Friday, April 29, 2011

Kerana Aku Sayang Kamu



Diamku tak bererti aku membenarkan
Bukan juga mengiyakan apa saja yang kau lakukan
Bisingku tidak bererti aku menyalahkan
Bukan juga melukakan
Tapi kerana aku amat menyayangimu
Maka aku cuba sedaya yang termampu
Menarikmu bersama mencari keredhaan-Nya
Di bumi yg terbentang luas ini
Kerana sayangku kepadamu
Maka aku cuba... dan terus mencuba!
Aku tak mahu berjalan mencari cahaya seorang diri
Dan membiarkan kau tergapai-gapai dalam kegelapan
Andai aku jumpa jalan
Tak akan kubiar kau sesat mencari jalan pulang
Aku akan! Itu janjiku!
Tapi hari ini hatiku benar-benar terguris
Terguris dengan tindakanmu
Terguris dengan janji palsumu untuk bersama-samaku mencari cahaya
Dan hati ini tiba-tiba timbul rasa benci
Benci kepada manusia yang menarik kau kembali ke jalan yang gelap
Hampir saja hari ini aku mungkiri janjiku itu
Namun tiba-tiba aku sedar
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Aku sama saja sepertimu
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti si durjana bersorak gembira atas kelemahan jiwa mujahid ini
Andai ku biar janjiku itu terkubur bersama amarahku
Pasti, pasti pemilik cahaya itu akan bertanya kepadaku
Mengapa aku biarkan kau dalam kegelapan?
Aku tak mahu berjumpa dengan pemilik cahaya itu keseorangan..
Tak mahu..!
Kerana aku sayang kamu..
Maka aku akan cuba..dan terus mencuba!
Walau sekeping hatiku ini akan terluka teruk
Aku akan terus mencuba
Kerana aku sayang kamu, sahabatku!



Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah



Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah 
  
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteriyang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.  

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin. 
  
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
   
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja. 
  
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.  

 7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak! 
  
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yangbest-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sed ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkanperbelanjaan keluarga)
   
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu. 
  
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?   

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.   

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.  

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong. 
  
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah 
sangat kenak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke? 
  
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja. 
  
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan dirisendiri.  

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?   

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak? 
  
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan. 
  
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti. 
  
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas sepertiyang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz. 
  
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali  

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. 

Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni simple sahaja.   Allah s.w.t. berfirman"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"


Peringatan untuk kita sebagai seorg Muslim....

'Nisbah Dosa Bg Org Yg Mninggalkn Solat Setiap Waktu'

SUBUH:ia disiksa selama 60 thn dlm neraka bersamaan 60.000 thn d'dunia
ZOHOR:dosa spt mmbunuh 1000 jiwa org islam.
ASAR:dosanya spt meruntuhkan kaabah

MAGHRIB:dosa spt ia berzina dgn ibunya(jika lelaki)atau zina dngan bapa(jika perempuan)

ISYAK:Allah tidak redha ia hidup d'bumi Allah ini dan digesa agar ia mncari bumi lain...

astghfirullah...sama2 kita renungkn2 dn slmt bramal...InsyaAllah,,,
byk manfaat yg kita akn perolehi d sebalik nyer nt....=)



Tuesday, April 26, 2011

UNTUK SAHABATKU..



Sepi meruntun jiwa-jiwa hampa
Malam berlalu tanpa pengabdian hamba
Terbuka pintu langit, berakhir sia-sia
Sayap malam pergi mengibas alpa.

Siangmu sibuk mencari harta
Cintamu mabuk pada dunia
Sujud terlepas, kewajipan hancur
Harta takkan dibawa ke kubur.

Waktu yang tinggal, himpunkan bekal
Bila daunmu gugur, ada yang tinggal
Ajal maut tak kenal usia dan darjat
Kelmarin sihat, sekarang diangkat.

Tatkala zaqqum disuguhkan ke lapar
Hancurlah isi dan kulit menggelepar
Tubuh luluh, roh menggeletar
Mana mungkin ada maut mengejar.

