Friday, July 29, 2011

kata-kata hikmah






  • ◘ The Beautiful Word Is ►الله"
     ◘ Sweetest Name is ►محمد" 
    ◘ Most Beautiful Message Is ►اذان" 
    ◘ World Perfect Book Is ►قرآن" 
     ◘ And I M Very Lucky That i m ►مسلم"




  •                                                       



  • ✿ Jika perlu MARAH, marahlah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan SABAR..
    ✿ Jika perlu MENANGIS, menangislah.. tetapi usah terlupa dengan perkataan TENANG.. 
    ✿ Jika mahu menjadi WARAK, lakukanlah ibadah sebanyak-banyaknya tetapi jangan terlupa keperluan DUNIA..


  •                                            


  • ‎:: Hiasilah pancainderamu dengan kebenaran.... :: 
    Sucikanlah hatimu dari kedengkian.... :: 
    Bersihkanlah jiwamu penuh ketakwaan.... ::
     Lenturkanlah jari-jemarimu dengan kebaikkan.... :: 
     Maniskanlah bicaramu dengan pertuturan.... :: 
    Semoga hidupmu MENDAPAT KEBERKATAN.... :: 
    Bersikaplah dengan KETERBUKAAN....





  •                                                      


  • ✿~ Jika mereka sibuk mencari cinta, biarlah kita sibuk mencari iman.•.♥• 
    ✿~ Jika mereka sibuk mencari pasangan, biarlah kita sibuk mencari keredhaan.•.♥• 
    ✿~ Jika mereka menangis kerana kecewa, bercinta biarlah kita menangis mengenang dosa-dosa semalam.•.♥• 
    ✿~ Jika mereka lebih cintakan manusia, biarlah kita cintakan Tuhan. •.♥•
     ✿~ Jika mereka dambakan dunia, biarlah kita dambakan akhirat... •.♥•



  •                            
                                                                        


  • ✿ SAYANG ALLAH SYURGA TERBUKA 
    ✿ SAYANG RASUL menjauh neraka 
    ✿ SAYANG AGAMA elak petaka 
    ✿ SAYANG IBU jangan derhaka 
    ✿ SAYANG AYAH elak di murka 
    ✿ SAYANG IMAN amal di rangka 
    ✿ SAYANG HATI berbaik sangka 
    ✿ SAYANG ILMU tiada pusaka 
    ✿ SAYANG NYAWA usah di teka 
    ✿ SAYANG HARTA pada ketika 
    ✿ SAYANG SAUDARA membalut luka
     ✿ SAYANG KEKASIH semaikan suka 
    ✿ SAYANG SAHABAT sanggup terluka 
    ✿ SAYANG KAWAN manisnya muka... ✿‿✿  








  • Saturday, July 2, 2011

    CABARAN MENJADI GOLONGAN GHURABA


    Banyak perkara yang mengelirukan kita pada akhir zaman ini. Kita hidup dengan penuh kekeliruan. Pemikiran kita bercampur-campur. Antara kekalutan situasi yang ada dan kerencaman pelbagai anasir yang wujud dalam menyelesaikan kekalutan itu. Banyak ketulenan sudah hilang. Agama yang asal juga diubah menurut kehendak penaja yang bercakp mengenainya. Bercampur baur antara sunnah dan bidaah. Semua perkara didagangkan, demikian agama juga dilelong. Siapakah yang jujur sukar dicari. Setiap produk sama ada barangan ataupun politik cuba dikaitkan dengan nama agama untuk dilariskan jualannya. Agama dibengkokkan dan dibentuk menurut kehendak 

    pasaran. Pasaran makanan, pasaran pakaian, pasaran politik,pasaran pendidikan dan seumpamanya diberikan nama agama.sehingga dari produk makanan,pakaian, politik dan segalanya”dicelup” nama islam. Kita pun sukar hendak pasti antara yang berjuang untuk mendekatkan diri kepada Allah dan jujur kepadaNYA, dan yang bertujuan mendekatkan wang kepadaNYA dengan menggunakan nama Allah dan rasulNYA.


