Tuesday, May 31, 2011

Fitrah insani mahukan teman hidup.


    • Bismillah..
      Fitrah insani mahukan teman hidup..
       
      Demikian juga gadis itu, yang meniti hari-harinya dengan doa pengharapan kepada-Nya agar dipertemukan dengan belahan jiwanya. Namun bukanlah dengan tindakan berCOUPLE seperti pemuda pemudi akhir zaman ini lakukan!. Cukuplah dengan dialog kepada Tuhan yang Maha Pendengar, agar dikurniakan suami buatnya sebagai pendamping hidupnya.. Seorang suami yang penyayang, mencintai dan menyayanginya kerana Allah.

      Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Tahu. Dia telah mengurniakan belahan jiwa sesuai dengan masa dalam maklum-Nya yang kita hamba-Nya tidak tahu. Sungguh pengetahuan kita sangat-sangat terbatas. Allahu akbar.


      Tangan yang sering dijaga daripada 'berpegangan tangan' semasa bujangnya, kini dipegang erat oleh insan bernama suami, HALAL lagi BARAKAH! Alhamdulillah. Terasa nikmatnya. Masya'Allah.. ^^

      Bicara yang sering tegas semasa bujangnya terhadap insan bernama 'LELAKI', kini sering menuturkan bait-bait indah CINTA kepada lelaki yang bernama suami, hanya dia yang HALAL bagi dirinya. Subhanallah indah dan nikmatnya, Alhamdulillah.. Terasa cinta milik diri, syukran ya Allah.. ^^


      Bibir dan hidung yang dulunya dijaga hingga sengaja diSUNYIkan dengan cumbu-cumbuan demi hanya untuk yang HALAL baginya. Kini alhamdulillah bibir dan hidung itu tidak lagi sunyi kerana Allah telah anugerahkan tempat untuk ditumpahkan kasih, cumbu-cumbuan sebagai wadah hangat penguat cinta suami isteri, indah! alhamdulillah.. ^^


      Fitrah insani yang mahu dibelai dan disantuni dengan lembut, membuak-buak kemahuan itu. Namun diTAHAN kerana TAAT kpd syariat-Nya. JAGA diri! belum masanya! nah kini sudah masanya, Allah telah kurniakan pasangan setelah NIKAH sebagai DASAR IKATAN.. Maka belaian sering didapatkan sebagai tanda kasih dan cinta suami isteri. HALAL lagi diREDHAi-Nya..


      Semua yang dulunya HARAM telah HALAL setelah NIKAH. Malah semuanya ada nilaiannya. Nilaiannya adalah IBADAH. ya IBADAH! Berpahala!

      Nah apa tunggu lagi!? meNIKAHlah! Pasti kau merasa NIKMAT setelah JAGA diri sebagai PAGAR diri dimasa BUJANGmu.. ^^


      Alhamdulillah.. alhamdulillah ya Allah..

      Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?!

Saturday, May 21, 2011

asal usul nya api

    • Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

      Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as. Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ? Jibril : sebesar kurma... Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya. Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.. Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia.

      Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70 Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

      Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

      PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA. MOGA ada manafaat dari riwayat ini.

Lalai Memelihara Lidah Punca Bertambah Dosa

Hidup di dunia era moden penuh dengan fitnah dan mehnah. Insan-insan yang baru mengorak langkah ke alam kematangan terpaksa berdepan dengan cabaran-cabaran ini. Mereka akhirnya kecewa dengan dunia yang kian parah penyakitnya, seolah-olah tidak lama lagi malaikat maut akan menamatkan riwayat dunia ini atas arahan Allah SWT.


Lihat sahaja dalam masyarakat, begitu mudah untuk kita saling berpecah hanya kerana lidah. Manusia menjadi ringan mulutnya menuduh, menghina, memfitnah dan mengumpat. Berlesenkan hak kebebasan bersuara, kehormatan saudara ditoreh begitu sahaja, ikatan persaudaraan terputus dan terbiar tanpa disambung kembali, maruah agama menjadi taruhan, seolah-olah pahala dosa adalah perkara yang remeh.