Bahang membangkit panas membukit
Minuman diteguk menambah sakit
Dahaga tak mungkin akan menghilang
Sampai bila dicari dan diganyang?


Friday, April 22, 2011

DEDAHKAN AIB ORANG.....


                 DEDAHKAN AIB ORANG... Anda akan "Ditelaanjangkan" Di Akhirat

( surah al-Hujarah : ayat 12 )
"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya prasangka itu adalah dosa. dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah ada antara kamu berbuat fitnah dan tuduhan sebahagian yang lain. Apakah ada antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Tentu kamu merasa jijik. dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, Lagi Maha Penyayang"

dan Rasulullah juga pernah bersabda:
"barang siapa yang membuka aib saudaranya, Allah akan membuka aibnya di akhirat"

Budaya menggaikan orang, bergosip, menfitnah dan sebagainya amat sinonim dengan budaya manusia lebih-lebih lagi bagi kaum wanita. Apa yang kita dapat lihat pada hari ini, budaya ini sudah menular tidak mengira jantina, bangsa, agama, status keturunan, malahan ahli politik dan pemimpin juga tidak terkecuali demi menjatuhkan musuh mereka.

 
Kadang-kala nalari manusia selalu ingin mencari kelemahan orang lain tanpa mengetahuiakan kelemahan diri sendiri. Dan sudah menjadi sebahagian dari sifat manusia yang mencuba untuk melindungi aib sendiri dan dalam masa yang sama cuba dan berusaha untuk membuka aib musuh mereka...

Jom kita menilai diri kita...
Sudah berapa ramai orang yang kita sudah membuka aib mereka ?
Adakah kita sudah bersedia untuk dibukakan aib di hadapan khalayak di padang mashar nanti ?
kalau jawapannya adalah "YA"... teruskanlah untuk menceritakan setiap keaiban orag sekeliling anda...


yang elok harus dikongsi,
yang kurang harus dikaji,
yang salah harus dibaiki...^_^


Reaksi Syaitan Jika Membaca AlQuran (bukan lawak)

  

Kongsi2.. jgn simpan sorang2 sbb dengar cakap syaitan  

 1) Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja…
          tengok je..

 2) Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.

3) Ketika anda membacanya, dia resah dan gelisah.  

4) Ketika anda memahaminya, dia mula terkejang-kejang

5) Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. Dia stroke.

Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke . Ketika anda ingin menyebarkan pesanan ini, syaitan pun mencegahnya. Syaitan kata “jgn SEBARKAN, kerana ia tidak penting langsung !”
SEBAR2KAN LAH~~ Jangan dengar bisikan syaitan.


LIMA WAKTU DAN LIMA PERKARA...





Lima perkara kat bawah semua kita mahukannya dan kita akan usaha utk mendapatkannya. Betul tak?   

Lima perkara tersebut ialah: 
 
1) Wajah yg cantik

2) Duit yg bnyk

3) Kesihatan yg baik

4) Anak2 yg cerdik dan berjaya

5) Tidur yg nyenyak tanpa gangguan
  
Macam mana kita nak dapatkan ye? Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari. InsyaAllah   Sabda Nabi Muhammad S.A.W : siapa yg tinggalkan solat Subuh  tiadalah padanya Nur di wajahnya dan siapa yg tinggalkan solat Zohor  tiadalah padanya rezeki yg berkat dan siapa yg tinggalkan solat Asar  tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yg tinggalkan solat Maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan siapa yg tinggalkn solat Isyak  tiadalah padanya tidur yg nyenyak.

(Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )   Wallahua’lam Selamat Beramal dan Selamat Menyampaikan....


.

Thursday, April 21, 2011

Pelik Dan Jelik Mengenai "Couple" ( Renungan Bersama )



Aku banyak melihat pasangan yang bercinta dengan cara yang salah. Aku malas nak tegur, sebab korang pun tahu yang mana salah dan yang mana betul, yang mana halal dan yang mana haram… semua dah besar …faham agama kan? Hari ini aku highlightkan beberapa point berdasarkan pemerhatian aku.  

