ini berkait dengan tibanya waktu untuk melakukan sesuatu yang wajib dalam waktunya. Misalnya ; jika sudah masuk malam Hari Raya Puasa bermakna wajiblah terus mengeluarkan zakat fitrah atau menangguhkan sehingga sebelum habis tempohnya,tetapi wajib ada azam untuk itu,dan seperti jika masuk sembahyang fardhu, maka wajiblah terus melakukannya,atau menangguhkannya sehingga sebelum habis waktunya,tetapi wajib ada azam di awal waktu untuk ini. Inilah azam khas.

Mereka berkata bahawa kewajipan azam ini ialah untuk tidak dianggap cuai dan supaya tidak berdosa jika terjadi uzur syar’i sebelum sempat melakukannya.

Perkara azam ini jarang dibincangkan orang. Salah satu kitab yang membincangkannya ialah kitab Fath al-‘Allam. Muhammad al-Hijaz pengulas kitab ini berkata:

“Tajuk “ Azam Khas dan Azam Am” ini sangat bernilai, saya berpendapat tuan tidak akan menemuinya dalam kitab-kitab lain. Oleh sebab itu ambillah dan sampaikan kepada oranglain supaya tuan beroleh pahala sebagai seorang penuntut dan guru”
(Fath al-‘Allam: 2/89)


Apabila Masuk Waktu Wajib Berazam

Berdasarkan analisis ulama fiqh dan usulnya, apabila masuk waktu sembahyang fardhu, wajiblah dilakukan salah satu daripada dua perkara:
1. Terus menunaikannya, atau
2. Membuat azam dalam hati akan menunaikannya dalam waktunya.

Pengarang kitab Fath al-Allam Rahimahullah berkata:

“Sebaik saja masuk waktu (sembahyang fardhu), wajiblah dilakukan salah satu daripada dua perkara: “Sama ada melakukannya terus atau berazam melakukannya dalam waktunya. Jika kewajipan ini tidak dilakukan dan tidak berazam akan melakukannya dalam waktunya, maka dia berdosa.” (Fath al-‘Allam: 2/89).

Jika perkara pertama dilakukan, bermakna kewajipan telah selesai dan pahala sudah menanti. Sekiranya setelah itu dia meninggal dunia, tidak ada lagi dosa mengenainya.

Jika perkara kedua yang dilakukan (berazam), bermakna kewajipan belum tertunai dan pahalanya belum diperolehi. Sekiranya meninggal dunia atau ada halangan yang menghalang melakukannya, seperti dating haidh,beranak, pengsan, hilang akal dan lain-lain uzur syar’i sehinggalah habis waktunya, maka dia tidak berdosa kerana adanya azam.

Pengarang Fath al-‘Allam Rahimahullah berkata:

“Jika seseorang itu bermaksud melambatkannya daripada awal waktu dan melakukannya dalam waktunya, adalah harus, tetapi dengan syarat pada saat itu dia wajib berazam melakukannya sebelum habis waktunya mengikut qaul yang ashah, di mana sekiranya dia mati dalam waktu itu setelah berazam tetapi belum sempat melakukannya dan waktunya masih cukup untuk melakukannya, maka dia tidak berdosa. Berbeza jika dia tidak melakukan azam tersebut, di mana sekiranya dia mati dalam waktu kewajipan itu sebelum sempat melakukannya, dia adalah berdosa.” (Fath al-‘Allam: 2/88). 


Bila Haram Melambat-lambatkan Sembahyang?

Walaupun harus melambatkan melakukan sembahyang fardhu setelah berazam, tetapi adalah haram melambat-lambatkannya sehingga ke suatu waktu yang tidak cukup masa untuk memenuhi semua rukun yang fardhu dalam sembahyang. Andainya memulai pekerjaan sembahyang pada ketika itu, maka tidak harus baginya melakukan yang sunat-sunat, bahkan wajib terus kepada perkara-perkara wajib sahaja dan berniat sembahyang ‘ada’an (tunai), kiranya baki waktu yang tinggal hanya cukup satu rakaat sahaja.

Adapun kalau seseorang itu memulai pekerjaan sembahyang, sedang waktu sembahyang masih tinggal cukup-cukup untuk memenuhi fardhu-fardhunya sahaja, maka haris baginya melakukan tuntutan sunat dalam sembahyang, bahlan inilah yang afdhal menurut qaul mu’tamad sebagaimana dalam kitab an-Nihayah, sekalipun akan terkeluar sembahyang atau sebahagiannya daripada waktunya. (Fath al-‘Allam: 2/89). 