Yang lebih menghairankan, mereka yang ringan mulutnya tadi pada zahirnya sama seperti kita. Apakah mereka menyangka mereka jauh lebih mulia daripada yang lain? Atas dasar apakah mereka mengangkat diri mereka sebagai mulia?


Padahal, yang layak memuliakan dan menghinakan manusia ialah Allah SWT. Mulianya manusia di sisi Allah kerana tingginya tahap takwa dan iman mereka, walaupun dipandang rendah dan hina di mata dunia. Hinanya manusia di sisi Allah kerana rendah iman dan takwa dalam hati mereka, walaupun mereka diberikan kemuliaan keduniaan.


Firman Allah SWT: Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.(Surah Al-Hujurat ayat 13)


Demikianlah masyarakat kita pada hari ini. Kita adalah suatu masyarakat yang begitu ringan lidahnya. Bahkan, lebih menyedihkan, kita adalah masyarakat yang retorik semata-mata. Words speaks louder than works.


Umpama sebilah pisau yang tajam, terhiris sedikit pasti melukakan. Demikianlah lidah diibaratkan. Hatta, para ulama sendiri menyimpulkan lidah ini saghir al-jism kabir al-itsm (benda yang kecil tetapi besar dosanya).


Lihat sahaja, bagaimana Bani Israel mendapat laknat daripada Allah sehingga ke hari ini, dek kerana lancangnya lidah mereka. Allah SWT menceritakan: Dan orang-orang Yahudi berkata, Tangan Allah terbelenggu. Sebenarnya tangan merekalah yang dibelenggu dan merekalah yang dilaknat disebabkan apa yang telah mereka katakan itu, padahal tangan (kekuasaan dan kemurahan) Allah terbuka. (Surah Al-Maidah ayat 64)


Menurut Ibnu Abbas, pada saat ayat ini turun, Nabbasy bin Qais, seorang Yahudi, telah mengeluarkan kenyataan di hadapan Rasulullah SAW: Wahai Muhammad, sesungguhnya Tuhanmu itu sangat kikir dan tidak mahu memberi. (Hadis riwayat At-Thabrani)


Kerana mulut badan binasa. Sedikit sahaja ucapan kita menentukan nasib kita di akhirat. Walaupun kita mengira ucapan kita itu biasa-biasa sahaja atau ringan, tetapi tiada siapa yang tahu kerana ucapan kita itulah, akhirnya kita akan meraung kesakitan akibat dibakar hidup-hidup dalam api Neraka.


Kerana itu, Rasulullah SAW sentiasa menekankan kepentingan menjaga lidah. Banyak hadis Rasulullah SAW yang menganjurkan kita untuk mengucapkan kalimah yang baik. Antaranya ialah sabda Rasulullah SAW: Kalimah yang baik ialah sedekah. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW berpesan: Sesungguhnya Allah membenci kepada kamu tiga perkara: dikatakan dan orang itu berkata, membuang harta dan banyak bertanya. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Menurut Imam Nawawi, dikatakan dan orang itu berkata ialah terlalu banyak membicarakan tentang perkhabaran manusia dan menceritakan sesuatu yang tidak bermanfaat, manakala banyak bertanya ialah menanyakan perkara yang tidak berlaku dan tidak diperlukan. (Imam Nawawi, Sahih Muslim bi-Syarh an-Nawawi)


Begitu prihatinnya Baginda SAW, sehingga Baginda mengaitkan lidah dengan keimanan. Sabda Rasulullah SAW: Dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah dia mengatakan perkara yang baik atau diam. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Dalam menghuraikan hadis ini, Al-Uthaimin menjelaskan: Di antara faedah hadis ini bahawa diperbolehkan menafikan keimanan daripada seseorang kerana tidak sempurna (sesuatu bahagian), sebagaimana sabda Rasulullah SAW: Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Menafikan iman daripada diri seseorang terbahagi kepada dua. Pertama: menafikan secara mutlak. Dengan dinafikannya iman secara mutlak, maka orang tersebut menjadi kafir dan keluar dari agama Islam.