    Inilah yang berlaku kepad golongan AHLUL KITAB yang dilaknat oleh Allah. Firman Allah : (maksudnya) kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis kitab taurat dengan tangan mereka, kemudian mereka berkata: “ ini dari sisi Allah”, supaya mereka (dengan perbuatan itu) dapat membelinya dengan harga sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka , dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan,” (surah al-baqarah,ayat:79). Itulah AHLUL KITAB, mereka menggunakan nama Allah untuk produk diterima sekalipun ia sama sekali tidak berasal dari Allah yang hanya bidaah dan rekaan mereka semata.

    Golongan Sedikit

    Malangnya, pada akhir zaman golongan yang menjadikan agama itu bersimpang siur telah menguasai keadaan. Sesiapa yang enggan dia tersempit di tengah ombak kecelaruan yang mengaburkan. Banyak pendapat dan andaian muncul di sana-sini; sehingga kita tertanya-tanya siapakah yang jujur, siapakah yang berdagang agamanya. Siapakah yany patut kita bela? Inilah suasana dunia yang membaluti kita hari ini. Pendirian agama kita dipaksa oleh orang lain. Kita tidak diberikan kebebasan berpegang dengan apa yang kita yakin dari dalil-dalil yang kita baca dari al-quran dan sunnah. Itu kadang-kala dianggap menyanggahi majority.


    Kita tidak menafikan masih ada golongan yang soleh, tetapi mereka itu sedikit di akhir zaman, mereka ghuraba. Nabi bersabda:” Ada tetap ada suatu puak dalam kalangan umatku,yang menegakkan urusan Allah(islam). Mereka tidak dapat dimusnahkan oleh golongan yang menghina dan menyanggahi mereka sehingga tibanya janji Allah( kiamat) mereka bangkit” (Riwayat Muslim). Kata al-Imam Ahmad:” jika mereka bukan ahlul hadis, aku tidak tahu siapa lagi”. Ertinya, golongan yang berpegang kepada nas-nas Nabi SAW itu akan tetap ada, ditentang dan dilawan, namun tetap bangkit.


    Ya, di akhir zaman , golongan ini minority. Mereka dianggap asing di tengah lautan manusia yang rosak. Dalam riwayat al-Imam Ahmad,Nabi bersabda: “Beruntunglah golongan ghuraba( yang asing atau pelik). Ditanya baginda:” Siapakah mereka yang ghuraba itu wahai Rasulullah?. Jawab baginda: Golongan yang soleh dalam kalangan ramai yang jahat, yang menentang mereka lebih ramai daripada yang mentaati mereka”. (dinilai sahih oleh Ahmad Shakir).

    GHURABA

    Ghuraba atau asing itu ada dua bentuk. Pertama; asing di sudut jasad, sepertimana seseorang yan g pergi tempat baru yang tidak dikenali. Maka , dia akan berasa terasing dalam masyarakat yang baru, atau orang melihatnya asing kerana baru hadir. Namun, itu senang untuk di selesaikan. Sedikit pergaulan mesra, dan pandai mencari kawan, keadaan mungkin tidak asing lagi. Kedua; asing di sudut roh dan pemikiran.

    Sekalipun seseorang itu lama atau anak jati masyakatnya, tetapi dia mungkin dianggap asing desebabkan pemikiran yang berbeza dengan mereka, atau sikap yang asing dari kebiasaan masyarakatnya. Dia terpencil kerana pendiriannya. Hal ini menyebabkan dia akan dipulau, di kecam, dihina dan ditolak. Tidak dapat diubah keadaan ini, melainkan dia mengubah prinsipnya atau dia berjaya mengubah persepsi masyarakatnya. Itu merupakan tanggungjawab yang berat. 

    Apatah lagi dalam masyarakat akhir zaman, di mana Nabi SAW bersabda:” islam itu bermulanya asing, dan akan kembali sebagai asing, maka beruntung mereka yang ghuraba( yang asing)’. Ditanya Nabi:” siapakah ghuraba?”. Nabi menjawab: “ serpihan dari kabilah”.(Riwayat al-Baghawi, sanad sahih). Maksudnya, golongan yang asing dan terpencil dari kelompak mereka, samada kabilah keturunan atau kumpulan-kumpulan yang wujud dalam dunia hari ini.
    Biasanya, setiap puak mahu kita mengiakan sahaja apa yang mereka kata. Jika mereka bangsa, mereka mahu samada buruk atau baik, kita sokong semua tindakan bangsa atau kabilah kita. 