Fadhilat Awal Waktu.
Walaupun harus melambatkan mengerjakan sembahyang dari awal waktu sehingga habis waktu setelah terlebih dahulu berazam, tetapi adalah lebih baik melakukannya di awal waktu walaupun sembahyang ‘isya’ menurut qaul mu’tamad, sebagaimana sabit bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah ditanya:


أي الأعمال أفضل؟ فقال: الصلاة لأول وقتها
(رواه الترمذي)

Maksudnya: “Apakah amalan-amalan yang paling afdhal?” Lalu Baginda menjawab: “Sembahyang pada awal waktunya.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Lain-lain hadis yang menerangkan kelebihan awal waktu itu ialah:

روي عن عبد الله بن مسعود رضي الله عنه قال: "سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم أي الأعمال أحب إلى الله تعالى؟ قال: الصلاة على وقتها”.

(رواه البخاري ومسلم والترمذي والنسلئي)


Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud Radhiallahu ‘anhu katanya: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang lebuh disukai oleh Allah Ta’ala. Sabda Baginda: “Sembahyang pada waktunya.”

(Hadis riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan an-Nasa’i)

وروي عن ابن عمر رضي الله عنهما أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: الوقت الأول من الصلاة رضوان الله، والآخر عفو الله."

(رواه الترمذي والدارقطني)

Maksudnya: “Dan diriwayatkan daripada Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Awal waktu daripada sembahyang itu keredhaan Allah dan akhir waktu kemaafan Allah.”

(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan ad-Daraquthni)

Di riwayatkan oleh ad-Daraquthni lagi:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أول الوقت رضوان الله، ووسط الوقت رحمة الله، وآخر الوقت عفو الله عز وجل

( رواه الدارقطني )

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Awal waktu itu keredhaan Allah, pertegahan waktu rahmat Allah dan akhir waktu kemaafan Allah ‘Azza wa Jalla.”

(Hadis ruwayat ad-Daraquthni
)
Berkata Abu Bakar Radhiallahu ‘anhu: “ Keredhaan allah lebih kami sukai daripada kemaafanNya.”


Berdasarkan keterangan di atas disimpulkan:

1. Setiap orang mukallaf wajib melakukan semua perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Azam ini dinamakan ‘azam am’.

2. Setiap orang mukallaf apabila tiba waktu sembahyang dia wajib terus melakukan sembahyang, atau dia terus membuat azam dan melakukannya dalam waktunya.Azam ini dinamakan ‘azam khas’. 

Jika telah membuat azam, kemudian tibul uzur syar’I yang menyebabkan tidak dapat melakukan dalam waktunya, seperti datang haid, lupa, sakit tenat atau meninggal dunia tidaklah dia berdosa.

Sebaliknya, jika belum melakukannya apabila waktunya tiba dan tidak pula membuat azam, kemudian timbul uzur syar’i yang menyebabakan tidak dapat lagi melakukannya dalam waktunya, seperti datang haidh, sakit tenat atau meinggal dunia adaalh dia berdosa. 

3. Perkara kedatangan haidh setelah masuk waktu dan belum sempat menunaikan sembahyang fardu ( seperti yang ditanya), maka sembahyang berkenaan wajiblah di qadhakan setelah bersuci, sama ada telah berazam atau belum.
Soalan 2. Adakah Harus Dibaca Qunut Nazilah Di Dalam Sembahyang Jumaat Kerana Situasi 
Yang Melanda Umat Islam Hari Ini.

Jabatan Hal Ehwal Masjid telah menerima memorandum Setiausaha Tetap, LKementerian Hal Ehwal Ugama berserta sepucuk surat tanpa nama dan alamat yang menjelaskan tentang keadaan umat islam di merata dunia sekarang ini sedang mengalami ujian, penderitaan an kesengsaraan yang dasyat ynag mana setiap negari Islam adalah dianggap sebagai terroris. Rakyat Afghanistan, Pakistan, Palestin, Iraq, Chechnya, Kashmir dan lain-lain Negara Islam sedang menempuh masa yang sangat genting dalam mempertahankan nyawa mereka. Penulis surat tersebut telah mencadangkan agar ‘doa qunut ‘ dibaca dalam sembahyang Jumaat bagi menyelamatkan orang0-orang Islam yang daripada kejahatan orang-orang kafir.

Sehubungan dengan cadangan penulis surat, tersebut, sukarelawan jabatan Hal Ehwal masjid memohon pandangan dan ulasan dengan kadar yang segera juga mengenai ketentuan untuk mengadakan doa qunut tersebut: adakahsituasi sekarang yang menimpa umat Islam di merata dunia ini membolehkan kita untuk membaca doa qunut dalam senbahyang Jumaat, sedangkan dalam masa yang sama juga Jabatan Hal Ehwal masjid telahpun mengusaha dan menyediakan teks doa untuk dibaca oleh imam-imam masjid, surau dan balai ibadat seluruh Negara selepas sembahyang fardu Jumaat dan senbahyang fardu lima waktu. Antara lain kandungan doa itu adalh untuk memohon perlindungan Allah Subhanahu wa Ta’ala supaya umat Islam terhindar dari malapetaka, penyakit dan kejahatan serta kezaliman orang-orang yang berlaku zalim dan sekutu-sekutu mereka. 