Kedua, menafikannya secara relatif. Ini bererti bahawa orang tersebut kafir pada bahagian itu, akan tetapi asas keimanan masih ada di dalam dirinya. Inilah yang dikatakan oleh ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah bahawa manusia kadang kala dalam dirinya menyatukan sebahagian keimanan dan juga kekufuran. (Muhammad bin Shalih Al-Uthaimin, Syarah Al-Arbain An-Nawawiyah)


Menjaga lidah bermakna menjaga iman kita. Kelalaian kita memelihara lidah boleh membawa kita jatuh ke dalam kekufuran. Hiasilah lidah kita dengan kalimah toyyibah dan diam. Basahilah lidah kita dengan zikrullah. Semuanya adalah lambang kesyukuran kita kepada Allah SWT.


Nescaya Allah SWT menambahkan rezeki dan nikmat buat mereka yang bersyukur. Sebaliknya, Allah SWT akan menurunkan azab-Nya yang pedih buat mereka yang kufur akan nikmatnya.


Firman Allah SWT: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambahkan (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat.(Surah Ibrahim ayat 7).

penyelamat didunia dn akhirat

    • Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu sehingga orang Muslim itu kebingungan.

      Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku tidak mencuri unta itu."
      Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."

      Kemudian Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
      Unta itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."

      Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim, beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta ini dapat bercakap perkara yang benar."
      Jawab orang Muslim itu, "Wahai Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke atas engkau sepuluh kali."

      Rasulullah s.a.w bersabda, "Engkau telah selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
      Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat tinggi di sisi Allah.

      Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang menghakimkannya.

WAHAI DIRI ....

    • 1. Wajibkan QIAMULAIL untuk dirimu kerana ianya adalah bekalan untuk mu dari sumber mata air yang tidak pernah kering

      2. Bacalah AL-QUR'AN setiap hari kerana ia membuatkan hatimu sentiasa mekar, lunak dan hidup

      3. Cubalah BERPUASA setiap hari Isnin dan Khamis kerana ianya membina suatu daya ketahanan yang kuat dalam melawan nafsumu

      4. Bacalah BUKU ISLAM kerana ia akan membuatkan fikiranmu tajam, pandanganmu jauh dan fikrahmu mantap

      5. BERMUZAKARAHLAH dengan sahabat-sahabatmu dalam perkara yang meningkatkan mutu 'amal dan da'wah; dan BERMESYUAWARAHLAH dengan mereka dalam tindakan-tindakanmu semoga setiap perkara yang dilakukan adalah di dalam lingkungan Amam Jama'i yang lebih luas dan lebih dicintai Allah dari Amal Fardi (perseorangan

      6. REBUTLAH PELUANG untuk bertanya dan berbincang dengan saudara2 yang berfikiran luas, tajam dan kritikal; serta ustaz2 yang banyak pengalaman agar dirimu dapat menimba ilmu-ilmu dan pengalaman yang tidak dapat kamu perolehi dari pembacaanmu

      7. Jagalah AMALAN SUNATMU agar kamu dicintai Allah--sunat Rawatib, Dhuha,Witir dll

      8. PERBANYAKAN AMAL DARI BERCAKAP kerana bercakap tanpa amal adalah termasuk dalam hal-hal yang tidak bermanfaat lagi membuang masa

      9. UTAMAKAN ORANG LAIN DARI DIRIMU walaupun dirimu dalam keadaan susah;kerana itu adalah hal-hal yang utama di sisi Allah yang akan melepaskan kamu dari kesusahan di Akhirat

      10. Jagalah AKHLAKMU kerana manusia akan tertarik denganmu bukan kerana kepetahanmu bercakap atau ketinggian pangkatmu, tetapi kerana akhlak,kesungguhan dan pengorbananmu.