    Jika amalan tradisi yang  bidaah dalam masyarakat, disuruh terima sekalipun beryanggahi kitab dan sunnah.kalau parti politik mereka mahu supaya kita tunduk kepada mereka samada yang benar atau yang salah. Demikian kumpulan dan organisasi dan seumpamanya. Bagi mereka , jika tidak tunduk sepenuh itu tidak ada pendirian. Menyokong sebahagian perkara berbeza dalam beberapa perkara dianggap berpendirian tidak teguh, kerana paksi mereka itu adalah kumpulan atau bangsa. Namun, golongan ghuraba, paksi mereka adalah nas-nas al-quran dan al-sunnah. Mereka itu”Allah centric”, berpaksikan Allah dalam keputusan , sekalipun terpaksa berkorban jawatan, nama,rakan dan kedudukan.’amatlah sukar untuk hidup sebagai ghuraba. Tekanan perasaan dan jiwa akan melancar. 

    Mungkin mudah diceritakan, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Justeru itu, mereka dijanjikanj syurga. Janji Nabi:”Beruntunglah ghuraba; golongan ghuraba bukan asing dinisbahkan kepada nas al-quran dan al-sunnah, tetapi asing di nisbah kepada keadaan sekeliling yang berbeza dengan kedua sumber agung itu. Namun, apakah pilihan yang ada, sedangkan Allah mengingatkan Nabi (maksudnya)”jika engkau taat kepada kebanyakan mereka di bumi ini,nescaya mereka menyesatkan engkau dari jalan Allah”( surah al-An’am,116). Ketika ramai manusia berlari mencari keredaan makhluk, golongan ghuraba, berlari mencari keredaan Allah, sekalipun dimusuhi makhluk. Firman (maksudnya)”maka larilah kepada Allah”( surah al-zariyyat:50). 

    Hidup sebagai bukanlah mudah, namun kadang-kala kita terpaksa mengharunginya. Ini menambahkan tawakal,keikhlasan,kekhusyukan dan segala jalan yang mendampingkan kepada Allah. Ketika dunia enggan berdampingan,tiada teman melainkan Tuhan al-Rahman dan rakan-rakan yang menjalani kehidupan sebagai ghuraba. Di situlah limpahan kemanisan perjuangan.




     

    tangisan seorang rasul


    Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. & kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan..


    .maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda: - 

    1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.

    2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan sgla yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya. 

    3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya. 

    4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking. 

    5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya. 

    6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka. 

    7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri. 

    8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra. 

    9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & keldai yg mendapat berjuta jenis siksaan. 

    Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : - 

    1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki. 

    2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata 

    3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya. 

    4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya. 

    5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas. 
    6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

    7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya. 

    8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib. 

    9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.

    10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya. 

    Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka: - 

    1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya. 

    2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang. 

    Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

    Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah. 

    Nauzubillahi min zalik. 
    Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN. 

    Menangislah wahai wanita ,spt remuk nya hati seorang Nabiullahh…yg bimbangkn umatnya…rendahkn hati mu dimlm hari ,di hadapan Allah berkasih sayang la sesama manusia dlm mendukung syariat Nya…

    PERKARA YG AMAT DIBENCI ALLAH PADA SEORANG WANITA




    1.Kepada wanita yang tidak menutup aurat Allah berfirman," Hiduplah dengan apa yang kau suka." 

    2.Allah melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrim. 

    3.Perempuan yg memakai kain yang nipis & jarang untuk menarik perhatian lelaki bukan muhrim atau memakai segala yg mendatangkan keghairahan kepada orang lain maka dia tidak akan mencium bau syurga.

    4.Wanita yg jahat lebih buruk dari 1000 org lelaki yg jahat. 