Jawapan:

الحَمدُ لِلهِ يُوَافِي نِعمَهُ وَيُكاَفِئ مَزِيدَة, اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم عَلَى سَيدِنَا َوَموَلَانَا مُحَمَّدٌ وَعَلَى اّلِ سَيدِنَا مُحَمَّد صَلَاًةً تَجعَلُنَا بِهَا هَدَاةً مَهدِيِّينَ غَيرَ ضَاّلِينَ وَلَا مُضَلِّينَ, وَبَعدُ

Persoalan yang tinbul oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid ialah berhubung dengan situasi atau keadaan yang menimpa umat Islam masa kini yang sedang mengalami ujian, penderitaan dan kesengsaraan yang dasyat dimana setiap negeri Islam adalah dianggap sebagai terroris.Rakyat Afghanistan, Pakistan, Palestin, Iraq, Chechnya, Kashmir dan lain-lain Negara Islam sedang menempuh masa yang sangat genting dalam mempertahankan nyawa mereka.Adakah situasi dan keadaan ini dianggap sebagai suatu malapetaka atau bahaya yang di sunatkan kepada kita untuk membaca doa qunut di dalam sembahyang Jumaat apabila ia menimpa umat Islam?

Itulah pokok persoalan yang dikemukakan oleh Jabatan berkenaan berhubung dengan suatu surat yang ditujukan kepada jabatab itu yang mana dalam surat tersebut mencadangkan dan memohon supaya doa qunut dibaca di dalam sembahyang Jumaat berdasarkan gambaran umat Is;am pada hari ini. 

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merijuk tentang hukum membaca doa qunut khasnya qunut Nazilah di dalam sembahyang-sembahyang fardhu, bilakah masanya ia sunat dibaca dabn apakah sebab-sebab yang mengharuskannya.

Bila Doa Qunut Nazilah Sunat Dibaca?

Doa qunut yang sikenal dengan qunut Nazilah disunatkan pembacaannya pada tiap-tiap kali sembahyang fardhu termasuk sembahyang fardhu Jumaat iaitu ketika i’tidal rakaat ahkir setelah membaca tahmid (zikir ketika i’tidal) untuk menolak kecelakaan, bala bencana atau bahaya yang menimpa umat Islam seperti ketakutan, kemarau, wabak penyakit atau bahaya yang diakibatkan oleh adanya permusuhan daripada orang-orang kafir dan lain-lain seumpamanya. Apabila bahaya yang mengancam itu telah berakhir, maka berakhirlah pembacaan qunut Nazilah itu.

Berkata Imam an-Nawawi:

يشرع القنوت في سائر المكتوبات للنازلة لا مطلقا على المشهور

Ertinya: “(Mustahabb) disunatkan membaca doa qunut di dalam tiap-tiap sembahyang fardhu kerana ditimpa an-Nazilah (malapetaka) bukan secara mutlak menurut pendapat yang masyhur.” (Minhaj ath-Thalibin: 1/172)

Ketika menjelaskan kedudukan hukum doa qunut Nazilah di dalam semgahyang fardhu dan apakah bentuk malapetaka itu,
Imam an-Nawawi berkata:

مذهب الشفعي رحمه الله أن القنوت مشنون في صلاة الصبح دائما، وأما غيرها فله ثلاثة أقوال، الصحيح المشهور أنه إن نزلت نازلة كعدو وقحط ووباء وعطش وضرر ظاهر في المسلمين ونحو ذلك قنتوا في جميع الصلوات المكتوبة وإلا فلا.

Ertinya: “Menurut mazhab Syafi’e bahawasanya doa qunut itu sunat (dilakukan) di dalam sembahyang fardhu subuh secara berkekalan. Adapun selain daripada sembahyang subuh, maka ada tiga pendapat mengenainya. Pendapat yang Shahih lagi mesyhur ialah bahawasanya jika berlaku melapetak seperti (bahaya) musuh, kemarau, wabak penyakit, kehausan, bahaya yang jelas berlaku ke atas umat Islam dan seumpamanya maka (sunat) mereka membaca qunut Nazilah pada keseluruhan sembahyang fardhu dan jika tidak maka tidaklah (disunatkan qunut tersebut).” (Syarh Shahih Muslim: 2/319)

Malapetaka atau bahaya yang menimpa oranr-orang Islam yang disunatkan membaca doa qunut Nazilah pada setiap sembahyang fardhu itu sama ada ia berbentuk umum atau khusus dalam erti umum. Berkata asy-Syeikh Sa’id bin Muhammad bin Ba ‘Asyin pada menjelaskan berhubung dengan malapetaka yang menimpa orang-orang Islam:

إذا نزلت بالمسلمين العامة كقحط وخوف من عدو وجراد ومطر مضر بنحو زرع، والخصة التى فى معنى العامة كأسر عالم وشجاع اتضرر المسلمين بفقدهما.