      11. Jagalah MASAMU dengan baik, kerana MASA ITU ADALAH KEHIDUPAN; ia ibarat PEDANG yang akan "memotongmu jika kamu tidak menjaganya" Janganlah kamu membuang masa dalam hal-hal yang tidak berfaedah Buatlah jadual harianmu semoga setiap urusanmu teratur dan terancang

      12. Akhir kata, WAHAI DIRI, BACALAH TAZKIRAH ini setiap hari dan AMALKANLAH ianya di dalam kehidupanmu...Dengan itu agar kamu akan menjadi INSAN RABBANI

maksiat..cara meninggalknnya..

"Sampaikan dariku walau pun satu ayat" - (Bukhari dan Tarmizi)


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Segala pujian bagi Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W., keluarganya, para sahabat serta tabiin sekalian. Meninggalkan maksiat adalah lebih berat daripada mengerjakan taat (yang diperintah oleh Allah dan Rasul Nya), kerana mengerjakan taat senang dibuat oleh setiap orang tetapi meninggalkan syahwat(maksiat) hanya dapat dilaksanakan oleh para siddiqin (orang-orang yang benar).


Rasulullah S.A.W. bersabda : "Orang yang berhijrah dengan sebenarnya ialah orang yang berhijrah dari kejahatan. Dan mujahid yang sebenarnya ialah orang yang memerangi hawa nafsunya."


Apabila seseorang melakukan sesuatu maksiat, maka sebenarnya dia melakukan maksiat itu dengan menggunakan anggota badannya, bermakna ianya telah menyalahgunakan nikmat anggota yang dianugerahkan dan mengkhianati terhadap amanah yang telah diberikan kepada nya.


Rasulullah S.A.W. bersabda : "Maka kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan ditanyai akan kepimpinannya". Riwayat Bukhairi dan Muslim dari Ibnu Umar R.A. Semua anggota akan menjadi saksi diatas segala perbuatan di Padang Mahsyar.


Firman Allah S.W.T : "Dihari itu (Kiamat) akan bersaksilah keatas kamu oleh segala lidah mu, tangan mu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu perbuat (di Dunia dahulu)." - Surah An Nur : Ayat 24.


"Pada hari ini (Kiamat) Kami akan kunci mulut-mulut mereka dan akan bercakap kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi dihadapan Kami, kaki-kaki mereka terhadap apa-apa yang mereka telah lakukan (di Dunia dahulu)." Surah Yassin : ayat 65.


1)Menjaga Mata; Peliharalah mata daripada perkara-perkara seperti melihat perempuan yang bukan mahram, melihat gambar-gambar lucah, melihat orang lain dengan pandangan penghinaan dan melihat keaiban orang lain.


2)Menjaga Telinga; Menjaga telinga daripada mendengar perkara bida'ah, perkataan-perkataan yang jahat, perkataan yang sia-sia atau menyebut keaiban / kejahatan orang lain.


Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya orang yang mendengar (seseorang yang mengumpat orang lain) adalah bersekutu (didalam dosa)dengan orang yang berkata itu. Dan dia juga dikira salah seorang daripada dua orang yang mengumpat."


3)Menjaga lidah; Lidah adalah anggota yang paling berkesan keatas diri sendiri dan juga terhadap orang lain. Berapa ramai nanti manusia yang akan dihumban kedalam api neraka dengan sebab jenayah lidah mereka.


Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya seseorang itu terkadang bercakap dengan satu percakapan dengan tujuan supaya orang lain menjadi tertawa dari sebab percakapannya itu. Dia tidak menyangka bahawa perkataannya itu akan menyebabkan dirinya dihumbankan kedalam api neraka selama tujuh puluh tahun." - Riwayat At Tirmizi daripada Abu Hurairah R.A.


Jagalah lidah mu dari perkara-perkara seperti bercakap bohong, mungkir janji, mengumpat, bertengkar / berdebat / membantah perkataan orang lain, memuji diri sendiri, melaknat makhluk Allah, mendoakan celaka bagi orang lain dan bergurau / memperolok atau mengejek orang lain.


4)Menjaga perut; Memelihara perut daripada memakan makanan yang haram atau yang syubahat ATAU berlebihan dalam memakan yang halal.


5)Menjaga Kemaluan; Menjaga kemaluan daripada apa-apa yang diharamkan oleh Allah S.W.T.