    Pengorbanan seorang wanita amat dihargai oleh Allah & Rasulnya. Cuma kita kurang mengetahui kelebihan yg dikurniakan kpd kita semua. 

    Sehinggakan hari ini manusia Islam mencari sesuatu selain dari agama krn merasa pengorbanan mereka tidak dihargai.

    Dan mereka turut melaungkan persamaan hak seperti di barat. Ini semua bukanlah salah mereka...tetapi kitalah yg bersalah kerana kita lupa bahawa kita ini umat yg dianugerahkan dgn tugas kenabian. Memberi harapan & bimbingan kpd manusia...






    kiamat suatu yg pasti dan kiamat satu pengakhiran






    Kiamat Suatu Yang Pasti
    Kiamat Satu Pengakhiran


    Mungkin ramai yang tidak tahu sebenarnya zaman ini terbahagi kepada 4 fasa semasa zaman umat Nabi Muhamad sebelum berlakunya kiamat...

    1. Mengikut Rasulullah, fasa 1 bagi umat ini adalah ketika Nabi masih hidup..Zaman ini telah berlalu

    2. Kemudian datang pula zaman pemerintahan yang mengikut cara kenabian, pada zaman ini kita dapat lihat umat Islam diperintah oleh orang Khulafa Ar Rashidin..Zaman ini juga telah berlalu

    3. Kemudian datang pula zaman pemerintahan kerajaan yang "menggigit" .."menggigit" dalam hadith tersebut bermaksud mereka hanya menyerahkan kekuasaan pada keturunan mereka sahaja..Pada fasa ini kita dapat lihat kerajaan Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniah berkuasa dengan menggunakan sistem monarki..Ini juga telah berlalu

    4. Kemudian datang pula satu zaman yang dunia diperintah oleh pemerintah yang sombong dan bermaharajalela...

    5. Kemudian, setelah berlakunya fasa ke 4 akan datang pula fasa ke 5..Iaitu dunia akan kembali diperintah mengikut cara Nabi berasaskan syariat Islam..

    Selepas berakhirnya fasa ke 5 maka berlakulah Kiamat yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umatnya...

    Rasulullah pernah mengingatkan umatnya yang akan hidup pada fasa 4 yakni sekarang ini akan kedatangan satu FITNAH, fitnah yang paling besar dalam ketamadunan manusia iaitu fitnah Al-Masih Ad-Dajjal..

    Dajjal tidak akan datang pada fasa ke 5 kerana pada ketika itu kekuasaan telah berada pada tangan2 orang yang beriman, Dajjal juga tidak akan muncul selepas fasa ke 5 kerana pada ketika itu tamadun manusia telah tamat..

    Hanya fasa ke 4 sahaja peluang untuk iblis laknatullah mengumpul pengikutnya seramai mungkin yang akan ke neraka dan fasa ke 4 itu adalah zaman SEKARANG!!!

    Sebelum turunnya Nabi Isa dan munculnya Imam Mahdi yang akan memindahkan kita ke fasa ke 5, seterusnya mengalahkan iblis di peringkat terakhir zaman manusia..


    Tanda-tanda Kiamat (kecil)

    1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

    2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

    3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

    4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

    5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

    6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

    7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

    8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

    9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

    10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

    11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

    12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

    13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

    14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

    15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

    16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

    17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

    18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

    19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

    20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

    21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

    22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah. 

    23. Keluarnya dajjal


    Dan tanda tanda besarnya pula ialah...

    * Asap,
    * Dajjal,
    * Binatang,
    * terbit matahari dari tempat tenggelamnya,
    * turunnya Isa bin Maryam alaihissalam,
    * Yakjuj dan Makjuj,
    * tiga kali gempa bumi, sekali di timur,
    * sekali di barat dan
    * yang ketiga di Semenanjung Arab
    * yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka.

    Sabda Rasulullah,

    "Bermula Islam itu asing dan kelak akan kembali asing seperti semula. Maka berbahagialah orang-orang yang terpencil yang tidak banyak kawannya, iaitu orang yang melestarikan sunnahku yang sudah dirosakkan oleh manusia" (Muslim dan Tarmidzi)