Ertinya: “(Sunat membaca qunut Nazilahdi dalam sembahyang fardhu) apabila berlaku malapetaka yang umum iaitu seperti kemarau, ketakutan daripada pihak musuh, (serangan) belalang, hujan yang memudharatkan (yang mendatngkan bahaya) umpamanya ke atas tanaman dan malapetaka yang khusus yang dalam makna umum seperti penawanan orang alim dan seorang yang gagah (pejuang Islam) kerana orang-orang Islam akan memudharatkan (berada dalam keadaan bahaya) dengan kehilangan mereka.” (Busyra al-Karim: 1/175)

Qunut Nazilah itu pula bukan hanya disunatkan untuk dibaca oleh orang-orang Islam yang ditimpa malapetaka, bahkan ia juga sunat dubaca oleh mereka yang tidak terlibat atau trkena malapetaka itu iaitu untuk mendoakan saudara-saudara Islammereka semoga terlepas dan selamat daripada musibah dan bencana yang menimpa mereka itu. Hal ini ada di jelaskan oleh as-Sayyid al-Bakri sebagaimana perkataan Bujairimi yang dinaqal beliau katanya:

فيسن لأهل ناحية لم تنزل بهم فعل ذلك لمن نزلت به

Ertinya: “Maka disunatkan bagi penduduk suatu daerah yang tidak ditimpa ke atas mereka suatu bencana melakukannya (membaca qunut Nazilah) untuk orang yang ditimpa bencana.” (Hasyiyah I’anah ath-Thalibin” 1/257)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah mempraktikkan pembacaan doa qunut Nazilah di dalam sembahyang fardhu Baginda. Hal ini berlaku sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak mendoakan supaya di timpakan kecelakaan ke atas seseorang ataupun mendoakan kebaikan untuk seseorang Baginda membaca qunut setelah bangun daripada ruku’ sehingga kadang-kadang Baginda berdoa setelah membaca 
( (سمع الله لمن حمده dengan doa:

Jawapan:

الحَمدُ لِلهِ يُوَافِي نِعمَهُ وَيُكاَفِئ مَزِيدَة, اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم عَلَى سَيدِنَا َوَموَلَانَا مُحَمَّدٌ وَعَلَى اّلِ سَيدِنَا مُحَمَّد صَلَاًةً تَجعَلُنَا بِهَا هَدَاةً مَهدِيِّينَ غَيرَ ضَاّلِينَ وَلَا مُضَلِّينَ, وَبَعدُ


Persoalan yang tinbul oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid ialah berhubung dengan situasi atau keadaan yang menimpa umat Islam masa kini yang sedang mengalami ujian, penderitaan dan kesengsaraan yang dasyat dimana setiap negeri Islam adalah dianggap sebagai terroris.Rakyat Afghanistan, Pakistan, Palestin, Iraq, Chechnya, Kashmir dan lain-lain Negara Islam sedang menempuh masa yang sangat genting dalam mempertahankan nyawa mereka.Adakah situasi dan keadaan ini dianggap sebagai suatu malapetaka atau bahaya yang di sunatkan kepada kita untuk membaca doa qunut di dalam sembahyang Jumaat apabila ia menimpa umat Islam?

Itulah pokok persoalan yang dikemukakan oleh Jabatan berkenaan berhubung dengan suatu surat yang ditujukan kepada jabatab itu yang mana dalam surat tersebut mencadangkan dan memohon supaya doa qunut dibaca di dalam sembahyang Jumaat berdasarkan gambaran umat Is;am pada hari ini. 

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merijuk tentang hukum membaca doa qunut khasnya qunut Nazilah di dalam sembahyang-sembahyang fardhu, bilakah masanya ia sunat dibaca dabn apakah sebab-sebab yang mengharuskannya.


Bila Doa Qunut Nazilah Sunat Dibaca?

Doa qunut yang sikenal dengan qunut Nazilah disunatkan pembacaannya pada tiap-tiap kali sembahyang fardhu termasuk sembahyang fardhu Jumaat iaitu ketika i’tidal rakaat ahkir setelah membaca tahmid (zikir ketika i’tidal) untuk menolak kecelakaan, bala bencana atau bahaya yang menimpa umat Islam seperti ketakutan, kemarau, wabak penyakit atau bahaya yang diakibatkan oleh adanya permusuhan daripada orang-orang kafir dan lain-lain seumpamanya. Apabila bahaya yang mengancam itu telah berakhir, maka berakhirlah pembacaan qunut Nazilah itu.