Firman Allah S.W.T. :"Dan mereka yang selalu menjaga kemaluan mereka, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau apa-apa yang mereka miliki (daripada hamba jariah) maka mereka tidak tercela." Surah Al Mukminun : Ayat 5-6.


6)Menjaga Dua Tangan; Menjaga kedua tangan daripada memukul seseorang muslim dan daripada mencapai sesuatu yang diharamkan atau menyakiti sebarang makhluk Allah atau menulis sesuatu yang diharamkan atau menyakiti perasaan orang lain.


7)Menjaga Dua Kaki; Memelihara kedua kaki dari berjalan ketempat yang diharamkan atau berjalan menuju kepada pemerintah yang zalim tanpa ada darurat atau paksaan kerana dianggap menghormati diatas kezaliman mereka, sedangkan Allah menyuruh kita berpaling daripada orang yang zalim.


Firman Allah S.W.T. : "Dan jangan kamu cenderung hati kepada orang yang zalim, nanti kamu akan disentuh oleh api neraka." - Surah Hud : ayat 113.



Kesimpulannya : Apabila kamu menggunakan anggota tubuh kamu bagi tujuan yang lain daripada yang dimaksudkan oleh Allah S.W.T. bermakna kamu tidak bersyukur(kufur) terhadap nikmat yang diberikan Nya kepada kamu.


Sabda Rasulullah S.A.W. : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan ia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang Ahmaq (bodoh)ialah orang yang selalu mengikut hawa nafsunya dan hanya banyak berangan-angan kepada Allah S.W.T. (berangan untuk mendapatkan kebaikan diakhirat dan pengampunan tetapi ia tidak mahu beramal atau bertaubat).” - Riwayat At Tirmizi.


Petikan dari Bidayatul Hidayah (Imam Al Ghazali) - Jazakumullahu khairan


Sesungguhnya yang baik itu daripada Allah dan sebarang salah dan khilaf, disengaja atau tidak adalah daripada saya sendiri... Mudah-mudahan ianya dapat dijadikan panduan dalam mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. WabiLlahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum WarahmatuLlahi Wabarakatuh.. - -


"Aku tinggalkan dikalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada kedua nya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulullah S.A.W." - (Imam Malik)

Sempurnanya sebuah Agama,wafatnya junjungan Rasulullah saw

    • Diriwayatkan bahwa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada'].
      Pada masa itu Rasulullah SAW berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah SAW tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah SAW bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril AS dan berkata:

      "Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahwa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
      Setelah Malaikat Jibril AS pergi maka Rasulullah SAW pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah.Setelah Rasulullah SAW mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah SAW pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril AS. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata:

      "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."
      Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah SAW itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahwa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah SAW. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

      Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah SAW tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah SAW, kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau." Apabila Rasulullah SAW mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah SAW dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah SAW sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah SAW melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali ra. berkata, "Ya Rasulullah SAW, Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah SAW berkata: "Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat".

      Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah SAW, maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara 'Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah SAW, 'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah SAW berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah SAW sengaja memukul kamu." Kemudian Rasulullah SAW berkata kepada Bilal ra., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash]."

      Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu Bilal ra. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah SAW unluk mengambil tongkat beliau."Kemudian Fathimah ra. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal ra.: "Wahai Fathimah, Rasulullah SAW telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya Fathimah ra. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah SAW?" Bilal ra. tidak menjawab perlanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah SAW Setelah Rasulullah SAW menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.

      Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash baginda SAW tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah SAW mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar dudukiah kamu berdua, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah SAW oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah SAW" Lalu Rasultillah SAW berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah SWT telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah SAW, kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah SAW" Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah SAW "Wahai 'Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul."
  • 17 May

    • Sempurnanya sebuah Agama,wafatnya junjungan Rasulullah saw-2
      Kemudian 'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah SAW, anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah SAW pun membuka baju. Setelah Rasulullah SAW membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah SAW maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah SAW, siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah SWT dengan badan saya. Dan Allah SWT menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya." Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, "Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah SAW di dalam syurga."