Yang pelik…. Masa korang couple, sebelum berpisah dari dating si gf akan salam si bf .. siap cium tangan lagi, konon-kononnya nak jadi isteri yang solehahlah.. konon-kononnyalah ….  

Yang jelik…. Lepas korang kahwin beranak-pinak, si suami nak pergi kerja .. si isteri tak salam cium tangan suami pun ….  

Yang pelik…. Masa korang couple, si gf kalau nak keluar pergi mana-mana kena minta kebenaran si bf. Kalau si bf tak bagi, tak keluar. Konon-kononnya derhakala ….konon-kononnyalah ….

Ni aku nak bagitau kat korang mana satu derhaka. Kalau korang nak keluar korang kena mintak kebenaran mak bapak, bagi tau nak pergi mana. Tak payah nak mintak kebenaran bf korang…bf tanggung korang ke? Selagi korang di bawah tanggungan mak bapak korang, diorang bertanggungjawab atas korang.


Yang jelik…. Lepas korang kahwin beranak-pinak, si isteri dah tak mintak pun kebenaran suami nak keluar. Jangan katakan mintak kebenaran ..SMS bagitau nak pergi mana pun takde… si suami tu tunggul kayu kat umah ke ?        

Yang pelik…. Masa couple, korang pakai tudung sebab nak tutup aurat. Tak nak bagi orang lain nampak rambut .. kulit sumela…  

Yang jelik…. Bila berwebcam ataupun hantar gambar untuk bf korang …. korang tak cover pun rambut dan aurat korang. Takpela… nanti dia jadi suami aku jugak… jadi halal jugak nanti … kata korang. Semuanya untuk abang sayang ….

Yang pelik….Bila korang couple, masa dating si perempuan terpaksa la bagi si lelaki pegang tangan…. pegang pinggul ke ..cium-sium sikit pipi ke. No touch no love la katakan… nak tunjuk sayangnya kepada bf …sanggup berkorban jiwa,raga dan dara. Kang kalau tak bagi, si bf tinggalkan kita pulak … cari orang lain.        

Yang jelik….. Bila korang dah kahwin beranak-pinak, dah tak berpegangan tangan lagi dah…. dah tak rasa apa-apa lagi lepas kahwin. Si suami minta dilayan korang tolak mentah-mentah. Malaikat laknat wo…. sampai ke pagi…  

Yang pelik…. Masa korang couple, bila berborak dengan kawan-kawan..semua orang sibuk cerita pasal kehebatan bf masing-masing.  

Yang jelik…. Bila korang dah kahwin beranak-pinak, bila berborak dengan kawan-kawan …semua orang sibuk cerita pasal keburukan, kekurangan suami masing-masing. Jadilah korang isteri yang derhaka.  


Yang pelik…. Masa korang couple, si lelaki suka sangat kongkong hidup si perempuan. Mana korang pergi kena mintak kebenaran si bf. Si bf cakap ni .. korang pun ikut je… si bf pun bangang jugak …konon-kononnya nak jadi suami yang tegasla nanti…. konon-kononnyala…

 Yang jelik…. Bila korang dah kahwin beranak-pinak, si isteri jadi Queen Control. Si suami ikut je telunjuk si isteri. Si isteri pun tak nak dengar cakap si suami. Si isteri marah, herdik, perbodohkan sikit …si suami dah takut. Si suami berdosa sebab dayuz, si isteri berdosa sebab control suami. Mana taat setia korang sebelum kahwin dulu, wahai perempuan ? Mana sifat tegas dan kepimpinan korang sebelum kahwin dulu, wahai lelaki?  

Pelik dan jelik ..tapi benar… Aku harap korang tak termasuk dalam golongan pelik dan jelik di atas.   Err.. korang tak kan ?


Wednesday, April 20, 2011

Gambaran Hari Kiamat




Ya Allah, sungguh terasa takut membaca gambaran hari kiamat ini, sungguh! Semoga kita semua mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w. di akhirat dan dengan keizinan-Nya juga. Aminnn.

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.