Berkata Imam an-Nawawi:

يشرع القنوت في سائر المكتوبات للنازلة لا مطلقا على المشهور

Ertinya: “(Mustahabb) disunatkan membaca doa qunut di dalam tiap-tiap sembahyang fardhu kerana ditimpa an-Nazilah (malapetaka) bukan secara mutlak menurut pendapat yang masyhur.” (Minhaj ath-Thalibin: 1/172)

Ketika menjelaskan kedudukan hukum doa qunut Nazilah di dalam semgahyang fardhu dan apakah bentuk malapetaka itu,
Imam an-Nawawi berkata:

مذهب الشفعي رحمه الله أن القنوت مشنون في صلاة الصبح دائما، وأما غيرها فله ثلاثة أقوال، الصحيح المشهور أنه إن نزلت نازلة كعدو

وقحط ووباء وعطش وضرر ظاهر في المسلمين ونحو ذلك قنتوا في جميع الصلوات المكتوبة وإلا فلا.

Ertinya: “Menurut mazhab Syafi’e bahawasanya doa qunut itu sunat (dilakukan) di dalam sembahyang fardhu subuh secara berkekalan. Adapun selain daripada sembahyang subuh, maka ada tiga pendapat mengenainya. Pendapat yang Shahih lagi mesyhur ialah bahawasanya jika berlaku melapetak seperti (bahaya) musuh, kemarau, wabak penyakit, kehausan, bahaya yang jelas berlaku ke atas umat Islam dan seumpamanya maka (sunat) mereka membaca qunut Nazilah pada keseluruhan sembahyang fardhu dan jika tidak maka tidaklah (disunatkan qunut tersebut).” (Syarh Shahih Muslim: 2/319)

Malapetaka atau bahaya yang menimpa oranr-orang Islam yang disunatkan membaca doa qunut Nazilah pada setiap sembahyang fardhu itu sama ada ia berbentuk umum atau khusus dalam erti umum. Berkata asy-Syeikh Sa’id bin Muhammad bin Ba ‘Asyin pada menjelaskan berhubung dengan malapetaka yang menimpa orang-orang Islam:

إذا نزلت بالمسلمين العامة كقحط وخوف من عدو وجراد ومطر مضر بنحو زرع، والخصة التى فى معنى العامة كأسر عالم وشجاع اتضرر المسلمين بفقدهما.

Ertinya: “(Sunat membaca qunut Nazilahdi dalam sembahyang fardhu) apabila berlaku malapetaka yang umum iaitu seperti kemarau, ketakutan daripada pihak musuh, (serangan) belalang, hujan yang memudharatkan (yang mendatngkan bahaya) umpamanya ke atas tanaman dan malapetaka yang khusus yang dalam makna umum seperti penawanan orang alim dan seorang yang gagah (pejuang Islam) kerana orang-orang Islam akan memudharatkan (berada dalam keadaan bahaya) dengan kehilangan mereka.” (Busyra al-Karim: 1/175)

Qunut Nazilah itu pula bukan hanya disunatkan untuk dibaca oleh orang-orang Islam yang ditimpa malapetaka, bahkan ia juga sunat dubaca oleh mereka yang tidak terlibat atau trkena malapetaka itu iaitu untuk mendoakan saudara-saudara Islammereka semoga terlepas dan selamat daripada musibah dan bencana yang menimpa mereka itu. Hal ini ada di jelaskan oleh as-Sayyid al-Bakri sebagaimana perkataan Bujairimi yang dinaqal beliau katanya:

فيسن لأهل ناحية لم تنزل بهم فعل ذلك لمن نزلت به


Ertinya: “Maka disunatkan bagi penduduk suatu daerah yang tidak ditimpa ke atas mereka suatu bencana melakukannya (membaca qunut Nazilah) untuk orang yang ditimpa bencana.” (Hasyiyah I’anah ath-Thalibin” 1/257)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah mempraktikkan pembacaan doa qunut Nazilah di dalam sembahyang fardhu Baginda. Hal ini berlaku sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila hendak mendoakan supaya di timpakan kecelakaan ke atas seseorang ataupun mendoakan kebaikan untuk seseorang Baginda membaca qunut setelah bangun daripada ruku’ sehingga kadang-kadang Baginda berdoa setelah membaca 
( (سمع الله لمن حمده dengan doa:


اللهم ربنا لك الحمد، اللهم انج الوليد بن الوليد، وسلمة بن هشام، وعياش بن أبي ربيعة. اللهم اشدد وطأتك على مضر واجعلها سنين كسنى يوسف

Maksudnya: “Ya Alllah! Ya Tuhan kami! Bagimu segala puji dan syukur. Ya Allah! Selamatkan al- Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisyam dan ‘Aisyah bin Abu Rabi’ah. Ya Allah! Kuatkanlah tekananmu ke atas suku Mudhar jadikanlah kesusahan mereka itu bertahun-tahun seperti tahun-tahun (yang dilalui) oleh nabi yusuf (ketika terjadinya kemarau).