      Apabila ajal Rasulullah SAW makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: "Selamat datang kamu semua semoga Allah SWT mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah SWT dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan menshalatkan aku ialah Allah SWT, kemudian yang akan menshalat aku ialah Jibril AS, kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bershalat ke atasku."

      Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah SAW anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."
  • 1
    • Sempurnanya sebuah Agama,wafatnya junjungan Rasulullah saw-3
      Setelah Rasulullah SAW berkata demikian, maka sakit Rasulullah SAW bermula. Dalam bulan safar Rasulullah SAW sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahwa Rasulullah SAW diutus pada hari Senin dan wafat pada hari Senin. Pada hari Senin penyakit Rasulullah SAW bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah SAW. 

      Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah ra., "Rasulullah SAW masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah SAW dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah SAW dan baginda berkata, "Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan shalat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah SAW maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: "Aduh musibah."

      Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah SAW katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra.

       menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra.; "Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?." Maka Fathimah ra. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah SAW memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah SAW bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah SAW sampai di masjid maka beliau pun bershalat subuh bersama dengan para jemaah.

      Setelah selesai shalat subuh maka Rasulullah SAW pun berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah SWT dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah SAW pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah SWT mewahyukan kepada malaikat lzrail AS, "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."

      Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah SWT maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah SAW maka ia pun memberi salam, "Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?" (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah SAW sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat." Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW bertanya kepada Fathimah ra., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu." Maka Fathimah ra. pun berkata, "Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahwa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya.

      " Kemudian Rasulullah SAW berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fathimah,"Tidak ayah." "Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahwa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah SAW mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: "Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah SAW pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah SAW menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah SAW, "Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama kemudian Jibril AS pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah SAW.

      Apabila Rasulullah SAW melihat kedatangan Jibril AS maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahwa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril AS, "Ya aku tahu." Rasulullah SAW bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah SWT" Berkata Jibril AS, "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu." Berkata Rasulullah SAW: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril AS, "Allah SWT telah berfirman yang bermaksud,

      "Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga."
      Berkata Rasulullah SAW: "Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah SAW berkata: "Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku." Selelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati." Jibril AS mengalihkan pandangan dari Rasulullah SAW apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril AS itu maka Rasulullah SAW pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?" Jibril AS berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik ra. berkata: "Apabila ruh Rasulullah SAW telah sampai di dada beliau telah bersabda,

      "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu."
      Ali ra. berkata: "Sesungguhnya Rasulullah SAW ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah SAW berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah SAW bahwa: "Malaikat Jibril AS telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu."

Indahnya Couple Setelah Nikah

    • Bismillah..


      Fitrah insani mahukan teman hidup..


      Demikian juga gadis itu, yang meniti hari-harinya dengan doa pengharapan kepada-Nya agar dipertemukan dengan belahan jiwanya. Namun bukanlah dengan tindakan berCOUPLE seperti pemuda pemudi akhir zaman ini lakukan!. Cukuplah dengan dialog kepada Tuhan yang Maha Pendengar, agar dikurniakan suami buatnya sebagai pendamping hidupnya.. Seorang suami yang penyayang, mencintai dan menyayanginya kerana Allah.


      Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Tahu. Dia telah mengurniakan belahan jiwa sesuai dengan masa dalam maklum-Nya yang kita hamba-Nya tidak tahu. Sungguh pengetahuan kita sangat-sangat terbatas. Allahu akbar.