Perbuatan sedemikian itu juga dilakukan oleh baginda apabila sahabat-sahabat baginda yang bergelar al-Qurra’ (mereka ini mencari kayu api pada waktu siang dan melakukan ibadat khususnya sembahyang pada waktu malam) telah dibunuh di Bi’r Ma’unah sebagaimana yang dinaqal oleh Ibnu Hajar di dalam kitabnya at-Tuhfah, katanya:

انه صلى الله عليه وسلم قنت شهرا يدعو على قاتلى أصحابه القراء ببئر معونة لدفع تمردهم.

Ertinya: “Bahawasanya baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca qunut Nazilah selama sebulan, berdoa (memohon ditimpakan kecelakaan) ke atas orang-orang yang membunuh sahabat-sahabat baginda al-Qurra’ di Bi’r Ma’unah untuk menghindarkan mereka itu daripada berbuat sewenang-wenagnya terhadap orang islam” (tuhfah al-Muhtaj :2/68)

Apabila orang-orang islam pada zaman rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dibunuh oleh kabilah Bani Sulaim yang terdiri daripada kabilah Ri’al, Dzakwan dan ‘Ushaiyah, baginda berdoa supaya ditimpakan kecelakaan ke atas mereka sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas Radhiallhu ‘anhuma katanya: 

قنت رسول الله صلى الله عليه وسلم شهرا متتابعا فى الظهر والعصر والمغرب والعشاء وصلاة الصبح فى دبر كل صلاة، إذا قال سمع الله لمن حمده فى الركعة الآخرة يدعو على احياء من بنى سليم على رعل وذكوان وعصية ويومن من خلفه 

( رواه أبو داود باسناد حسن أو صحبح)


Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam membaca qunut Nazilah selama sebulan terus-menerus pada tiap-tiap kali di belakang sembahyang zuhur, ashar, maghrib, ‘isya , dan subuh. Apabila baginda membaca سمع الله لمن حمده pada rakaat akhir baginda berdoa (supaya ditimpakan kecelakaan) ke atas suku/puak daripada Bani Sulaim yang terdiri daripada puak-puak Ri’al, Dzakwan dan ‘Ushaiyah sementara makmum di belakang baginda mengaminkannya %
(hadis riwayat abu daud dengan isnad hasan atau shahih)

Pada zaman Sayyidina Umar al-Khaththab Radiallahu ‘anhu pula apabila berlaku pembunuhan orang-orang islam oleh ahli Kitab, maka Sayyidina Umar membaca qunut Nazilah dan di dalam qunut beliauitu beliau membaca: 

اللهم العن كفرة اهل الكتاب 

Ertinya: “Ya Allah! Turunkan laknatmu ke atas orang-orang kafir ahli kitab.”

Beliau menkhususkannya kepada kuffar ahli kitb.

Akan tetapi pada zaman Imam an-Nawawi Rahimahullah beliau memilih bacaan:

اللهم العن الكفرة 

Ertinya: “Ya Allah! Turunkan laknatmu ke atas orang-orang kafir.”

Kerana orang-orng kafir itu dengan sendirinya termasuk ahli kitab dan selain mereka daripada kalangan orang-orang kafir.

Apabila kita memberi penuh perhatian terhadap peristiwa-peristiwa dan berbagai pergolakan yang terjadi pada masa ini, apa yang nyata ialah umat islam pada hari ini sedang menghadapi berbagai tekanan dan penindasan oleh orang-orang kafir. Nywa orang-orang palastine sangatlah murah bagi orang-orang yahudi. Hamper setiap hari ada saja berita pembunuhan orang-orang palastine di tangan yahudi itu. Kezaliman mereka di bumi palastine yang mereka rampas itu sudah di peringkat bermaharajalela. Itu belum lagi mengambil kira kemusnahan harta benda mereka.

Demikian juga halnya dengan orang-orang islam Chechnya. Orang-orang islam di Kasmir pun tidak kurang menerima penindasan dan kezaliman.

Ketika fatwa ini ditulis, Amerika dan sekutunya sedang mengumpulkan berpuluh-puluh ribu bala tentera bahkan sudah melebihi seratus ribu tenteranya di teluk untuk menyerang Iraq. Keadaan ini sangat menakutkan. Menurut penganalisis politik, peperangan bila-bila masa sahaja akan meletus. Amerika suatu kuasa besar yang sepatutnya menjadi pelindung tetapi sebaliknya telah dan akan bertindak menghancurkan Iraq tanpa sebab-sebab yang wajar kecuali hanya pada pandangan Amerika.menurut sesetengah pendapat sikap Amerika ini hanyalah untuk menghancurkan umat islam selain sebab-sebab untuk mengaut keuntungan minyak Iraq. Paling malang lagi ada juga beberapa buah Negara islam yang bersetongkol untuk menghncurkan Iraq.
Berdasarkan kepada ancaman bahaya musuh kepada Iraq, keadaan sekarang yang sangat menakutkan, dan keadaan peperangan di Chechnya, Palastine dan Kasmir, adalah munasabah supaya dibaca qunut Nazilah sebagaimana yang pernah diamalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Qunut Nazilah sebagaimana yang warid daripada Saiyyidina Umar al-Khaththab ialah:

¬اللهم اغفر للمومنين والمومنات والمسلمين والمسلمات، وأصلح ذات بينهم ، وأاف بين قلوبهم ، وانصرهم على عدوك وعدوهم. اللهم العن كفرة أهل الكتب (منتوق كسسواين بوله داوبه منجادي : اللهم العن الكفرة) الذين يصدون عن سبيلك ، ويكذبون رسلك ، ويقاتلون أولياءك. 