      Tangan yang sering dijaga daripada 'berpegangan tangan' semasa bujangnya, kini dipegang erat oleh insan bernama suami, HALAL lagi BARAKAH! Alhamdulillah. Terasa nikmatnya. Masya'Allah.. ^^


      Bicara yang sering tegas semasa bujangnya terhadap insan bernama 'LELAKI', kini sering menuturkan bait-bait indah CINTA kepada lelaki yang bernama suami, hanya dia yang HALAL bagi dirinya. Subhanallah indah dan nikmatnya, Alhamdulillah.. Terasa cinta milik diri, syukran ya Allah.. ^^


      Bibir dan hidung yang dulunya dijaga hingga sengaja diSUNYIkan dengan cumbu-cumbuan demi hanya untuk yang HALAL baginya. Kini alhamdulillah bibir dan hidung itu tidak lagi sunyi kerana Allah telah anugerahkan tempat untuk ditumpahkan kasih, cumbu-cumbuan sebagai wadah hangat penguat cinta suami isteri, indah! alhamdulillah.. ^^


      Fitrah insani yang mahu dibelai dan disantuni dengan lembut, membuak-buak kemahuan itu. Namun diTAHAN kerana TAAT kpd syariat-Nya. JAGA diri! belum masanya! nah kini sudah masanya, Allah telah kurniakan pasangan setelah NIKAH sebagai DASAR IKATAN.. Maka belaian sering didapatkan sebagai tanda kasih dan cinta suami isteri. HALAL lagi diREDHAi-Nya..


      Semua yang dulunya HARAM telah HALAL setelah NIKAH. Malah semuanya ada nilaiannya. Nilaiannya adalah IBADAH. ya IBADAH! Berpahala!


      Nah apa tunggu lagi!? meNIKAHlah! Pasti kau merasa NIKMAT setelah JAGA diri sebagai PAGAR diri dimasa BUJANGmu.. ^^


      Alhamdulillah.. alhamdulillah ya Allah..

      Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?!

tangisan seorang rasul

    • Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah S.A.W. & kami temui baginda sedang menangis. Kami bertanya kpd beliau,"mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "pada malam aku di Isra'kan kelangit, daku melihat org sedang mengalami berbagai penyeksaan..

      .maka bila teringatkan mereka aku menangis." Saya bertanya lagi,"wahai Rasulullah apakah yg tuan lihat?" Beliau bersabda: -

      1.Wanita yg digantung dgn rambutnya & otak kepalanya mendidih.

      2.Wanita yg digantung dgn lidahnya serta tangannya dipaut dr punggungnya sedangkan sgla yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

      3.Wanita yg digantung dgn buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

      4.Wanita yg digantung , diikat kedua kaki & tgnnya ke arah ubun2 kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

      5.Wanita yg memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yg menyala-nyala dgn hebatnya.

      6.Wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dr neraka.

      7.Wanita yg bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

      8.Wanita yg tuli, buta & bisu dlm peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

      9.Wanita yg berkepala spt kepala babi & keldai yg mendapat berjuta jenis siksaan.

      Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu." Rasulullah S.A.W. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang : -

      1.Wanita yg digantung dgn rambutnya krn dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

      2.Wanita yg digantung dgn lidahnya krn dia menyakiti hati suaminya dgn kata

      3.Kemudian Nabi S.A.W. bersabda: "Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

      4.Adapun wanita yg digantung dgn buah dadanya krn dia menyusui anak org lain tanpa izin suaminya.

      5.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.
      6.Adapun wanita yg memakan badannya sendiri krn suka bersolek utk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban org.

      7.Adapun wanita yg memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan org yg banyak dgn maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap org jatuh cinta padanya krn melihat perhisannya.

      8.Adapun wanita yg diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun2nya & dibelit oleh ular & kala jengking krn dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

      9.Adapun wanita yg kepalanya spt kepala babi & badannya spt kaldai krn dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.

      10.Adapun wanita yg berbentuk spt anjing krn dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

      Dan ada diantara isteri nabi2 yg mati dlm keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka: -

      1.Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

      2.Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.

      Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan.

      Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mrk yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.

      Nauzubillahi min zalik.
      Hiasilah Diri Kita Dengan KEIMANAN Bukan Dengan KEEGOAN.

      Menangislah wahai wanita ,spt remuk nya hati seorang Nabiullahh…yg bimbangkn umatnya…rendahkn hati mu dimlm hari ,di hadapan Allah berkasih sayang la sesama manusia dlm mendukung syariat Nya…