اللهم خالف بين كلمتهم ، وزلزل أقدامهم ، وأنزل بهم بأسك الذى لا ترده عن القوم المجرمين ، بسم الله الرحمن الرحيم ، اللهم إنا نستعينك ونستغفرك ونثنى عليك ولا نكفرك ، ونخلع ونترك من يفجرك ، اللهم إياك نعبد ولك نصلى ونسجد ، وإليك نسعى ونحفد ، ونخشى عذابك ونرجورحمتك ، إن عذابك الجد بالكفار ملحق. 
Adapun berhubung dengan teks doa khusus yang disediakan oleh jabatan berkenaan untuk dibacakan setuap kali selesai menunaikan sembahyang fardhu elok juga diteruskan. 

Hukum Bulu Kucing

Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati.Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.


BINATANG YANG HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Bulu binatang yang halal dimakan seperti unta, lembu, kambing, arnab, ayam dan sebagainya, jika terpisah dari badannya sama ada dicabut, tercabut atau sebagainya ketika binatang itu hidup atau mati kerana disembelih maka adalah ia suci (tidak najis).

Firman Allah Subhanahu Wata’ala yang tafsirnya :
“Dan (ia juga menjadikan bagi kamu) dari berjenis-jenis bulu binatang-binatang ternak itu, pelbagai perkakas rumah dan perhiasan (untuk kamu menggunakannya) hingga ke suatu masa.” (Surah An-Nahl ayat ).

Jika bulu binatang tersebut terpisah sesudah ia menjadi bangkai maka bulu binatang berkenaan adalah najis. Adapun anggota yang lain selain bulunya jika di potong atau dipisahkan dari badannya ketika binatang itu masih hidup ia dihukumkan sebagai bangkai.

Sebagaimana disebutkan dalam hadis daripada Abu Sa’id Al-Khudri Radiallahuanhu yang maksudnya : Bahawasanya Rasulullah Sallalahahu Alaihi Wasallam pernah ditanya mengenai potongan bonggol-bonggol unta dan ekor-ekor kambing. Baginda bersabda : “Apa yang dipotong daripada yang hidup adalah bangkai.” (Hadis riwawat Al-Hakim) Hadis ini ditakhshishkan oleh dalil Al-Quran yang telah disebutkan di atas di mana bulu bianatang yang halal dimakan itu jika terpisah ketika binatang itu hidup adalah suci. Demikian juga halnya dengan anggota yang terpisah daripada manusia, ikan atau belalang ia adalah suci.

BINATANG YANG TIDAK HALAL DIMAKAN DAGINGNYA

Jika bulu binatang yang tidak halal dimakan seperti kucing, monyet, musang dan sebagainya, terpisah daripada badannya ketika binatang itu masih hidup, maka bulu tersebut adalah najis apatah lagi sesudah binatang tersebut mati. Demikianlah juga anggota-anggotanya yang lain jika bercerai daripada binatang itu adalah dikira bangkai. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

SYAK PADA KESUCIAN BULU BINATANG

Ada kalanya kita terjumpa bulu binatang dan kita tidak mengenali sama ada bulu binatang itu suci atau najis. Maka, jika terjadi syak, adakah bulu yang terpisah dari binatang itu datangnya dari yang suci ataupun yang najis, maka bulu itu di hukumkan suci kerana menurut hukuman asal adalah suci, dan telah berlaku syak pada kenajisannya sedang hukum asal adalah tidak najis. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115). Sebagai contoh baju yang diperbuat daripada bulu binatang sedang tidak diketahui sama ada bulu tersebut datangnya daripada binatang yang halal dimakan ataupun sebaliknya atau ia daripada binatang yang disembelih ataupun bangkai, maka dalam hal ini baju tersebut adalah suci.

BULU PADA ANGGOTA YANG TERPOTONG

Bulu yang ada pada anggota binatang yang tidak halal dimakan yang terpotong ketika binatang itu masih hidup adalah najis apatah lagi sesudah mati, seperti ekor kucing yang terpisah atau terpotong. Kerana ekor yang terpotong itu bangkai, maka bulu yang ada pada ekor itu juga adalah najis.Demikian juga halnya dengan bulu yang ada pada anggota binatang yang halal dimakan yang terpotong ketika hidup ataupun mati tanpa disembelih adalah najis, seperti ekor kerbau yang berbulu dan terpisah atau terpotong. Kerana ekor kerbau itu terpotong ketika ia hidup atau terpotong setelah ia mati bukan kerena disembelih adalah bangkai, maka bulu ekor itu juga adalah najis. Jika dicabut bulu binatang yang halal dimakan ketika hidup sehingga tercabut bersama-samanya akar bulu tersebut dan melekat padanya sesuatu yang basah daipada bulu itu seperti darah atau sebagainya, maka bulu itu mutanajjis (yang terkena najis atau bercampur najis). Akan tetapi ia boleh menjadi suci jika dibersihkan. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab Ath-Thaharah, Bab An-Najasah ayat 1/115).

PENGGUNAAN BULU BINATANG

Daripada penjelasan sebelum ini, mana-mana bulu yang dicabut daripada bangkai aatau dicabut daripada binatang yang tidak boleh dimakan dagingnya adalah najis. Maka setiap penggunaan kesemua benda-benda yang najis, menurut pendapat yang sahih adalah tidak harus memanfaatkannya sama ada dibuat pakaian atau perhiasan di badan melainkan jika ada darurat. Sementara penggunaan selain daripada pakaian atau perhiasan badan adalah diharuskan jika najis itu bukan datangnya daripada anjing dan babi.Apa yang dimaksudkan dengan darurat itu ialah, seperti terjadinya peperangan yang mengejut atau takut atas terjadi sesuatu pada dirinya kerana kepanasan atau kesejukan ataupun sebagainya, lalu tiada pakaian lain selain yang najis, maka harus dipakai pakaian itu kerana darurat kecuali dipakai ketika sembahyang. (Mughni Al-Muhtaj, Kitab As-Shalah, Bab Ma Yukrah Lubsuhu Wa Ma La Yukrah, Fashal Fi At-Tahalli Bi Al-Fidhah ayat 4/387).

Oleh itu, dapatlah difahami bahawa setiap penggunaan bulu binatang yang najis sama ada dijadikan pakaian atau perhiasan di badan adalah tidak diharuskan oleh syarak melainkan jika ada darurat.

HUBUNGANYA DENGAN SEMBAHYANG

Menurut hukum syarak syarat sah mengerjakan sembahyang itu hendaklah bersih daripada segala najis baik pada pakaian, tubuh badan dan tempat sembahyang. Oleh itu, jika terdapat bulu binatang yang hukumkan najis pada pakaian atau badan maka sembahyang itu tidak sah kerana menanggung sesuatu yang najis. Kecuali jika bulu yang najis itu sedikit, seperti sehelai atau dua helai, kerana ia dimaafkan. Melainkan bulu anjing atau babi kerana ia tetap najis walaupun hanya sedikit. (AL-Feqh Al-Islami Wa Adilatuh ayat 1/175).

Apakah yang harus dilakukan oleh orang yang sedang sembahyang mendapati ada bulu najis pada pakaiannya?

Menurut Ashhab Asy Syafi’e, apabila orang yang sedang sembahyang itu mendapati ada najis yang kering pada pakaian atau badannya, maka pada saat itu juga hendaklah dia mengibas najis tersebut. Jika dia mendapati najis yang basah pula hendaklah dia segera menanggalkan atau mencarik pakaiannya yang bernajis itu tanpa menyentuh najis tersebut. Adapun jika dia tidak segera menanggalkan atau mengibas pakaian yang bernajis itu maka batal sembahyangnya. Pakaian yang terkena bulu yang najis hendaklah terlebih dahulu dibersihkan. Cara membersihkannya ialah jika bulu itu kering dan pakaian atau anggota badan yang tersentuh bulu itu juga kering adalah memadai dengan menanggalkan najis itu sama ada dengan mengibas, mengibar atau menyapunya. Adapun jika bulu itu basah ataupun pakaian atau anggota badan yang terkena najis itu sahaja yang basah maka hendaklah ditanggalkan najis itu dan dibersihkan dengan air yang suci disekitar yang terkena najis. (Fath Al-‘Allam, Kitab Ath-Thararah, Bab Izalah An-Najasah ayat 1/347).

Oleh kerana persoalan memakai pakaian daripada bulu itu adalah berkaitan dengan persoalan hukum najis, maka perlulah kita berhati-hati dalam memilih dan memanfaatkannya supaya pakaian yang dipilih itu diyakini diperbuat daripada bulu yang suci dan boleh kita guna pakai seperti ketika sembahyang dan sebagainya.Menurut mazhab Syafi'i dan Hanbali, bulu kucing yang tertanggal dari tubuh badannya adalah najis. Bukan setakat kucing, tetapi bulu binatang yang tidak halal dimakan akan menjadi najis apabila tertanggal dari tubuh badannya, samada semasa hidupnya atau selepas mati. Namun menurut Hanafi dan Maliki, ia adalah suci.